Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2012

Perempuan di bawah kubah al-aqsa

1- Kurangkan minit-minit di Facebook, kerana pemuda Palestin tak pernah ada masa untuk online pun! 2- Banyakkan berlapar, kerana kanak-kanak Palestin tak pernah kenyang pun! 3- Banyakkan mentelaah buku agama, kerana agama ialah satu-satunya senjata mereka. 4- Banyakkan mengulang kaji tentang bidang saya, kerana ia satu alat yang akan saya gunakan untuk membantu sahabat saya di sana. 5- Kurangkan tidur, kerana mereka di sana hanya mengenali tidur sebagai syahid. inspired by :  http://iqbalsyarie.blogspot.com/2012/11/lelaki-di-bawah-kubah-al-aqsa.html

Huraian surah al-fatihah

Mafhum firman Allah: Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Segala pujian bagi Allah , Tuhan semesta alam. Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Yang Menguasai (Yang Memerintah) hari pembalasan.  Hanya Engkau yang kami sembah dan kepada Engkau saja kami mohon pertolongan. Tunjukkanlah kami jalan yang lurus. Jalan orang-orang yang telah Engkau kurniakan ni`mat kepada mereka; bukan jalan orang-orang yang dimurkai  dan bukan jalan orang-orang yang sesat. (Surah al-Fatehah 1-7). Surah al-Fatehah mengandungi tujuh ayat. Ia diturunkan di Mekah dan dikenali sebagai Fatihah al-Kitab lantaran statusnya berada di awal surah mengikut susunan al-Quran. Ia dinamakan Umm al-Kitab (Ibu Kitab) kerana isi dan tujuannya yang luas merangkumi isi al-Quran secara keseluruhannya. Surah ini juga dinamakan al-Sab`u al-Matsani yang bermaksud “tujuh yang diulang-ulang” kerana tujuh ayat ini sentiasa diulang bacaannya setiap rakaat dalam solat.  Dalam memperkatakan tentang ...

CINTA HALAL

Rasa cinta pasti ada, Pada makhluk yang bernyawa Sejak lama sampai kini, Tetap suci dan abadi Takkan hilang selamanya, Sampai datang akhir masa. Perasaan insan sama, Ingin mencinta dan dicinta Bukan ciptaan manusia, Tapi takdir yang kuasa Janganlah engkau mungkiri, Segala yang Tuhan beri **RENUNGKANLAH "ALBUM PELITA HIDUP III: ARTIS HIJJAZ"*** "Cinta ada kekuatan yang mampu.. mengubah duri jadi mawar, mengubah cuka jadi anggur mengubah malang jadi untung, mengubah sedih jadi riang mengubah setan jadi manusia, mengubah iblis jadi malaikat mengubah sakit jadi sihat, mengubah bakhil jadi dermawan mengubah kandang jadi taman, mengubah penjara jadi istana mengubah amarah jadi ramah, mengubah musibah jadi mahabbah Itulah dia Cinta.." "Sekalipun cinta telah kuuraikan, dan kujelaskan panjang lebar, namun jika cinta kudatangi, aku jadi malu pada keteranganku sendiri.. Meskipun lidahku telah mampu menguraikan dengan terang, namun tanpa lidah, cinta t...
'' Setiap yang bernyawa akan merasakan mati. Dan hanya pada hari kiamat sajalah diberikan dengan sempurna balasanmu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, sungguh, dia memperoleh kemenangan. Kehidupan dunia hanyalah kesenangan yang memperdaya.'' Surah Ali Imran : 185
“Sesiapa yang tidak mengambil berat terhadap urusan (hal, keadaan) orang muslimin, maka bukanlah dia dalam kalangan mereka. Dan sesiapa yang memulakan harinya dengan mengutamakan perkara selain daripada agama Allah maka bukanlah dia daripada golongan orang yang diredhai Allah”. (Riwayat At-Tabrani)

