30 hari berpuasa di bulan Ramadhan mengajar kita banyak perkara. Kita dilatih melawan nafsu; mulut dikekang daripada berkata kotor seperti mengumpat dan bercakap yang sia-sia, perut dikekang dari kekenyangan dengan pelbagai makanan, telinga dikekang dari mendengar yang syubhat apalagi yang haram, kaki dikekang dari berjalan ke tempat kejahatan dan mata dilarang dari melihat sesuatu yang diharamkan. Pada masa yang sama, Ramadhan melatih kita mengerjakan banyak amalan sunat seperti membaca al-Quran, bersolat sunat, bersedekah, berzikir dan bertafakur. Latihan yang kita amalkan dalam bulan puasa ini dapat membantu kita membentuk sikap positif yang perlu dalam kehidupan seharian. Perkara-perkara di atas merupakan ibadat yang perlu dihayati bukan saja sepanjang Ramadhan tetapi diteruskan dalam bulan-bulan yang lain. Sebagaimana Islam menganjurkan kita beristiqamah dalam sesuatu amalan, begitulah juga dengan ibadat yang dilakukan dalam bulan Ramadhan. Ramadhan demi Ramadhan seter...
''Kamu tinggal (di bumi) hanya sebentar, jika kamu benar-benar mengetahui'." [23:114]