Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2012

Jangan berkira dengan Allah

Bismillah.. Apa khabar? Dah solat? cukup 5 waktu? Tahniah, alhamdulillah.. Dah berdhuha? Dah bertahajjud minggu ni? Sunat qobliyah dan ba’adiah macam mana? Sunat taubat dan hajat pula? Witir? “alahai itu kan sunat..tanya-tanya, macam lah dosa pulak kalau tak buat.” Oh ok, sorry.. Cuma, apa lah salahnya melebihkan amal ibadah sikit, terutamanya itu ha bila ada masa-masa lapang tu. Kalau bukan sebagai kewajipan pun, sebagai tanda syukur. Takkan lah itu pun nak berkira dengan Allah, Dia duk bela selama ni bagi macam-macam dah..huhu ++++++++++++ Ibadah buat syarat Kita ni kalau orang kata “kau ni sembahyang sebab janji buat je ke?autopilot? ” Aih. Marah. “biar Allah je yang judge, ok..” katanya. Tapi, tipu lah kalau tak pernah ada rasa macam, “asalkan settle yang wajib sudahlah. Sunat-sunat tu, lah, nama pun sunat..” Satunya, kenapa lah itu pun nak berkira dengan Allah. Apa salahnya spend masa lebih sikit untuk buat yang sunat-sunat tu. Allah dah bagi macam-macam dah...

Jangan ada benci

10 amalan pembuka rezeki

Setiap orang sering mengharapkan rezeki yang halal, baik, berkat, dan melimpah ruah. Tentu dengan rezeki tersebut seseorang dapat memenuhi keperluan hidupnya dan untuk mendapatkannya, selain dengan gigih bekerja secara ikhlas, sempurna dan bijak, seseorang harus mengetahui amalan-amalan yang dapat memudah dan mempercepatkan turunnya rezeki. Di antara amalan-amalan tersebut adalah: . 1.  Memperbanyakkan Istighfar Dan Bertaubat Allah SWT berfirman: “Maka Aku katakan kepada mereka: ’Mohonlah ampun kepada Tuhanmu. Sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun (Sekiranya kamu berbuat demikian), Dia akan menghantarkan hujan kepadamu dengan lebat, dan membanyakkan harta dan anak-pinak,dan mengadakan bagi kamu kebun-kebun tanaman, serta mengadakan bagi kamu sungai-sungai (yang mengalir di dalamnya).” (Surah Nuh [71]: Ayat 10-12). 2.  Meningkatkan Ketakwaan Firman Allah SWT: “Sesiapa bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya re...

Sambutlah Salam CintaNya

Ini bukan kisah baru. Ini kisah yang diulang banyak kali. Kisah tentang dua ‘H’. Setiap yang bergelar manusia, pastinya akan melalui fasa 2 ‘H’ ini. Ia cerita tentang Hidayah dan Hijrah. Ia umpama sebuah kitaran yang seiring. Hidayah adalah petunjuk yang diberikan olah ALLAH kepada hamba-hambaNYA yang terpilih. Hanya dengan kehadiran hidayah ini, barulah penerimanya mampu melakukan hijrah. Sebuah hijrah yang bakal membuka lembaran baru dalam hidup si penerimanya. Pastinya jalan sebuah penghijrahan itu tidak mudah, namun yang Maha Penyayang telah berjanji bahawa dalam sesudah setiap kesusahan itu akan ada kesenangan. Sesungguhnya setiap kesusahan itu akan diikuti kemudahan! Namun, hanya mereka yang benar-benar meyakini akan adanya kehidupan selepas mati sahaja yang akan menyahut seruan 2 ‘H’ ini. Mengambil setiap ibrah yang hadir bersama pakej 2’H’ dalam membina keimanan yang lebih teguh. Tidak sesekali mereka memandang enteng kehadiran 2’H’ ini dalam hidup mereka. Tapi bu...

JAGA KESIHATAN CARA RASULULLAH SAW.

