Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2011

temuduga terbuka

Temuduga Terbuka untuk EMPAT GANJARAN LUMAYAN: >>1. Nikmat kubur >>2. Perlindungan di Padang Mahsyar >>3. Keselamatan Meniti Titian Sirat >>4. Syurga yang kekal abadi LOKASI TEMUDUGA : Di dalam kubur (alam barzakh) >>KELAYAKAN : -siji-sijil serta pingat tidak diperlukan  -rupa paras bukan ukuran -harta, pangkat dan darjat juga tidak diperlukan  -Anda cuma wajib bawa dokumen asal Iman dan Amal >>PANEL  PENEMUDUGA : Mungkar dan Nakir (BERTAULIAH) >>ENAM SOALAN MUDAH YG AKAN DISOAL: >>1.Siapa Tuhan anda? >>2.Apa Agama anda? >>3.Siapa Nabi anda? >>4.Apa Kitab anda? >>5.Di mana Kiblat anda? >>6.Siapa Saudara anda? >>CARA MEMOHON : Anda cuma perlu menunggu penjemput yang berkaliber untuk menjemput anda .Ia akan menjemput anda pada bila- bila masa saja (mungkin sekejap lagi). Ia akan berlembut kepada orang-orang tertentu dan akan bengis kepada orang-...

wahai jiwa

Petikan ini dipetik dari kitab al-Istik' dad liyaumil Adawiyah Ibn Rusyd. Petikannya berbunyi; " Wahai jiwa, anggaplah dirimu sudah mati, lalu Allah   kembalikan engkau hidup lagi. Oleh itu AWASLAH!   wahai jiwa, jangan sampai engkau mensia-siakan HARI INI kerana   ia umpama MUTIARA yang tak ternilai.   AWASLAH wahai jiwa, janganlah engkau melakukan MAKSIAT, sedang   engkau percaya ALLAH melihat perbuatanmu itu. ALANGKAH BESARNYA   KEKUFURAN dan KEJINYA engkau.Dan tidak malunya engkau....   AWASLAH wahai jiwa, bayangkan sekiranya seorang dari hambamu   atau saudaramu atau sahabatmu melakukan sesuatu yang amat menimbulkan   kemarahan tentu engkau bersungut. TETAPI mengapa engkau begitu berani   melakukan sesuatu yang menimbulkan KEMARAHAN dan KUTUKAN ALLAH   hingga patut menerima seksa-Nya?   Seterusnya engkau masih juga diALPAkan oleh kejahilan untuk   mengenang pedihnya azab seksaan itu, maka cubalah b...

KELEBIHAN SUJUD MENURUT PERSPEKTIF PERUBATAN

Kadangkala mungkin kita akan merasa kurang selesa sekiranyan imam Sujud terlalu lama, tetapi tahukah kita bahawa disana ada rahsia & 1000 hikmah yang tersembunyi dari sujud yang sering kita lakukan. Begitu juga perlu kita sedar bahawa tidak ada sesuatu pun ciptaan dan suruhan Allah itu sia-sia malahan setiap ciptaan allah itu mempunyai kelebihan-kelebihan yang selalunya tidak terjangkal oleh akal manusia. Manusia melakukan sujud dalam dua  bentuk : 1) Sujud fizikal sepertimana ketika bersolat. 2) Sujud spiritual berbentuk ketaatan kepada perintah Allah dan menjauhi larangannya.Apa yang ditekankan disini adalah sujud fizikal. Ulamak mengatakan sujud ketika solat adalah waktu yang paling  hampir antara kita dengan Allah S.W.T.mengalakkan kita bersujud lama. Dari segi ilmu perubatan,kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migraine, menyegarkan otak serta  menajamkan akal fikiran sete...

i'm so lonely!

