Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2012

Allahu rabbi..

You might be married to the worst man on earth, like Asiah who married with Firaun but it did not even changed her aqidah. You might be married to the best man on earth, eg : the prophet of Allah, but it doesn't mean you are going to Jannah with him, like the wife of Nabi Luth a.s. You might not married to any man, like Maryam but Allah put you higher than other woman on earth. Put your love and trust on Allah, and He is the main focus.

Wajib berhijab dan haram bersalam.

I wish to be a better muslimah

Tuhan itu ada

Pada suatu hari, seorang anak bujang yang handsome lagi bergaya bernama Lutfi pergi ke kedai gunting untuk menggunting rambutnya. Setibanya di kedai gunting, dia terus memberitahu tukang gunting dan duduk di tempat yang disediakan memandangkan dialah satu-satunya pelanggan yang berkunjung ke situ pada waktu itu. Sedang si penggunting rambut melakukan kerjanya, mulutnya tidak berhenti-henti bercerita. Macam-macam perkara yang dibualkan. Perbualan mereka menyentuh isu semasa dan kehidupan harian. Tiba-tiba si penggunting rambut itu bertanya suatu soalan yang agak berat. “Tuhan ni wujud ke?” tanya si penggunting rambut. Lelaki muda tersebut terkejut dengan soalan tersebut. Belum pun sempat dia nak menjawab, si penggunting rambut menyambung percakapannya. “Kalau Tuhan wujud kenapa dunia ni huru-hara, manusia saling berperang dan benci sesama manusia? Tuan tengoklah berita, di sana berperang di sini berperang. Asyik bergaduh sahaja di mana-mana…” adu si penggunting rambut. ...

KISAH SEEK0R BURUNG PIPIT

Pada suatu hari, sebuah rumah di pinggir kampung terbakar. Seekor burung pipit membawa air menggunakan sayapnya. Seorang pemuda hairan melihat burung itu berulang-alik membantu memad amkan kebakaran. Pemuda : Wahai burung pipit, mengapakah engkau berulang-alik membawa air? Burung : Aku ingin membantu memadamkan api yang sedang marak. Pemuda : Tapi, tidakkah kau tahu bahawa sayapmu itu hanya mampu membawa dua titis air saja? Burung : Aku tahu. Pemuda : Tahukah engkau bahawa titisan air yang kau bawa itu tidak akan dapat memadamkan kebakaran itu? Burung : Aku tahu wahai pemuda. Pemuda : Tetapi mengapa kau masih berterusan berbuat begitu? Burung : Sesungguhnya nanti apabila Allah bertanya sama ada aku nampak atau tidak kebakaran itu, aku akan jawab bahawa aku nampak kebakaran itu. Dan jika Allah bertanya apakah usaha aku untuk membantu. Lalu aku akan menjawab bahawa aku telah membawa titisan air menggunakan sayapku untuk membantu. ''Yakinlah.. sesungguhny...

Perjuangan

  Aku sampai pada keadaanku yang sekarang adalah dengan perjuangan dan selama nafas ini masih terus berhembus, selama itu aku dan semua manusia akan berjuang berjuang dan terus berjuang kehidupan di dunia adalah sebuah perjuangan tanpa henti-henti sejak lahir hingga ke akhir hayat semua dari kita ini berjuang seorang bayi berjuang membiasakan diri dengan keadaan asing yang belum pernah dia kenal sebelum ini seorang ibu berjuang mendidik anak-anaknya menjadi generasi yang unggul, generasi yang hebat, generasi yang menjadi jundullah (pejuang agama Allah) seorang ayah berjuang bermati-matian untuk menafkahi keluarganya seorang pelajar berjuang menuntut ilmu yang miskin berjuang untuk mendapatkan kehidupan yang layak yang sedang jatuh cinta berjuang menahan rindu yang baru berjilbab berjuang untuk tidak kembali tergoda membuka jilbabnya suami isteri berjuang mengharungi bahtera rumah tangga yang ditimpa musibah berjuang dengan tabah dan sabar menja...

Wanita Syurga

Saidatina Fatimah adalah puteri Rasulullah yang mempunyai budi pekerti yang baik dan beliau amat taat kepada ajaran Islam. Sifat-sifatnya sama seperti ayahandanya yakni Nabi Muhammad saw. Pada suatu hari ketika Rasulullah sedang bercerita tentang kenikmatan syurga kepada  Saidatina Fatimah, maka baginda pun bersabda, “Aduhai anakandaku, ada seorang wanita dari kalangan orang kebanyakan merupakan wanita pertama akan masuk syurga. Dia akan masuk syurga terlebih dahulu daripadamu”. Puteri Rasulullah saw Fatimah Azzahra ra. bertanya kepada Rasulullah  saw, ''Siapakah wanita pertama yang memasuki syurga setelah para Ummahatul mukminin?'' Rasulullah bersabda:  Dia adalah MUTIAH. Mendengar sahaja kata-kata ayahandanya itu, maka berubahlah air mukanya lantas dia menangis dan berkata, “Siapakah perempuan itu wahai ayahanda? Macam mana halnya dan bagaimana pula amalannya sehingga dia dapat lebih dahulu masuk ke dalam syurga daripada anakanda? Ayahanda, khabarkanlah...