Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2011

Peristiwa- peristiwa besar bulan Ramadhan

Bulan diturunkan al-kitab Para pakar tafsir dan hadis merekodkan, Allah menurunkan kitab-kitab dan suhuf iaitu kitab kecil selain Zabur, Taurat, Injil dan al-Quran kepada rasul terdahulu pada bulan Ramadhan. Peristiwa badar Pada hari Jumaat, 2 Ramadhan tahun ke 2 Hijrah berlakunya perang pertama dalam Islam yang dikenali Perang Badar. Tentera Islam mengawal lokasi strategik dengan menguasai sumber air yang terdapat di situ. Tentera Islam seramai 313 berhadapan dengan 1000 tentera musyrikin Mekah yang lengkap bersenjata. Tentera Islam memenangi pertempuran dengan 70 tentera musyrikin terbunuh, 70 lagi ditawan manakala bakinya melarikan diri. Tentera Islam yang sedikit jumlahnya, lemah dari sudut kelengkapan dan berpuasa pula, memenangi pertempuran Perang Badar. Ini membuktikan puasa bukanlah penyebab umat Islam bersikap lemah dan malas sebaliknya berusaha demi mencapai keredhaan Allah. ''Sesungguhnya Allah menolong kamu dalam Perang Badar, sedangkan pada masa itu kamu or...

Harapan Ramadhan

Ku mengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna agar dapat kulalui dengan sempurna Selangkah demi selangkah setahun sudah pun berlalu masa yang pantas berlalu hingga tak terasa ku berada di bulan Ramadhan semula Puasa satu amalan sebagaimana yang diperintahNya moga dapat kulenturkan nafsu yang selalu membelenggu diri tiada henti-henti tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja Tuhan pimpinlah daku yang lemah mengharungi segala nya dengan sabar ku memohon pada Tuhan diberikan kekuatan ku merayu pada Tuhan diterima amalan selangkah demi selangkah dengan RahmatMu oh Tuhanku ku tempuh jua

Rukun Islam ke-3, membentuk ketahanan & disiplin

Kewajipan siyam atau puasa dalam surah al-Baqarah ayat 183 memberikan fokus terhadap takwa sebagai matlamat puasa dan bulan Ramadhan untuk melahirkan jiwa yang muttaqin. Jiwa orang muttaqin adalah jiwa yang takutkan azab dan balasan Allah, jiwa yang mempunyai insaf-ketuhanan (God-conciousness) yang tinggi dalam hidupnya. Jiwa muttaqin memandu orang yang beriman bahawa balasan dari Allah adalah tidak mungkir dan ia membawa kesedaran apa yang berlaku di dunia ini mempunyai natijah ukhrawi atau akhirat. Beriman mengenai balasan Allah menyebabkan manusia mencari pedoman terbaik dalam apa saja perlakuan hidupnya, pedoman yang akan menyebabkan kesejahteraan wujud dan memberikan kebaikan kepada orang lain. Jika balasan terhadap manusia hanya di dunia saja, pelaku kesalahan yang tidak dapat dikesan atau tidak cukup bukti akan terlepas dan ini menyebabkan seseorang mengemukakan dalih atau mencari ikhtiar supaya bebas daripada kes. Bukti tidak ada tidak bermakna ia tidak mungkin berlaku. Keimana...

......

For attractive eyes, seek out the good in people. For attractive lips, speaks words of kindness. For slim body, share your food with the hungry. For beautiful hair, let a child run their fingers through it once a day. For poise, walk with the knowledge; then you will never walk alone.

Pintu rindu~

Telahku daki puncak tertinggi telahku turun lembah dan gurun tidakku temu mana pintuMu untukku seru rasa rinduku sungguhku buta dalam cahaya sungguhku lupa tika bahagia sedang Kau dekat bukan di mata sentuhMu erat di pinggir jiwa sedang Kau dekat di pinggir jiwa biarkan air mata melimpah biarkan luluh cinta tercurah segala kasih rindu tertumpah seluruh hati aku berserah ku tunggu waktu bila bertemu hidup matiku hanya untukMu hidup matiku hanya untukMu..

Ramadhan al-Mubarak

Firman Allah: “Allah memilih para utusanNya dari para malaikat dan dari manusia. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Melihat”. (Al-Haj: 75) Hadith daripada Abu Hurairah r.a bahwa Rasulullah saw telah bersabda: “Solat lima waktu, jumaat ke jumaat dan bulan Ramdhan ke bulan Ramadhan menghapuskan dosa antara satu sama lain jika menjauhi dosa-dosa besar”. (Muslim) Beberapa fakta 1. Kenapa kita disuruh bersedia menghadapi bulan Ramadhan. Di antara kelebihan bulan Ramadhan: Firman Allah: “Wahai orang-orang yang beriman telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas orang-orang sebelum kamu. Mudah-mudahan kamu bertakwa”. (Al-Baqarah: 183) Firman Allah: “Dan bersegeralah kamu mencari keampunan dari Tuhanmu dan mendapatkan syurga yang luasnya langit dan bumi yang disediakan bagi orang-orang yang bertakwa. Iaitu orang yang berinfak, baik di waktu lapang mahupun sempit, dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan keslahan orang lain. Dan A...

