Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2013

Tiada jodoh bukan kehendak kita~

Artikel ini dipetik dari blog rakan sejak beberapa tahun yang lalu. Saya sudah lupa dari mana ia diperolehi. Namun saya ingin kongsikan artikel ini untuk kita sama-sama mengambil iktibar. Bacalah nasihat Mok Wan ni. Renungkanlah Sedalam-dalamnya. Tiada jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia bagai menanti jambatan untuk ke seberang. Kalau panjang jambatannya jauhlah perjalanan kita. Ada org jodohnya cepat sebab jambatannya singkat. Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35 tahun belum apa² kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan. Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda itu dalam doa² lewat solat. Allah mendengar. Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat. Biar lambat jodoh asalkan mendapat ‘Right Person’ dan biar seorang diri daripada menjadi mangsa lelaki/perempuan yang tidak beriman kemudian nanti. Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu...

alhamdulillah~

alhamdulillah.. selesai sudah exam bakery technology pagi tadi. lengoh tangan punyalah byk soalan.. harap PM Chek tak sakit kepala tanda paper saye.=) esok, the last day of the semester and our last payper~ to Genetic Engineering, please be nice to me! p/s : doakan dapat buat yg terbaek for the next coming paper. and paper yg dah payah sangat tu, harap2 ade keajaiban berlaku lah ea..ameen..wslm.

kepada yb

hari ni nak tulis pasal yb lah, yb?? bukan..ini bukan yb usim ok! ini yb alam maya -_- hahah yb di sini bermaksud yg berkenaan, kepada yg tak berkenaan sila duduk diam-diam. hihih~ kpd yb : saya faham, harap awak tak gila. =p p/s : bilakah agaknya masjid itu bakal dibina ea? #eh.  sekian. wslm..

13 JANUARY 13

salam sejahtera dan salam petang ahad! semoga anda semua sihat sejahtera hendaknya.. hari ni hari ahad, 13 januari 2013. maknanye esok lusa final exam. huhuhu (dah tu hg dok menapak lagi kt sini buat ape nye cik oi!!) saje nak rehatkan minda sekojap, hehe petang-petang ahad ni cabaran hebat taw nak mentelaah jugak..now is pkul 3.39pm ( arghh!! itu semua alasan. jangan la malas2 nok. ) ok2, saya x malas pn, just rase nak create new post..rajin la tu. kalaw malas mesti dah p tidoq je ptg2 ni ;) asyik bace notes je kn..jadi nak taip2 la pulak..heheh td g makan, kedai dekat rumah je.. pastu jmpe jiran satu lorong, tp hujung sikitlah rumahnye.. tak pastilah dah lame pindah or baru je pindah (nmpak sgt mu x amek tahu pasal jiran tetangge, ish3 not good!) pastu mak kenalkanlah saya dengannya mom : yg ni anak akak.. me : sengeh2..salam dgn makcik tu (mungkin kakak lebih sesuai, muda lg rasanye) jiran : sekolah lg ke?? (tq kak kerana menceriakan hidupku hari ni, haha) ...

Doa Cinta Nabi Daud

Ya Allah Aku mohon cintamu dan  cinta  insan yang mencintaiMu serta yang dapat mendekatkan aku kepada cintaMu Ya Allah Jadikanlah cintaMu sesuatu yang paling aku cintai daripada cintaku kepada keluargaku, hartaku, dan air yang dingin Ya Allah Hidupkanlah hatiku dengan cintaMu dan jadikanlah aku seperti apa yang Engkau cintai Ya Allah Jadikanlah aku mencintaiMu dengan segenap cintaku dan seluruh usahaku demi keredhaan Mu (Al Tarmizi) penghargaan

Kita Bina Hidup Ini

Kita bina hidup ini dengan kecukupan bukan dengan kelebihan dengan kejayaan bukan dengan kecemerlangan dengan kemudahan bukan dengan kesenangan dengan keperluan bukan dengan kemahuan dengan kebaikan bukan dengan kesempurnaan dengan kekayaan bukan dengan kemewahan dengan kesediaan bukan dengan ketahuan Kita bina hidup ini bukan dengan manisnya janji tapi dengan pahitnya mengotakannya bukan dengan indahnya kata tapi dengan sukarnya menyuarakannya bukan dengan tingginya darjat tapi dengan payahnya memikulnya bukan dengan banyaknya ilmu tapi dengan kurangnya mendiamkannya bukan dengan panjangnya nyawa tapi dengan pendeknya mensia-siakannya Kita bina hidup ini dengan mimpi menjadi nyata bukan dengan nyata bertukar mimpi dengan angan menjadi cita bukan dengan cita bertukar angan dengan beri menjadi jujur bukan dengan jujur bertukar beri dengan noktah menjadi langkah bukan dengan langkah bertukar nokhtah Kita bina hidup ini bukan untuk terus hidup tapi untuk hidup yang...