Skip to main content

Posts

Showing posts from 2011

doa manis buat pedoman ukhti yang disayangi fillah..

ya Allah.. kurniakanlah kami pasangan yang soleh yang menjaga dirinya yang menjaga hatinya hanya untuk yang halal baginya yang sentiasa menjaga dirinya yang sentiasa berusaha mengikut sunnah Rasulullah, yang baik akhlaknya, yang menerima kami seadanya yang akan membawa kami menuju JannahMu ya Rabb.. kabulkan ya Allah, kerana hati kami ini teramat lemah ya Allah ampunkanlah dosa-dosa kami selama ini andai tidak menjalankan segala perintahMu dengan sempurna andai tidak memperdulikan namaMu andai tenggelam dalam angan-angan lantas melupakan diriMu ya Allah, sempatkanlah kami untuk bertaubat atas segala dosa kami dosa yang lalu, yang sedang dan yang akan datang sama ada kami sengajakan atau yang tidak kami sengajakan agar kami terus berada dalam jalanMu yang benar untuk kami penuhi segala kewajipan sebelum berakhirnya usia ini sebelum kami kembali kepadaMu.. amin ya Rabbal alamin.. salam cinta penuh kasih :)
Bila Allah cepat makbulkan Doamu, Maka DIA Menyayangimu, Bila DIA Lambat Makbulkan doamu, Maka DIA Ingin Mengujimu, Bila DIA Tidak Makbulkan Doamu, Maka Dia Merancang Sesuatu Yang lebih Baik Untukmu. Oleh itu, Sentiasalah Bersangka Baik Pada ALLAH Dalam Apa Jua Keadaan  Kerana Kasih sayang ALLAH Itu Mendahului KemurkaanNya

kebahagiaan

Dari Ibnu Abbas ra, ada 7 petanda kebahagiaan dunia, iaitu : Qalbun syakirun atau hati yang selalu bersyukur Al azwaju shalihah , iaitu pasangan hidup yang soleh Al auladun abrar , iaitu anak yang soleh Albiatu sholihah , iaitu lingkungan yang kondusif untuk iman kita Al malul halal , atau harta yang halal Tafakur fi dien , atau semangat untuk memahami agama Umur yang barakah - ertinya umur yang semakin tua semakin soleh, yang setiap detiknya diisi dengan amal ibadah.

i luv islam

Ya Allah, bila ini bukan masanya. Bila ini belum saatnya. Jarakkan kami. P isahkan kami. Agar kami jauh dari dosa dan perkara sia-sia. Agar kami dapat lebih menjaga hati. Agar kami jauh dari kemurkaanMu.

tentang cinta :)

Saya memilih berbicara tentang cinta walau mungkin pengalaman saya terhad dan pemerhatian serta pengetahuan saya terbatas, maka mungkin sedikit sahaja yang dapat saya kongsikan. Namun semoga pada yang sedikit itu Allah campakkan keberkatan, menambahkan pengeTAHUan, meningkatkan keMAMPUan dan menetapkan keMAHUan kita, memulakan kembara perubahan mencari jalan menuju Tuhan. Remaja Dan Cinta Menginjakkan kaki ke dunia remaja, saya melihat ramai orang berbicara tentang cinta. Semua orang membahaskan, menyokong atau membangkang, menolak atau menerima, mencari bahkan melarikan diri daripada cinta dalam kehidupan mereka. Sukarnya bercakap tentang cinta adalah kerana masing-masing punya takrifan berbeza mengenai cinta. Cinta yang kita alami dan fahami mungkin tidak sama dengan cinta yang rakan kita alami dan fahami. Maka untuk semua pihak duduk semeja dan berdiskusi tentang isu cinta ini dan mencari kesepakatan sering menemukan jalan buntu.Saya membahagikan kelompok ini kepada tiga bahagian. ...

Law Ka Na Bainana

Kalau Kekasih (Nabi) di kalangan kita   لو كان بيننا الحبيب Akan datang kepada kita yang jauh dan yang dekat    لدينا القاصى والقريب Dari Taibah sebelum Magrib   من طيبة قبل المغيب Berkehendakkan dekat dengan Kekasih طالبا قرب الحبيب Dengan dekat dengannya hati menjadi tenang بقربه نفس تطيب Dan berdoalah kepada Allah, akan dijawabNya فتدع الله يجيب Cahayanya mekar takkan padam انوار طاح لا تغيب Sampaikanlah pertemuan kami wahai yang Maha Menjawab    بلغنا لقاه يا مجيب Untukmu kuserahkan diri aku wahai Kekasih فدتك روحي يا حبيب Muhammad yang memuliakan orang asing محمد مكرم الغريب Dengan dekat denganmu hati menjadi tenang بقربك الروح تطيب Wahai rahmat sekelian alam يا رحمة للعالمين

dari sahabat untuk sahabat :-)

Ya Allah, izinkan sahabatku menjadi sekuntum bunga yang dihiasi dengan kelopak akhlak mulia harum wanginya dengan ilmu agama cantiknya kerana iman dan taqwa namun keindahan zahirnya disimpan rapi biar menjadi rahsia yang kekal abadi bukan perhatian mata ajnabi yang menjadi punca fitnah hati dari lelaki berjiwa sepi wajahnya bukan mengundang dosa umpama duri yang memagari diri agar terpelihara dari noda duniawi yang menghilangkan harum sejati untuk Kau calonkan dirinya sebagai bidadari syurgaMu ya Allah, jika dia jatuh cinta, cintakanlah dia pada hambaMu  yang mencintaiMu ya Allah agar dia tidak tersesat dalam jurang cinta nafsu perkenankan doaku ya Allah kerana dia sahabat terbaikku ameen.. *terima kasih kakmus!