Cara menyambut ketibaan Ramadhan

Bagaimanakah cara terbaik menyambut ketibaan bulan yang mulia ini? Hal ini supaya seorang muslim itu tidak leka di dalam musim beramal ini dan semoga dia termasuk orang yang berlumba-lumba daan bersaing di dalam beramal ibadah di dalam bulan penuh keberkatan ini. Firman Allah: "Maka hendaklah berlumba-lumba orang yang berlumba-lumba". (Surah al-Mutaffifin:26) Seorang muslim sewajarnya menyambut Ramadhan dengan melakukan perkara berikut: 1. Berdoa supaya Allah menyampaikan kita ke bulan Ramadhan dalam keadaan sihat sejahtera supaya giat dan cergas beribadah kepada Allah; berpuasa, qiam, zikir. Dari Anas bin Malik r.a berkata: " Nabi saw apabila tiba bulan Rejab baginda akan berdoa: "Ya Allah berkatilah kami di bulan Rejab dan Sya'aban dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan". (Ahmad dan Tabrani) Para Salafussoleh berdoa kepada Allah supaya mempertemukan mereka ke bulan Ramadhan, kemudian berdoa supaya mereka dapat menyambut Ramadhan. Apabila kelihatan ana...

Nasihat Baginda tentang harta

Kefakiran hidup kadang-kala amat menyesakkan dada. Seandainya kehidupan diulit kemewahan, pasti hidup lebih bermakna. Demikianlah yang sering terlintas dalam fikiran setiap insan di kala rezeki menyempit. Namun, yang dikhuatiri oleh Rasulullah saw bukanlah suasana kefakiran, tetapi terbukanya dunia yang sering melalaikan fikiran kita daripada beribadah kepada Allah. Imam Bukhari dan Imam Muslim meriwayatkan bahawa suatu ketika Abu Ubaidah diutus oleh Rasulullah SAW untuk menarik jizyah ke Bahrain. Dari Bahrain, beliau berjaya membawa jizyah dalam jumlah yang banyak. Berita kedatangan Abu Ubaidah dengan sejumlah harta itu merebak di kalangan sahabat Ansar. Setelah melaksanakan solat Subuh bersama, Rasulullah berpaling kepada sahabat yang sudah lama menunggu. Mereka melihat Rasulullah tersenyum seraya bersabda: ''Aku kira kalian telah mendengar berita kedatangan Abu Ubaidah dengan sesuatu ke Bahrain''. Mereka menjawab: ''Benar ya Rasulullah''. Rasulullah...

Kisah Akhlak Rasulullah

"Suatu hari Rasulullah SAW didatangi oleh seorang wanita kafir. Ketika itu baginda bersama beberapa orang sahabat. Wanita itu membawa beberapa biji buah limau sebagai hadiah untuk baginda. Cantik sungguh buahnya.Siapa yang melihat pasti terliur. Baginda menerimanya dengan senyuman gembira. Hadiah itu dimakan oleh Rasulullah SAW seulas demi seulas dengan tersenyum. Biasanya Rasulullah SAW akan makan bersama para sahabat, namun kali ini tidak. Tidak seulas pun limau itu diberikan kepada mereka. Rasulullah SAW terus makan. Setiap kali dengan senyuman, hinggalah habis semua limau itu. Kemudian wanita itu meminta diri untuk pulang, diiringi ucapan terima kasih dari baginda. Sahabat-sahabat agak hairan dengan sikap Rasulullah SAW itu. Lalu mereka bertanya. Dengan tersenyum Rasulullah SAW menjelaskan "Tahukah kamu, sebenarnya buah limau itu terlalu masam semasa saya merasainya kali pertama. Kiranya kalian turut makan bersama, saya bimbang ada di antara kalian yang akan mengenyetk...

