Skip to main content

Teknik mudah menghafal al-Quran

Mungkin ada diantara kita yang mengalami sedikit kesukaran untuk menghafaz ayat Al-Quran.  Insya-Allah, lebih mudah untuk dihafaz jika kena pada cara dan teknik hafazannya. Di sini, dikongsikan 6 langkah mudah modul hafaz Aqrab yang boleh dipraktikkan untuk menghafaz Al-Quran supaya mudah ingat dan berkekalan ingatannya.
1 Baca ayat-ayat yang hendak dilafas dengan betul hukum tajwidnya. Tentukan tempat waqaf dan ibtida’ (memulakan bacaan seterusnya) di tempat yang tetap tanpa diubah-ubah.
2 Ulang baca (melihat mashaf) ayat-ayat tersebut sehingga betul-betul lancar.
3 Setelah lancar, mula menghafaz dengan menutup mashaf atau ayat yang dihafaz. Jika sukar untuk ingat, catat pada kertas kalimah pertama setiap ayat dan kalimah-kalimah permulaan ditempat yang kita ibtida’.
4 Sesudah mengingat ayat pertama atau ayat gabungan yang dihafaz, dengan menggunakan teknik yang sama seperti langkah 3, hafaz beberapa ayat atau ayat seterusnya.
5 Uji hafalan dengan menghafaz berdasarkan huruf pertama setiap kalimah awal ayat. Jika boleh dihafal berpandukan huruf-huruf itu, sahlah kita sudah ingat apa yang dihafaz.
6 Tasmikkan (perdengarkan) ayat-ayat yang dihafaz dengan rakan sebaya atau guru. Apabila guru atau sahabat mengesahkan hafalan kita betul, maka, sahlah kita telah hafaz ayat-ayat surah itu.
Mari Praktikkan!
Cuba kita praktikkan hafalan surah Yasin. Mula-mula, bahagikan kepada 6 kelompok:
1.       Halaman 440
2.       Halaman 441
3.       Halaman 442
4.       Halaman 443
5.       Halaman 444
6.       Halaman 445
Gunakan cara hafalan 6 langkah seperti yang diterangkan di atas. Insya-Allah, kalau kita bersungguh-sungguh, dalam 5-7 jam, kita boleh hafal keseluruhan surah Yasin.
Penutup
Orang yang menghafaz Al-Quran adalah orang yang “membawa Al-Quran”. Oleh itu, mereka hendaklah , menjaga akhlak dan memelihara diri daripada melakukan perkara yang tidak diredhai Allah. Mereka hendaklah menjaga makan minum, kesihatan diri dan sentiasa mengingati Allah dan mendekatkan diri dengan melakukan amalan-amalan yang diredhai-Nya.
Selamat menghafaz dan selamat beramal!

artikel asal http://azzariyat.com/

Comments

Popular posts from this blog

Saya dan MPOB part 2

Minggu ni genaplah 4 bulan i kerja sebagai penolong pegawai penyelidik di Malaysian Palm Oil Board (MPOB), Bangi. Sebagai kenang-kenangan i wish to mencoretkan sesuatu di sini untuk tatapan di hari tua heheh. Part 1 akan diusahakan kemudian memandangkan gambar-gambar masih belum di collect daripada camera canggih cik aare. Ada masa nanati nak buat part 1 pulak. part 1 will be zaman i praktikal di MPOB dlu. tak nak tuleh panjang pon, nak letak gamba je. biarlah gambar yang berbicara heheh. selamat mencuci mata~ takde kerja. heheh my duit raya. thank you bos! haha yang ni cik ain bagi. siap bawak dari kg after naik cuti raya. nak perli i la ni sbnabyer. sbb kerja kt mpob tapi buah kelapa sawit besaq mana pun tak tahu. heheh this one my boss bagi. ole-ole dari paris.  nanti nak ajak en.suami (yg masih misteri) pergi sini lah #eh busy nyer 2 orang ni dok pilih menu yang kanan siti odah aka kak odah, rakan sekerja yang banyak membantu the k...

az-zariyat

Zarif :               Dengar cerita dah nak fly? Hafiz :               21hb ni, 11 pagi. Zarif :               Alhamdulillah. Fly juga kau akhirnya… Hafiz :               Perkataan ‘akhirnya’ tu sangat kurang ajar… Zarif :               Hahaha… Ye la semua orang dah fly, kau sorang je terkedek-kedek baru nak fly ke Jepun. Anyway, tahniah! Kau pergi Universiti yang sama dengan awek kau ke? Hafiz :               Haah. Kitorang masuk university sama-sama, duduk rumah sama-sama… isy tak adalah, aku gurau je. Aku mana ada awek. Zarif :     ...

take note!

Kalau dahi tak mencecah sejadah di dunia Bersihkanlah dirimu sebelum kamu dimandikan berwudhu`lah kamu sebelum kamu diwudhu`kan dan solatlah kamu sebelum kamu disolatkan Tututlah auratmu sebelum auratmu ditutupkan dengan kain kaFan yang serba putih pada waktu itu tidak guna lagi bersedih walaupun orang yang hadir itu merintih selepas itu kamu akan diletakkan di atas lantai lalu dilaksanakan solat jenazah dengan empat kali takbir dan satu salam berserta fatihah, Selawat dan Doa sebagai memenuhi tuntutan fardhu kifayah tapi apakah empat kali takbir itu dapat menebus segala dosa meninggalkan solat sepanjang hidup? Apakah solat jenazah yang tanpa rukuk dan sujud dapat Membayar hutang rukuk dan sujudmu yang telah luput? Sungguh tertipulah dirimu jika beranggappan demikian Justeru ku menyeru sekelian Muslim Dan Muslimat Usunglah dirimu ke tikar solat Sebelum kamu diusung ke liang lahaD Menjadi makanan cacing dan makanan ulat iringin dirimu ke masjid sebelum kamu dii...