Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2012

Jentik sikit ~

Seorang lelaki datang kepada Rasulullah saw dalam keadaan berlumuran darah. Melihat keadaan demikian, Rasulullah bertanyakan puncanya. Rupanya disebabkan terlalu asyik memandang seorang wanita lalu di hadapan, lelaki itu terlanggar tembok di hadapannya. Itulah sebabnya dia pulang dalam keadaan berlumuran dengan darah. Rasulullah saw kemudian bersabda yang bermaksud : ''Jika Allah menghendaki kebaikan pada hambanya, maka Dia menyegerakan hukuman baginya di dunia''. Jika Allah sayangkan seseorang hamba itu, maka disegerakan baginya hukuman di dunia lagi. Bersyukurlah andai sekali-sekala azab Allah segerakan. Bukan semata-mata menghukum sebaliknya sekadar menyucikan dosa-dosa hambaNya, dan hukuman berupa peringatan itu sekadar menjentik secara halus. Bersyukurlah juga andai dalam mengingatkan insan-insan lain melalui apa-apa jua medium dakwah, kita juga diingatkan oleh Allah. Itu tanda Allah sayangkan kita, sayang nak biarkan kita alpa dan lupa terhadap peringatanNya...

Jangan izinkan aku jatuh cinta andai masanya belum tiba..

Ya Allah, Andai masanya belum tiba, Jangan izinkan aku untuk jatuh cinta, Aku memohon agar Kau tunjukkan jalan, Agar Kau tunjukkan aku tuntutun yang perlu aku lakukan, Jauhkanlah aku daripada kemaksiatan, Jauhkanlah aku daripada perkara yang tidak dapat memberi manfaat, Dan jauhkan aku daripada perkara yang Engkau murkai, Agar aku dapat menjaga diri. Ya Allah, Jika aku jatuh cinta, Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu, Jadikanlah aku yang mencintainya kerana agama yang ada padanya, Jika dia hilangkan agama yang ada dalam dirinya, Maka hilanglah cintaku padanya, Sesungguhnya, cinta yang suci itu tidak buta. Ya Allah, Dan jika dia mencintai aku, Biarkanlah dia mencintai aku kerana agama itu juga, Asalkan dia tidak lebihkan cinta kepadaku melebihi cinta kepadaMu, Supaya cinta itu bersemi di lembayung keredhaan-Mu, Kerna dari situ lahirlah rahmah dan mawaddah dalam rumahtangga. Ya Allah, Jika ini bukan masanya, Jika ini belum saatnya...

'kisah dari seorang yang pernah melalui zaman jahilliyah'

Kehadapan insan yg kurindui , Tiada kata dapat diungkap untuk menggambarkan kerinduan ku padamu. Diriku hampir jatuh sakit oleh sebab menahan kerinduan ini. Hampir saja aku berputus asa terhadap keyakinan ku terhadapmu.Benar,aku menyintaimu,dan aku tidak dapat menerima hakikat yg kita sudah benar-benar berpisah.Saban malamku diiringi tangisan.Saban hariku kelesuan.Saban waktu aku mengharapkan kau kembali ke sisiku seperti waktu-waktu indah yg pernah kita lalui dahulu.Aku tidak pernah dapat melupakan semua itu.Aku mendambakanmu setiap waktu hingga aku selalu ketemumu dalam mimpi-mimipiku.Kini,aku susut berat badan beberapa kilo,aku tiada selera,hidupku buntu dan pilu,seringkali aku ingin membencimu,tapi;semakin aku cuba melupakanmu,semakin engkau dekat dihatiku,lebih dekat dari urat nadiku.Panggilanku yg terakhir telah aku lakukan pada khamis yg lalu buat kali akhir mendengar suaramu.Sungguh , aku amat pilu mendengar darimu.Namun , aku redha. Kehadapan insan yg kukasihi , Aku menyint...