Dakwah kepada non-muslim

Berdakwah kepada non-muslim terbahagi kepada dua. Pertama, dakwah yang mementingkan kualiti yakni jangka masa panjang. Kedua, dakwah yang mementingkan kuantiti iaitu jangka masa pendek. Dakwah yang mementingkan kualiti sesuai dilakukan kepada kawan-kawan non-muslim yang kita sentiasa akan bertemu. Contonhnya rakan sekelas, rakan pejabat dan jiran tetangga. Dakwah secara ini memerlukan kesabaran serta komitmen yang tinggi. Dalam menyampaikan dakwah kepada non-muslim dalam satu jangka masa yang agak panjang, terdapat beberapa langkah yang boleh diambil dan dijadikan panduan. Langkah pertama ialah membina hubungan. Dalam step pertama ini, apa yang paling penting ialah kita mesti membina hubungan dengan sahabat-sahabat non-muslim kita. Kita tidak boleh menyampaikan dakwah kepada non-muslim dengan terus bercakap mengenai Islam. Kita mesti menghapuskan salah faham non-muslim terhadap Islam. Stereotype tentang Islam yang sering disalah anggap ialah; orang Islam adalah rigid, ekstrem...

Ya Rabb..

Ya Allah.. Sudah lama aku teringin untuk menulis warkah cintaku kepadaMu.. Hanya Kau yang Maha Mengetahui hati ini.. Aku tidak tahu.. Adakah aku ditipu? Aku memang telah tertipu dengan dunia yang fana ini.. Biarpun sebanyak mana hatiku menukil madah, Tidak akan sesekali habis kalimahMu.. Tetap penuh biarpun ditambah gandaan segenap alam.. Aku keliru memilih panduan hidupku sendiri.. Mungkin suatu hari nanti Engkau akan menunjukkan sesuatu yang lebih awla buatku ya Allah.. Oh, ya Allah.. Kenapa sejak akhir-akhir ini aku menjadi semakin buntu.. fikiranku bercelaru.. aku rasa kehilangan identiti diriku sendiri.. Aku rasa kekosongan pada jiwaku.. Ya Allah, aku semakin tewas dengan dunia ini.. Aku tidak dapat membezakan yang manakah yang fardhu dan manakah yang harus Ya Allah, manusia tidak mampu memahami diriku.. hanya Engkau sahaja.. ya Allah, aku pasrah..  tetapi aku tidak mahu tewas pada kelemahan diriku sendiri.. aku memerlukan ilham daripadaMu.. hatiku butu...

mencari yang sempurna

Ini kisah perjumpaaan dua orang sehabat yang sudah puluhan tahun berpisah. Mereka amat merindui antara satu sama lain, berbual, bersenda sambil minum kopi di sebuah cafe. Awalnya topik yang dibicarakan adalah soal2 nostalgia zaman sekolah dulu, namun pada akhirnya menyangkut kehidupan mereka sekarang ini. "Mengapa sampai sekarang kamu belum menikah?" ujar seorang kepada temannya yang sampai sekarang masih membujang. "Sejujurnya sampai sekarang ini saya masih terus mencari wanita yang sempurna. Itulah sebabnya saya masih membujang. Dulu waktu saya di Kedah, saya berjumpa dengan wanita yang cantik yang amat bijaksana. Saya fikir inilah wanita ideal untuk saya dan sesuai menjadi isteri saya. Namun selepas berkawan lama baru saya tahu dia sebenarnya amat sombong. Hubungan kami putus sampai disitu. Di Ipoh saya bertemu seorang perempuan yang cantik jelita ,ramah dan dermawan. Pada perjumpaan pertama saya begitu takjub dan seronok. Hati saya berdesir kencang, inilah wanita...

warkah buat puteri

Sebuah Cerpen Nukilan Akhi Masrawi Warkah Buat Puteriku Assalamualaikum warahmatullah; Puteriku, Sewaktu aku ingin menitipkan tintaku ini buatmu aku merenungimu dengan penuh kasih sayang. Waktu itu engkau baru berumur beberapa hari selepas engkau dilahirkan kedunia ini oleh ibu yang mengandungkan dirimu. Aku bersyukur kerana aku dianugerahkan seorang cahaya mata bernama wanita yang bakal mewarisi sifat kelembutan ibumu sebagai wanita solehah. Namun perlu engkau ingati akan kelembutanmu itu, bukanlah diskriminasi Tuhan terhadapmu. Aku berpesan buatmu tentang keadilan Tuhanmu. Betapa agungnya Dia menciptakan dirimu sebagai insan yang bernama wanita supaya kau sanjungi anugerahNya buatmu. Keagungan Tuhanmu mengatasi segalanya. Oleh itu patuhilah segala perintahNya lantaran kau terpilih dijadikan cuma sebagai hamba dan jauhilah laranganNya untuk menunjukkan kasihmu terhadapNya. Perhatikan segala amanahNya buatmu kerana amanahNya perlu kau dahulukan daripada amanah makhluk-makhlukNya. Se...