Tanda kematian yang mulia

Tulisan Ustaz Zawawi Yusoh MEMANG amat tersentuh dan mengalir air mata ketika melihat jenazah adik-adik kecil yang dipanggil Pemiliknya. Mereka dikebumikan serentak dalam satu lahad. Takziah kepada keluarga mangsa semoga tabah menghadapi ujian kehilangan yang tersayang. Al-Imam Qurtubi pernah merakamkan hadis nabi yang bermaksud, mati mengejut bagi orang yang baik adalah nikmat manakala mati mengejut bagi yang zalim dan jahat adalah azab. Memang sedih apabila de ngar berita kematian, tapi bagi yang tahu kategori kematian, ada anugerah di sebalik itu iaitu mati syahid. Bagi keluarga yang sedang bersedih dengan tragedi terbabit, sedikit hiburan dari tulisan kali ini. Ini kerana di sana ada satu senarai pakej kematian yang sangat mulia iaitu husnul khatimah atau mati syahid terutama di senarai yang ke lapan dan kesembilan dalam tulisan ini. Pertama: Mereka yang dapat mengucapkan syahadah menjelang kematian sebagaimana ditunjukkan dalam banyak hadis sahih, antaranya Rasululla...

MUDAHKAN, JANGAN DIPAYAHKAN..

MUDAHKAN PENDEKATAN ISLAM, JANGAN EKSKLUSIFKANNYA by Prof Madya Dato’ Dr Mohd Asri Zainul Abidin Amat memeritkan perasaan apabila melihat sesetengah pihak menyebut:  “Nak faham Islam ini susah, kami tidak cukup masa, ada macam-macam kena buat masa muda ini. Tunggulah kami dah tua”.  Ungkapan ini lahir dari salah tanggapan mereka bahawa Islam adalah agama yang sukar difahami dan sukar untuk diamalkan. Ini berpunca dari cara pengajarannya yang susah dan isi yang dipayah-payahkan oleh sesetengah pihak. Dengan kita akur untuk menjadi pakar ilmu-ilmu Islam memanglah tidak mudah, bahkan menjadi pakar apa-apa ilmu pun tidak mudah. Namun memahami dan mengamalkan Islam secara umumnya adalah mudah dan mampu dicapai oleh setiap lapisan manusia. Jika tidak bagaimana mungkin Islam menjadi agama sejagat yang diutuskan untuk setiap insan tanpa mengira lantar kehidupan dan pendidikan. Antara Cuai Dengan Memayahkan Memang, mudah-mudahkan agama dalam ertikata melaksanakannya dalam kead...

Sabda Junjungan

Sabda Rasulullah saw : ''Sesiapa yang akhirat itu tujuan utamanya,  maka Allah jadikan kekayaannya dalam jiwanya.  Allah mudahkan segala urusannya  dan dunia akan datang kepadanya dengan hina  (iaitu dalam keadaan dirinya mulia). Sesiapa yang menjadikan dunia itu ujuan utamanya,  maka Allah akan letakkan kefakirannya antara kedua matanya. Allah cerai-beraikan urusannya,  dan dunia pula tidak datang kepadanya  melainkan dengan apa yang ditakdirkan untuknya  (iaitu dalam keadaan hina).'' Riwayat al-Tarmizi, dinilai hasan oleh al-Albani.

Tazkirah Jumaat

Salam alaik! ''Syeikh Abdul Qadir Isa telah menyatakan jalan-jalan yang disusun oleh para ulama bagi menambah rasa cinta seorang hamba terhadap Allah SWT. Perkara tersebut adalah : 1. Membaca dan mentadabbur al-Quran. 2. Mendekatkan diri kepada Allah dengan mengamalkan sunnah Rasulullah SAW. 3. Sentiasa zikrullah kerana menerusinya manusia akan merasai kecintaan kepadaNya mngikut kadar ingatannya terhadap Allah SWT. 4. Mengutamakan apa yang dicintaiNya berbanding apa yang dicintai oleh diri ketika hawa nafsu memujuk. 5. Menghadirkan hati agar selalu mengingati asma'Nya, sifat-sifatNya, menyaksikan keagunganNya, makrifat padaNya. 6. Mengakui dan menyedari segala kurniaan nikmatNya yang zahir mahupun batin. 7. Luluhnya hati di hadapan Allah kerana menyedari kehinaan dan kelemahan diri. 8. Sentiasa berkhalwah denganNya khususnya di sepertiga malam dengan membaca kalamNya serta mengakhiri dengan istighfar dan bisikan taubat. 9. Bergaul dan bersahabat dengan mereka y...