Bangun sebelum Subuh Rasulullah saw mengajak umatnya untuk bangun sebelum Subuh bagi melaksanakan solat sunat, solat fardu dan solat Subuh secara berjemaah. Hal ini memberi hikmah yang mendalam antaranya mendapat limpahan pahala, kesegaran udara subuh yang baik terutama untuk merawat penyakit tibi serta memperkuatkan akal fikiran. Aktif menjaga kebersihan Rasulullah sentiasa bersih dan rapi. Setiap Khamis atau Jumaat, Baginda mencuci rambut halus di pipi, memotong kuku, bersikat serta memakai minyak wangi. “Mandi pada hari Jumaat adalah sangat dituntut bagi setiap orang dewasa. Demikian pula menggosok gigi dan pemakai harum-haruman.” (Hadis riwayat Muslim) Tidak pernah makan berlebihan Sabda Rasulullah saw yang bermaksud: “Kami adalah satu kaum yang tidak makan sebelum lapar dan apabila kami makan tidak terlalu banyak (tidak sampai kekenyangan).” (Muttafaq Alaih) Dalam tubuh manusia ada tiga ruang untuk tiga benda: Sepertiga untuk udara, sepertiga untuk air dan sepertiga lain...

Mereka dan aku

Mereka & aku Masih aku tertawa di sini, Disaat saudaraku disana bertaruh demi maruah & agama, Ibu merangkul anak si syahid bermandi darah, Tika tawa hanya dihilai si zalim, Bangga riaknya memijak martabat agamaku, Namun aku masih tertawa Disini aku tersadung seraya menangis, Namun... Sahabatku langkahnya dangan petah, Keringat kecil berjiwa penjihad mengatur gerak, Bukan jatuh malah tersungkur berkali tak diendah, Belum sempat dibalut luka dia cedera lagi, Hidup selepas jihadnya bererti Islam berjaya, Mati dia hajat syahid terlaksana, Tapi aku masih menangis terkesan luka kelmarin Bumi bersejarah itu berdarah lagi, lagi dan lagi, Duri yang jelas bagi si mujahiddin yang cintakan Tuhannya Membawa jiwa pejuang itu hampir dan makin hampir pada zatNya, Namun gunting terselimut kemas yang kuperoleh, Ternyata tak jelas tampak tirus runcingnya, Menghanyutkan aku jauh dari pangkalan, Terjarak dari Tuhan dengan pilihan sendiri, Terputus tali penghubu...

WASIAT HASSAN AL-BANNA

apabila mendengar azan, bangunlah solat dengan serta-merta walau bagaimana keadaan sekalipun bacalah al-Quran atau tatapilah buku-buku dan pergilah mendengar perkara-perkara yang baik, amalkanlah zikrullah dan janganlah membuang masa walau sedikit pun kepada perkara-perkara yang tidak berfaedah  berusahalah sedaya-upaya bertutur dalam bahasa Arab dengan betul kerana itulah satu-satunya syiar agama Islam janganlah bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun, kerana pertengkaran yang kosong itu tidak memberi apa-apa faedah janganlah banyak ketawa kerana hati yang sering berhubung dengan Allah selalunya tenang dan tenteram janganlah banyak bergurau kerana orang yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh dalam sebarang perkara janganlah saudara bercakap lebih nyaring daripada yang dikehendaki oleh para pendengar kerana yang demikian itu adalah sia-sia malah menyakiti hati pendengar yang lain. jauhilah mengumpat peribadi-peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertub...

Rabiatul Adawiyah

Rabiah sangat termotivasi apabila dia mengaitkan dirinya dengan peristiwa Rasulullah saw ke Thaif demi misi dakwah. Baginda direjam dengan batu-batu sehingga luka berdarah seluruh badan baginda yang mulia. Saat tumit Rasulullah berdarah, baginda berdoa yang bermaksud, ''Wahai Tuhanku, selagi mana murkamu tiada pada diriku, maka tidakku peduli segala ujian dan derita ini kerana kelak aku tahu pertolongan lebih luas lagi untukku. Aku bernaung di bawah nur daripadaMu yang bersinar terang menyinari tujuh petala langit dan sisi yang gelap. Aku memohon perlindungan daripada murka dan benciMu kepada diriku, namun engkaulah yang selayaknya murka, dan padaku tiada daya serta upaya bahkan tiada jua kekuatan melainkan ihsan daripadaMU''. Lalu Rabiah pun bermunajat kepada Kekasihnya, ''Ya Allah, aku tidak kisah sekiranya seumur hidupku ini digelar hamba sahaya kerana tetap jua aku ini hamba kepadaMu. Aku juga tidak kisah sekiranya tidak lagi bertemu dengan adik-beradik...