Skip to main content

Aidilfitri~

30 hari berpuasa di bulan Ramadhan mengajar kita banyak perkara. Kita dilatih melawan nafsu; mulut dikekang daripada berkata kotor seperti mengumpat dan bercakap yang sia-sia, perut dikekang dari kekenyangan dengan pelbagai makanan, telinga dikekang dari mendengar yang syubhat apalagi yang haram, kaki dikekang dari berjalan ke tempat kejahatan dan mata dilarang dari melihat sesuatu yang diharamkan.

Pada masa yang sama, Ramadhan melatih kita mengerjakan banyak amalan sunat seperti membaca al-Quran, bersolat sunat, bersedekah, berzikir dan bertafakur. Latihan yang kita amalkan dalam bulan puasa ini dapat membantu kita membentuk sikap positif yang perlu dalam kehidupan seharian. Perkara-perkara di atas merupakan  ibadat yang perlu dihayati bukan saja sepanjang Ramadhan tetapi diteruskan dalam bulan-bulan yang lain. Sebagaimana Islam menganjurkan kita beristiqamah dalam sesuatu amalan, begitulah juga dengan ibadat yang dilakukan dalam bulan Ramadhan. Ramadhan demi Ramadhan seterusnya bertindak sebagai pengukuhan bagi meningkatkan mutu dan prestasi amalan untuk menjadikannya lebih baik dan mantap dari setahun ke setahun.

Lailatul Qadar yang ditemui setiap Ramadhan memberikan ganjaran bonus 1000 bulan bagi setiap amalan yang dilakukan. Seumpama umur yang pendek menjadi begitu panjang dengan ganjaran pahala yang semestinya tidak dapat dihitung secara virtual di dunia ini tetapi akan dilihat secara virtual di akhirat kelak. Di dunia hakikat ini hanya diyakini setakat ilmul yakin. Tahap keimanan masing-masing menjadi ukuran dalam menilai dan menghayati lailatul qadar.

Hari ini kita berhari raya. Pada hari ini, secara simboliknya semua umat Islam menyambut Aidilfitri sebagai kemenangan mereka melawan hawa nafsu setelah berjaya berpuasa Ramadhan sebulan lamanya. Namun kita perlu muhasabah dan mengoreksi diri dengan merenung kembali kualiti puasa yang kita lakukan. Apakah dengan berakhirnya Ramadhan, rasa ketaqwaan, cahaya keimanan dan obor ketauhidan dalam diri kita berjaya dipertingkatkan dan semakin menebal.

Jika tiada peningkatan antara amalan sebelum dan selepas, malahan bertambah teruk, maka fahamlah kita amalan puasa kita belum mencapai tahapnya; bersesuaian dengan sabda Baginda SAW : ''Betapa ramai orang yang berpuasa tidak mendapat apa-apa kecuali lapar dan dahaga''. Seharusnya setiap hari berpuasa, ketika waktu berbuka, kita disaran untuk menilai kualiti puasa pada hari itu. Begitulah pada hari-hari seterusnya. Selama sebulan kita mengoreksi diri dan apabila tibanya Syawal, ia dilakukan secara menyeluruh. Hari raya dijadikan titik tolak baru bagi kita bermuhasabah bagi memperbaiki diri sendiri.

Allah Maha Mengetahui keadaan hamba-hambanya yang keberatan melepaskan Ramadhan berlalu pergi lantaran banyaknya ganjaran dan pahala disediakan pada bulan tersebut. Kepada golongan ini, Allah membuka satu lagi tawaran dengan menjanjikan pahala setahun berpuasa iaitu dengan menjalani puasa enam hari di dalam bulan Syawal. Sama-samalah kita rebut peluang ini sementara Syawal masih berada di depan mata. Last but not least, sama-samalah kita berharap dan berazam bersungguh-sungguh semoga kemenangan di bulan ini kita jadikan asas untuk menapak lebih jauh menuju keredhaan dan rahmat Allah sehinggalah kita menemuiNya. Ameen..

Comments

Popular posts from this blog

Saya dan MPOB part 2

Minggu ni genaplah 4 bulan i kerja sebagai penolong pegawai penyelidik di Malaysian Palm Oil Board (MPOB), Bangi. Sebagai kenang-kenangan i wish to mencoretkan sesuatu di sini untuk tatapan di hari tua heheh. Part 1 akan diusahakan kemudian memandangkan gambar-gambar masih belum di collect daripada camera canggih cik aare. Ada masa nanati nak buat part 1 pulak. part 1 will be zaman i praktikal di MPOB dlu. tak nak tuleh panjang pon, nak letak gamba je. biarlah gambar yang berbicara heheh. selamat mencuci mata~ takde kerja. heheh my duit raya. thank you bos! haha yang ni cik ain bagi. siap bawak dari kg after naik cuti raya. nak perli i la ni sbnabyer. sbb kerja kt mpob tapi buah kelapa sawit besaq mana pun tak tahu. heheh this one my boss bagi. ole-ole dari paris.  nanti nak ajak en.suami (yg masih misteri) pergi sini lah #eh busy nyer 2 orang ni dok pilih menu yang kanan siti odah aka kak odah, rakan sekerja yang banyak membantu the k...

az-zariyat

Zarif :               Dengar cerita dah nak fly? Hafiz :               21hb ni, 11 pagi. Zarif :               Alhamdulillah. Fly juga kau akhirnya… Hafiz :               Perkataan ‘akhirnya’ tu sangat kurang ajar… Zarif :               Hahaha… Ye la semua orang dah fly, kau sorang je terkedek-kedek baru nak fly ke Jepun. Anyway, tahniah! Kau pergi Universiti yang sama dengan awek kau ke? Hafiz :               Haah. Kitorang masuk university sama-sama, duduk rumah sama-sama… isy tak adalah, aku gurau je. Aku mana ada awek. Zarif :     ...

take note!

Kalau dahi tak mencecah sejadah di dunia Bersihkanlah dirimu sebelum kamu dimandikan berwudhu`lah kamu sebelum kamu diwudhu`kan dan solatlah kamu sebelum kamu disolatkan Tututlah auratmu sebelum auratmu ditutupkan dengan kain kaFan yang serba putih pada waktu itu tidak guna lagi bersedih walaupun orang yang hadir itu merintih selepas itu kamu akan diletakkan di atas lantai lalu dilaksanakan solat jenazah dengan empat kali takbir dan satu salam berserta fatihah, Selawat dan Doa sebagai memenuhi tuntutan fardhu kifayah tapi apakah empat kali takbir itu dapat menebus segala dosa meninggalkan solat sepanjang hidup? Apakah solat jenazah yang tanpa rukuk dan sujud dapat Membayar hutang rukuk dan sujudmu yang telah luput? Sungguh tertipulah dirimu jika beranggappan demikian Justeru ku menyeru sekelian Muslim Dan Muslimat Usunglah dirimu ke tikar solat Sebelum kamu diusung ke liang lahaD Menjadi makanan cacing dan makanan ulat iringin dirimu ke masjid sebelum kamu dii...