Saya memilih berbicara tentang cinta walau mungkin pengalaman saya terhad dan pemerhatian serta pengetahuan saya terbatas, maka mungkin sedikit sahaja yang dapat saya kongsikan. Namun semoga pada yang sedikit itu Allah campakkan keberkatan, menambahkan pengeTAHUan, meningkatkan keMAMPUan dan menetapkan keMAHUan kita, memulakan kembara perubahan mencari jalan menuju Tuhan. Remaja Dan Cinta Menginjakkan kaki ke dunia remaja, saya melihat ramai orang berbicara tentang cinta. Semua orang membahaskan, menyokong atau membangkang, menolak atau menerima, mencari bahkan melarikan diri daripada cinta dalam kehidupan mereka. Sukarnya bercakap tentang cinta adalah kerana masing-masing punya takrifan berbeza mengenai cinta. Cinta yang kita alami dan fahami mungkin tidak sama dengan cinta yang rakan kita alami dan fahami. Maka untuk semua pihak duduk semeja dan berdiskusi tentang isu cinta ini dan mencari kesepakatan sering menemukan jalan buntu.Saya membahagikan kelompok ini kepada tiga bahagian. ...
''Kamu tinggal (di bumi) hanya sebentar, jika kamu benar-benar mengetahui'." [23:114]