Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2012

♥ ♥ ♥

Saat Allah mencintai seseorang, tempat pertama menerima sentuhan itu adalah HATI.. Disitulah Allah melenyapkan segala rasa putus asa dan kesedihan akibat dosa mereka, kemudian berganti dengan harapan dan keinginan untuk berubah menjadi insan berjiwa bersih. Hati ini seolah berbisik: ''Aku tahu bila ALLAH mencintaiku, iaitu saat aku membenci segala kejahatanku...''  

Rapuh

Langit ketujuh

Diriwayatkan dari Ibnul Mubarak bahawa ada seorang lelaki bernama Khalid bin Ma'dan berkata kepada Mu'az : '' Tolong ceritakan sebuah hadis yang kamu dengar dari Rasulullah SAW yang kamu hafal dan sentiasa kamu ingat lantaran begitu bagus dan terperincinya kandungan hadis tersebut. Mu'az menjawab : ''Baiklah''. Kemuadian lama sekali Mu'az menangis, lalu dia mengatakan kerinduannya kepada Rasulullah dan sangat ingin bertemu dengan Baginda, lalu berkata : ''Pada suatu hari aku berada di sisi Rasulullah SAW, tiba-tiba Baginda lalu menaiki seekor unta dan memboncengkan aku di belakang Baginda. Kami pun lalu berjalan. Beberapa waktu kemudian baginda mendongakkan pandangan ke atas sambil berkata : ''Segala puji bagi Allah, Zat yang mengatur dan menentukan apa sahaja yang Dia kehendaki untuk para makhlukNya''. Sesudah itu Baginda menyapaku : ''Wahai Mu'az..''. Aku menjawab : ''Labbaik, ya Rasulull...

Pencarian

Orang yang mencari berjaya mendapatkan apa yang mereka cari orang yang ingin mencapai darjat di sisi Allah sudah sampai ke destinasi yang dituju dan para kekasih telah beruntung dapat bertemu dengan Kekasihnya tinggallah aku sendiri yang bingung ke sana ke mari di antara batas sampai kepada Allah dan menjauh dari-Nya aku berharap berada dekat dengan menjauhkan diri ini adalah sesuatu yang menurut akal waras tidak mungkin terjadi lalu berilah aku seteguk minuman penghilang kegelisahan dari sisi-Mu tunjukkan kepadaku menuju pada kebenaran wahai Pengubat segala yang sakit wahai Zat yang menyembuhkan luka dan Penyembuh penyakit kronik aku tidak tahu dengan apa dapat kusembuhkan lukaku atau dengan apa mampu kuraih keuntungan pada hari perhitungan

Luqman al-Hakim

Al-Dahak meriwayatkan daripada Ibn Abbas : '' Luqman tidak bercakap selama satahun ''. Kemudian anak para nabi dan para hukama datang kepadanya, lantas berkata : ''Bercakaplah''. Luqman pun menyahut : ''Tiada kebaikan pada pertuturan, melainkan dengan mengingati Allah Azzawajalla, tiada kebaikan pada diam melainkan dengan berfikir tentang pengembalian kepada Allah SWT''. (Wasaya wa Mawa'iz li Luqman al-Hakim)

KUBUR LAIN-LAIN

Walaupun “KUBUR LAIN-LAIN, DOSA LAIN-LAIN, SEKSA NERAKA LAIN-LAIN” tapi, INGATLAH : ✿Ü“ yang memandikan jenazah kamu “ORANG LAIN” ✿Ü“ yang sembahyangkan jenazah kamu “ORANG LAIN” ✿Ü“ yang mengkafankan jenazah kamu “ORANG LAIN” ✿Ü“ yang mengkebumikan jenazah kamu “ORANG LAIN” ✿Ü“ yang membacakan yasiin untuk kamu “ORANG LAIN” ✿Ü“ yang bersedih di atas kematian kamu juga melibatkan          “ORANG LAIN”

Apple to my pie :)

  :♥ Kita BERKENALAN secara tak sengaja, adalah PERANCANGAN ALLAH.. :♥ Kita BERKAWAN begitu lama bertahan pun, ALLAH yang RANCANG.. :♥ Kita dikurniakan RASA SUKA antara satu sama lain juga, ALLAH yang BERI.. :♥ Kita masih BERSAMA walau banyak dugaan menimpa, ALLAH yang ATURKAN.. :♥ Kita dikurniakan KESEDARAN dan KEINSAFAN juga kerana ALLAH SAYANG PADA KITA.. :♥ Kita BERJAUHAN untuk mencapai REDHA-NYA juga, DIA yang RANCANG... :♥ Kita BERDOA untuk KEBAHAGIAAN masing2 juga, ALLAH yang DETIKKAN dalam hati kita.. dan ketahuilah, sama ada hubungan kita akan BERKEKALAN sehingga ke SYURGA atau TERPUTUS di TENGAH JALAN juga ALLAH yang akan tentukan... andai kamulah jodoh yang ditetapkan ALLAH di Luh Mahfuz untuk saya... InsyaAllah kita akan BERSATU juga walau dipisahkan dengan jarak dan masa...♥♥♥

My Everything...

  ALLAH is the reason why even in pain, i smile; in confusion, i understand; in betrayal, i trust and in fear, i continue to fight.  

Ikhlas padaNya.

 Allah berfirman di dalam ayat kedua surah al-ankabut- "Apakah kamu menyangka bahawa kamu akan dibiarkan dengan hanya berkata 'Kami telah beriman' sedangkan kamu belum diuji?" Hakikatnya kehidupan ini ialah ujian. Ujian daripada Allah, untuk mengira siapakah antara kita yang mencapai piawaian 'ahsanu amala'. Allah nak uji siapa antara kita yang berjaya untuk menjadikan hidupnya harum dengan amalan yang terbaik, sebagaimana difirmankan oleh-Nya di dalam surah al-Mulk ayat 2. Fudail bin Iyyad, seorang tabi'in mengatakan bahawa maksud 'ahsanu amala' ialah amalan yang paling ikhlas dan yang paling bertepatan dengan sunnah. Kedua-duanya (iaitu ikhlas dan ittiba' sunnah) ialah resolusi daripada pemahaman manusia kepada kalimah syahadatain. Kerana bila mana kita mengatakan bahawa 'tiada tuhan melainkan Allah', makanya kita bermaksud untuk memusatkan seluruh ketaatan kita kepada-Nya sahaja. Tidak kepada kuasa-kuasa yang lain...