hadis

Hadis qudsi riwayat Ubadah bin Somit bermaksud "Allah swt berfirman : Orang yang berkasih-sayang kerana Aku berhak mendapat kasih sayangKu Orang yang saling berhubung silaturahim kerana Aku juga berhak mendapat kasih sayangKu Orang yang saling menasihati kerana Aku Orang yang saling menziarahi kerana Aku Orang yang saling berkorban berbelanja antara satu sama lain kerana Aku, semuanya berhak mendapat kasih-sayangKu (Sesungguhnya) orang yang saling berkasih-sayang kerana Aku selayaknya di singgahsana indah daripada cahaya; sehinggakan para nabi, siddiqin dan para syuhada pun rasa terkilan dengan kedudukan itu."

bergurau senda~

Hidup kita memang selalu dipenuhi dengan gurau senda dengan orang di sekeliling, biasanya kawan-kawan. Mana ada orang yang bergurau dengan dirinya sendiri, betul tak? Maknanya, bila kita bergurau senda, secara tak langsung ia akan melibatkan perasaan orang lain yang mendengar gurauan kita. Biasanya, orang bergurau untuk menceriakan suasana. Takkan nak buat muka serius sepanjang masa. Macam kebanyakan orang mengatakan, “ Hidup mesti ceria ”. Tapi, mari kita teliti, apa yang selalu ada dalam sesebuah gurauan? Lawak yang direka-reka, cerita yang dibuat-buat, perli memerli dan kata mengata antara satu sama lain. Itu antara yang biasa saya temui. Jarang sekali orang bergurau tapi dalam masa yang sama dia tak menipu. Tak sah kalau bergurau, dia tak mengata-ngata (secara bergurau) kat orang lain. Kebanyakan kita menganggap gurauan adalah perkara biasa. Ada juga yang menyangka menipu dibolehkan ketika bergurau sebab tak membahayakan orang di sekeliling kita. Saya juga pernah menganggap begi...

az-zariyat

Zarif :               Dengar cerita dah nak fly? Hafiz :               21hb ni, 11 pagi. Zarif :               Alhamdulillah. Fly juga kau akhirnya… Hafiz :               Perkataan ‘akhirnya’ tu sangat kurang ajar… Zarif :               Hahaha… Ye la semua orang dah fly, kau sorang je terkedek-kedek baru nak fly ke Jepun. Anyway, tahniah! Kau pergi Universiti yang sama dengan awek kau ke? Hafiz :               Haah. Kitorang masuk university sama-sama, duduk rumah sama-sama… isy tak adalah, aku gurau je. Aku mana ada awek. Zarif :     ...

Teknik mudah menghafal al-Quran

Mungkin ada diantara kita yang mengalami sedikit kesukaran untuk menghafaz ayat Al-Quran.  Insya-Allah, lebih mudah untuk dihafaz jika kena pada cara dan teknik hafazannya. Di sini, dikongsikan 6 langkah mudah modul hafaz Aqrab yang boleh dipraktikkan untuk menghafaz Al-Quran supaya mudah ingat dan berkekalan ingatannya. 1 Baca ayat-ayat yang hendak dilafas dengan betul hukum tajwidnya. Tentukan tempat waqaf dan ibtida’ (memulakan bacaan seterusnya) di tempat yang tetap tanpa diubah-ubah. 2 Ulang baca (melihat mashaf) ayat-ayat tersebut sehingga betul-betul lancar. 3 Setelah lancar, mula menghafaz dengan menutup mashaf atau ayat yang dihafaz. Jika sukar untuk ingat, catat pada kertas kalimah pertama setiap ayat dan kalimah-kalimah permulaan ditempat yang kita ibtida’. 4 Sesudah mengingat ayat pertama atau ayat gabungan yang dihafaz, dengan menggunakan teknik yang sama seperti langkah 3, hafaz beberapa ayat atau ayat seterusnya. 5 Uji hafalan dengan menghafaz berdasarkan huruf...

The Down Syndrome Creed

My face may be different but my feelings are the same. I laugh and I cry and take pride in my gains. I was sent here among you to teach you to love, as God in the heavens looks down from above. To Him, I'm no different His love knows no bounds; It's those here among you in the cities and towns, that judge me by standards that man has imparted, but this family I've chosen, will help me get started. For I'm one of the children so special and few, that came here to learn the same lessons as you. That love is acceptance, it must come from the heart; we all have the same purpose, though not the same start. The Lord gave me life to live and embrace, and I'll do it as you do, but at my own pace. -author unknown credit to http://yang-teristimewa.blogspot.com/

Sayangnya Allah pada perempuan..

  Siapa kata jadi perempuan tu SENANG Nak kena tutup sana, tutup sini Tengok budak lelaki, pakai baju pagoda pon orang x bising Perempuan, stoking pon kena pakai Cuba suruh budak lelaki jadi perempuan satu hari Komfem x tahan bertutup semua Tapi, perempuan cool jek Tengah panas pon boleh lagi pakai jubah, hebat kan perempuan Siapa kata jadi perempuan tu senang Tiap2 bulan, mesti ada penyakit Nak pergi kelas pon susah Kalau boleh, masa tengah jalan tu nak jek meraung sbb sakit Cuba tengok budak lelaki , selamber jek Kadang2 setahun sekali pon susah nak dapat sakit Tapi, perempuan hidup berpuluh2 tahun dgn penyakit tiap2 bulan, survive jek Tengah2 sakit pon boleh senyum lagi sampai orang pon x perasan yg dia sakit Hebat kan perempuan Siapa kata jadi perempuan tu senang Hati ni Allah jadikan lembut betul Cepat jek sensitif Cuba tengok orang putus cinta Selalu perempuan yg paling susah nak lupa Lelaki lepas putus cinta cepat jek pasang baru...