Waktu engkau kanak2, kau laksana kawanku sejati Dengan wudu' aku disentuh dalam keadaan suci Aku dipegang, dijunjung, di atas rehal aku dipelajari Aku dibaca dengan kuat atau perlahan setiap hari. Sekarang engkau dewasa...kau tak berminat lagi... Apakah aku...hanya untuk kanak2 yang belajar mengaji ? Sekarang aku disimpan hanya sebagai perhiasan Atau....dibuat tangkal untuk menakutkan hantu syaitan Aku tersingkir, dibiarkan kesendirian dalam kesepian Di atas almari, di dalam laci, aku dipendamkan. Dulu...pagi2...surah2ku engkau baca beberapa halaman Sekarang...sambil minum kopi...engkau baca Berita Harian Masa lapang..engkau membaca sastera karangan manusia Sedangkan ayat2ku datang dari Tuhanmu Yang Maha Perkasa. Waktu malam engkau nongkrong di depan TV Menonton pertandingan bola dan lakonan TV Three Di depan komputer berjam-jam engkau duduk Masa berlalu...aku menjadi buruk dalam gerobok Mengumpul debu diselaput abuk. Apakah suratkabar, TV, computer, dapat member...

100 Langkah Menuju Kesempurnaan Iman

1. Bersyukur apabila mendapat nikmat; 2. Sabar apabila mendapat kesulitan; 3. Tawakal apabila mempunyai rencana/program; 4. Ikhlas dalam segala amal perbuatan; 5. Jangan membiarkan hati larut dalam kesedihan; 6. Jangan menyesal atas sesuatu kegagalan; 7. Jangan putus asa dalam menghadapi kesulitan; 8. Jangan usil dengan kekayaan orang; 9. Jangan hasad dan iri atas kesuksessan orang; 10. Jangan sombong kalau memperoleh kesuksessan; 11. Jangan tamak kepada harta; 12. Jangan terlalu ambitious akan sesuatu kedudukan; 13. Jangan hancur karena kezaliman; 14. Jangan goyah karena fitnah; 15. Jangan berkeinginan terlalu tinggi yang melebihi kemampuan diri. 16. Jangan campuri harta dengan harta yang haram; 17. Jangan sakiti ayah dan ibu; 18. Jangan usir orang yang meminta-minta; 19. Jangan sakiti anak yatim; 20. Jauhkan diri dari dosa-dosa yang besar; 21. Jangan membiasakan diri melakukan dosa-dosa kecil; 22. Banyak berkunjung ke rumah Allah (masjid); 23. Lakukan solat deng...

takabbur

Takabur atau membesarkan diri Rasulullah s.a.w. ada bersabda dalam suatu hadith Qudsi, firman Allah yang kira-kira bermaksud: "Kebesaran, ketinggian itu selendangKu, keagungan itu kain pakaiKu, maka sesiapa yang cuba merebut (bersifat dengan) salah satu dari keduanya, Aku akan campakkan dia ke dalam nereka jahanam, Aku tidak peduli."        (HR : Muslim, Abu Daud dan Ibn Majah) Hadith ini bermakna bahawa ketinggian dan keagungan hakiki itu dua sifat yang hanya kepunyaan Allah SWT, tidak layak bagi selainNya. Orang yang membesarkan dirinya itu seolah-olah merebut sifat Allah, orang yang demikian sifatnya memang sesuai dilemparkan ke dalam neraka. Nabi s.a.w. ada bersabda yang sekira-kira bermaksud: "Tidak masuk syurga orang yang ada di dalam hatinya seberat timbangan biji sawi sifat takabbur (membesarkan diri). Bagi mengelakkan diri dari sifat takabbur, hendaklah: i.      Mengingatkan bahawa segala kelebihan dan nikmat yang ...

kita & ibu

Ketika berusia 1 tahun , ibu suapkan makanan dan mandikan kita. Cara kita ucapakn terima kasih kepadanya hanyalah dengan menangis sepanjang malam. Apabila berusia 2 tahun, ibu mengajar kita bermain..kita ucapkan terima kasih dengan lari sambil ketawa terkekeh-kekeh apabila dipanggil. Menjelang usia kita 3 tahun, ibu menyediakan makanan dengan penuh rasa kasih sayang..kita ucapkan terima kasih dengan menumpahkan makanan ke lantai. Ketika usia 4 tahun , ibu membelikan sekotak pensil warna, kita ucap terima kasih dengan menconteng dinding. Berusia 5 tahun, ibu membelikan sepasang pakaian baru, kita ucapkan terima kasih dengan bergolek-golek dalam lopak kotor. Setelah berusia 6 tahun , ibu memimpin tangan kita ke sekolah, kita ucapkan terima kasih dengan menjerit : “Tak nak ! Taknak !” Apabila berusia 7 tahun, ibu belikan sebiji bola.cara mengucapkan terima kasih ialah kita pecahkan tingkap jiran. Menjelang usia 8 tahun , ibu belikan ais krim , kita ucapkan terima kasih dengan mengo...

