Ya Allah,
izinkan sahabatku menjadi sekuntum bunga
yang dihiasi dengan kelopak akhlak mulia
harum wanginya dengan ilmu agama
cantiknya kerana iman dan taqwa
namun keindahan zahirnya disimpan rapi
biar menjadi rahsia yang kekal abadi
bukan perhatian mata ajnabi
yang menjadi punca fitnah hati
dari lelaki berjiwa sepi
wajahnya bukan mengundang dosa
umpama duri yang memagari diri
agar terpelihara dari noda duniawi
yang menghilangkan harum sejati
untuk Kau calonkan dirinya
sebagai bidadari syurgaMu
ya Allah,
jika dia jatuh cinta,
cintakanlah dia pada hambaMu
yang mencintaiMu ya Allah
agar dia tidak tersesat dalam jurang cinta nafsu
perkenankan doaku ya Allah
kerana dia sahabat terbaikku
ameen..
*terima kasih kakmus!
Comments
Post a Comment