mustajab doa

saat-saat terbaik untuk berdoa : sesudah solat fardhu ketika iktidal terakhir dalam solat ketika sujud, especially sujud terahkir ketika azan dilaungkan untuk solat antara azan dan iqamat pada larut malam; sepertiga malam yang akhir pada waktu sahur(sebelum fajar) sepanjang malam jumaat dan hari jumaat sesudah asar menjelang maghrib pada hari jumaat ketika khatib duduk di atas mimbar sesudah khutbah yang pertama sesudah imam membaca "waladh-dhaaalliin.." sesudah khatam al-quran ketika kaum muslimin berkumpul dalam sesebuah majlis sesudah pengajian di majlis ta'lim atau majlis syarahan sepanjang bulan ramadhan pada malam lailatul qadar ketika wuquf di Arafah ketika mengerjakan tawaf ketika mengerjakan saie ketika minum air zam-zam sesudah mengambil wudhu' ketika hujan lebat ketika mengunjungi orang sakit ketika menutup mata mayat ketika berbaris menuju medan perang ketika pertempuran di medan perang "barang siapa dibukakan pintu doa bagi...

sesuatu..

sesuatu yang diilhamkan padanya tiga perkara tidak akan diharamkan daripadanya tiga perkara pula: sesiapa yang diilhamkan kepadanya doa, maka tidak diharamkan baginya dikabulkan doa itu. sesiapa yang diilhamkan istighfar, tidak diharamkan baginya keampunan. sesiapa yang diilhamkan syukur, tidak diharamkan baginya penambahan. 

ayat yang sangat bermotivasi

Sering kali, apabila kita dirundung duka.. Dikurniakan ALLAH sebuah ujian yang menguji keimanan.. Kita akan ditenangkan dengan ayat ini.. “…. Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. ALLAH mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” [Al-Baqarah, ayat 216] Ayat inilah penenang tatkala kita kekecewaan. Kerana ia mengajar kita untuk redha dan menerima semua yang terjadi dengan tabah. Mengajar kita untuk mengerti bahawa langit tak selalunya cerah, ada masanya apa yang diharapkan tidak semestinya menjadi kenyataan.  Kuatnya sebuah hati untuk menerima sesebuah takdir adalah pada meyakini bahawa ALLAH Maha Mengetahui. Ambil dua situasi sebagai contoh. Bagi yang terpaksa melepaskan cinta, ayat ini dibacakan agar dia mengerti bahawa apa yang dicintainya itu bukanlah yang terbaik. Berhentilah dari menyayangi dan lepaskanlah ia pergi. Ada yang lebih baik sedang menanti. Bagi yang diuji...

kita sering kali terlupa.

20 June 2011 0 Komen Kita Lupa Lagi? Kita lupa atau terlupa? “Alamak lupa la hari ini kena hantar shukudai(homework) bussei!” “Lupa la nak letak baju dekat ampaian tadi, abisla busuk baju aku balik nanti.” “Mana aku letak   pensel ni,tadi baru rasanya aku pegang “ Asyik terlupa saja, tapi itulah hakikat yang kita harus terima sebagai manusia. Al-insan yang berasal dari kata akar nasiya bererti lupa. Jadi tidak dapat dinafikan lagi sifat lupa itu memang ada pada manusia yang secara fitrahnya memang lemah. Tidak ada manusia yang sempurna sifatnya kecuali Rasulullah S.A.W.  Daripada seremeh-remeh benda sampailah kepada benda yang paling penting dalam hidup manusia, kita tidak lari daripada melakukan kesilapan. Kita lupa? Dulu masa mula-mula Allah ciptakan kita, waktu tu kita masih di alam rahim, roh kita telah berjanji untuk menjadi hamba Allah yang taat. Eh, betul ke? Tak ingat pun. “ Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu mengeluarkan dari sulbi(tulang belakang) anak cucu...

10 wasiat as-Syahid Imam Hasan al-Banna

Wasiat Pertama: Bangunlah segera mendirikan solat sebaik sahaja mendengar azan berkumandang walau apapun keadaan anda. Wasiat Kedua: Bacalah al- Quran , buatlah kajian atau dengarilah selalu, dan janganlah membuang masa dalam perkara yang tiada memberi faedah. Wasiat Ketiga: Janganlah bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun kerana pertengkaran yang kosong tiada memberi apa-apa jua kebaikan. Wasiat Keempat: Jauhilah daripada mengumpat-umpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan apa- apa yang memberi kebaikan. Perintah Kelima: Berusahalah untuk bertutur dalam bahasa Arab Fushah kerana bahasa Arab yang betul itu adalah simbol Islam. Wasiat Keenam: Janganlah banyak bergurau kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam setiap perkara. Wasiat ketujuh: Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram. Wasiat Kelapan: Janganlah bercakap lebih nyaring...

renungan bersame

Atas tautan ukhwah, Juga atas satu dasar yang kukuh, Nan Aqidah Muslim, Aku melayangkan warkah ini buatmu teman... Wahai temanku an-nisa', Engkau sedia maklum, Engkaulah hiasan dunia, Lantaran fitrah itu, Engkau seringkali menjadi fitnah lelaki itu, Dan sememangnya itu bukan kesalahanmu, Tetapi itulah hakikat kejadianmu... Wahai temanku ar-rijal, Aku mengetahui kesepian hati seorang lelaki, Yang seringkali mengimpikan seorang teman di sisi, Dan tentulah temanmu yang diimpi, Seorang serikandi... Wahai temanku an-nisa', Aku mengetahui halusnya perasaanmu, Engkau ingin disayangi, Ingin dimanjai, Engkau juga ingin menyayangi juga ingin memanjai... Dan aku juga tahu, Temanmu ar-rijal juga begitu... Tetapi temanku an-nisa', Ketahuilah engkau, Bercinta itu fitrah, Tetapi janganlah engkau cemarkannya dengan fitnah... Kalau benar engkau mengasihinya, Kasihinyalah kerana Pencipta Fitrah, Dan jika engkau benar mengasihinya, KeranaNya, Engkau tak ka...

take note!

Kalau dahi tak mencecah sejadah di dunia Bersihkanlah dirimu sebelum kamu dimandikan berwudhu`lah kamu sebelum kamu diwudhu`kan dan solatlah kamu sebelum kamu disolatkan Tututlah auratmu sebelum auratmu ditutupkan dengan kain kaFan yang serba putih pada waktu itu tidak guna lagi bersedih walaupun orang yang hadir itu merintih selepas itu kamu akan diletakkan di atas lantai lalu dilaksanakan solat jenazah dengan empat kali takbir dan satu salam berserta fatihah, Selawat dan Doa sebagai memenuhi tuntutan fardhu kifayah tapi apakah empat kali takbir itu dapat menebus segala dosa meninggalkan solat sepanjang hidup? Apakah solat jenazah yang tanpa rukuk dan sujud dapat Membayar hutang rukuk dan sujudmu yang telah luput? Sungguh tertipulah dirimu jika beranggappan demikian Justeru ku menyeru sekelian Muslim Dan Muslimat Usunglah dirimu ke tikar solat Sebelum kamu diusung ke liang lahaD Menjadi makanan cacing dan makanan ulat iringin dirimu ke masjid sebelum kamu dii...

sinar kebahagiaan

Rumahnya bertingkat-tingkat wangnya berlipat-lipat keretanya berkilat-kilat pasangannya cantik memikat badannya sihat walafiat hidup sekeluarganya penuh berkat Kerna solatnya 5 waktu sentiasa lekat Setiap bulan dihulur sedekah dan zakat ilmu dan amalnya sentiasa meningkat budi dan bakti seikhlasnya niat sombong dan angkuh tak pernah diingat kerjasama dan musyawarah sentiasa sepakat dengki dan iri hati mohon simpang malaikat kejayaan orang lain itulah matlamat kebahagiaan di dunia membawa kebahagiaan di akhirat

untukmu..

Untukmu calon imamku yang telah tertulis di Luh Mahfuz.. jika benar cinta itu kerana Allah, maka biarkanlah ia mengalir mengikut aliran Allah kerana hakikatnya ia berhulu dari Allah maka ia pun sewajarnya berhilir hanya pada Allah.. 

cantik

Cantiknya seorang wanita itu sebagai HAWA Tidak kerana bijak meruntun iman kaum Adam Sehingga turunkan insan ke dunia Tetapi menjdi pembakar semangat perwira Menjadi tunjang perjuangan syuhada Cantiknya seorang wanita itu sebagai ANAK Tidak menjerat diri pada lembah kedurhakaan Mengalir mutiara di kelopak mata Tetapi menjadi penyelamat ibu bapa Pada hari kebangkitan bermula Cantiknya seorang wanita itu sebagai REMAJA Tidak pada kulitnya mulus menggebu terdedah Untuk menggoda pandangan nafsu mata Tetapi pada kehidupan terjaga Dari menjdai mangsa tohmahan dunia Cantiknya seorang wanita itu sebagai GADIS Bukan kerana merah kilauan lipstik Pada bibir memekar senyuman kosmetik Tetapi pada keperibadian terpelihara Kelembutan kesopanan menghiasi jiwa Cantiknya seorang wanita itu sebagai ISTERI Bukan kerana peneraju kerjaya dalam rumahtangga Tetapi sentiasa bersama Menempuh badai disisi suami tercinta Cantiknya seorang wanita itu sebagai MENANTU Bukan kerana kemew...

peribadi diri

Muharram Bersifat pendiam, sihat fikirannya. Mungkin akan menjadi bodoh jika tidak mendapat didikan yang sempurna, walaupun begitu, jika dididik dengan baik, dia boleh menjadi cerdik kerana bakat fikiran yang pintar cerdas ada padanya. Dia mempunyai keinginan yang baik dan selalu berada dalam selamat. Safar Tabiatnya buruk. Dia tidak suka mengakui kesalahannya. lbu Bapanya perlu mendidiknya bagi menghilangkan tabiat buruk itu, jika tidak, kehidupannya akan menjadi susah di kemudian hari. Walaupun begitu, sekiranya dia melakukan sesuatu untuk kepentingan dirinya,selalunya ianya akan mendatangkan hasil. Rabiul Awal Perwatakannya baik. Mungkin dia akan mendapat pangkat besar,menjadi orang berpengaruh atau kaya tanpa diduga. Dalam pekerjaan ramai yang suka. Sifat negatif dirinya termasuklah kurang sabar, hatinya  keras dan mudah marah. Rabiul Akhir Perwatakannya jahat. Hatinya tidak tetap. Fikiran dan Kemahuannya lemah, buruk nafsunya, kasar wataknya, mudah menga...

muslim lately..

Lebih gembira menyambut 1 Januari daripada 1 Muharram Lebih tahu apa itu 14 Februari daripada 12 Rabiulawal Lebih membesarkan hari Sabtu, Ahad daripada hari Jumaat Lebih khusyuk mendengar lagu daripada mendengar Azan Lebih suka lepak,tidur tengok TV daripada sembahyang, mengaji Lebih tahu tentang artis pujaan kita daripada nama nabi-nabi Allah Lebih suka menyebut hello!...hai! daripada assalamualaikum Lebih suka pakai cap, topi daripada tudung, kopiah Lebih suka menyanyi daripada berwirid, bertahmid Lebih suka memuji manusia daripada Tuhan kita sendiri Lebih suka membaca majalah hiburan daripada buku-buku agama Lebih suka ke konsert, karaoke daripada ceramah agama Lebih suka memaki, mengumpat orang daripada memuji mereka Lebih suka mencarut, daripada menyebut MasyaAllah Lebih suka kemungkaran daripada berbuat kebaikan Lebih bangga dengan kejahilan diri daripada bersyukur dengan keimanan Lebih cintakan urusan dunia daripada urusan akhirat

bersihkan dirimu

  Bersihkanlah dirimu sebelum kamu dimandikan Berwudhu'lah kamu sebelum kamu diwudhu'kan Dan solatlah kamu sebelum kamu disolatkan Tutuplah 'auratmu sebelum'auratmu ditutupkan Dengan kain kafan yang serba putih Pada waktu itu tidak guna lagi bersedih Walaupun orang yang hadir itu merintih Selepas itu kamu akan diletak di atas lantai Lalu dilaksanakanlah solat Jenazah Dengan empat kali takbir dan satu salam Berserta Fatihah, Selawat dan doa Sebagai memenuhi tuntutan Fardhu Kifayah Tapi apakah empat kali takbir itu dapat menebus Segala dosa meninggalkan solat sepanjang hidup? Apakah solat Jenazah yang tanpa rukuk dan sujud Dapat membayar hutang rukuk dan sujudmu yang telah luput? Sungguh tertipulah dirimu jika beranggapan demikian Justeru kumenyeru sekelian Muslimin dan Muslimat Usunglah dirimu ke tikar solat Sebelum kamu diusung ke liang lahad Menjadi makanan cacing dan makanan ulat Iringilah dirimu ke masjid Sebelum kamu diiringi ke Pusara Tangisilah...

checklist

1. Kesemua isteri nabi akan masuk syurga kerana kesolehan mereka. Bagaimana dengan kita? 2. Kita digalakkan membaca al-Quran setiap hari. Adakah kita sudah membacanya pada hari ini? 3. Pernahkah kita menyemak dan berusaha memperbaiki bacaan al-Quran anda secara berguru? 4. Pernahkah kita menitiskan air mata sewaktu membaca, mendengar atau mengamati wahyu Ilahi yakni al-Quran? 5. Adakah kita sentiasa menyedari bahawa malaikat Raqib dan Atid setiap saat sentiasa mencatat pahala dan dosa yang kita lakukan sama ada secara terang-terangan atau bersembunyi? 6. Sedarkah kita bahawa malaikat  maut sentiasa mendampingi kita tidak kira sama ada kita bersedia atau tidak bersedia? 7. Setakat amalan kita sehingga hari ini, adakah kita yakin bahawa kita akan terselamat daripada seksaan di Padang Mahsyar? 8. Islam mewajibkan lelaki dan wanita menutup aurat. Sejauh mana kita berdukacita melihat adik-beradik, kaum keluarga, rakan-rakan dan jiran tetangga kita tidak menutu...

Coretan untuk Kekasihku..

Wahai Kekasih, Ketahuilah bahawa di saat aku menulis coretan ini, hati ini sangat merinduimu, tidak tertanggung lagi rasanya rinduku ini padamu, lalu ku titipkan sebuah warkah buatmu. Ya habibullah…. aku merasa sangat hina dan kerdil ketika ini, tangan yang kotor,penuh dosa dan noda, layakkah menulis warkah untukmu? engkau kekasih Allah..aku?..hamba Allah bergelumang dosa… Ya Rasullulah…… Sesungguhnya..aku sangatlah mencemburui ‘Aisyah yang berbaring di ribamu sambil menangis, tangisan kesyukuran kerana dapat memasuki syurga bersamamu, sungguh!aku cemburu! sering aku terfikir,’alangkah bagusnya sekiranya aku ialah ‘Aisyah’ aku juga mencemburui Anas yang sangat disayangi mu, mendapat nama timangan’unais’ darimu! aku juga inginkan nama timangan darimu.. aku juga ingin dipanggil manja olehmu… Astaghfirullah…tidak bersyukurnya aku acapkali aku terlupa,akulah saudara yang paling engkau rindu, engkau mencurahkan selautan kasih buat diriku walaupun tidak pernah kita bers...

renung sejenak

"aku bimbang untuk tidur pada siang hari, takut urusanku dengan manusia tidak selesai.. dan aku juga bimbang untuk tidur pada malam hari, takut urusanku dengan Allah tidak selesai.."                                               -Umar al-Khattab

renungan