Saidatina Fatimah adalah puteri Rasulullah yang mempunyai budi pekerti yang baik dan beliau amat taat kepada ajaran Islam. Sifat-sifatnya sama seperti ayahandanya yakni Nabi Muhammad saw. Pada suatu hari ketika Rasulullah sedang bercerita tentang kenikmatan syurga kepada Saidatina Fatimah, maka baginda pun bersabda, “Aduhai anakandaku, ada seorang wanita dari kalangan orang kebanyakan merupakan wanita pertama akan masuk syurga. Dia akan masuk syurga terlebih dahulu daripadamu”. Puteri Rasulullah saw Fatimah Azzahra ra. bertanya kepada Rasulullah saw, ''Siapakah wanita pertama yang memasuki syurga setelah para Ummahatul mukminin?'' Rasulullah bersabda: Dia adalah MUTIAH.
Mendengar sahaja kata-kata ayahandanya itu, maka berubahlah air mukanya lantas dia menangis dan berkata, “Siapakah perempuan itu wahai ayahanda? Macam mana halnya dan bagaimana pula amalannya sehingga dia dapat lebih dahulu masuk ke dalam syurga daripada anakanda? Ayahanda, khabarkanlah di mana dia sekarang”
Lalu Rasulullah saw bersabda, “Dia adalah seorang wanita yang miskin, tinggal di Jabal Uhud, kira-kira 3 batu dari Madinah”. Tanpa membuang masa, Saidatina Fatimah pun keluar pergi mencari perempuan yang dikatakan akan masuk syurga terlebih dahulu daripadanya. Setelah dia sampai ke rumah perempuan itu, lalu dia mengetuk pintu sambil memberi salam.
Perempuan yang Rasulullah maksudkan itu membuka pintu dan bertanyakan hajat Saidatina Fatimah datang ke rumahnya tanpa menjemputnya masuk ke dalam rumah. Saidatina Fatimah berkata, “Saya datang ke mari kerana hendak berjumpa dan berkenalan dengan kamu”. Perempuan itu menjawab, “Terima kasih cik, tetapi saya tidak dapat membenarkan cik masuk kerana suami saya tidak ada di rumah. Nanti saya minta izin apabila dia balik nanti. Silalah datang pada esok hari”.
Dengan perasaan sedih dan dukacita Saidatina Fatimah pulang kerana tidak dapat masuk dan bercakap panjang dengan perempuan tersebut. Esoknya dia kembali lagi ke rumah perempuan itu dengan membawa anaknya yang bernama Hasan. Apabila tiba di pintu rumah perempuan tersebut dan hendak dipersilakan masuk, tiba-tiba perempuan itu melihat ada budak bersama-sama Saidatina Fatimah, lalu dia berkata, “Ini siapa?”. Anakanda Rasulullah menjawab, “Ini anak saya, Hasan”. Perempuan itu lantas berkata, “Saya dukacita dan mohon maaf kerana saya belum meminta izin untuk anak ini masuk daripada suami saya”.
Saidatina Fatimah jadi serba salah lalu dia pun balik kembali ke rumahnya. Esoknya Saidatina Fatimah datang lagi ke rumah perempuan itu tapi kali ini dia membawa kedua-dua anaknya iaitu Hasan dan Husin. Perempuan ahli syurga itu terkejut melihat ada seorang budak lagi yang belum diminta izin dari suaminya untuk masuk ke dalam rumah. Saidatina Fatimah tersipu malu lalu dia balik dengan perasaan hampa.
Dalam perjalanan pulang, hatinya berkata-kata, “Perempuan ini sangat takut kepada suaminya, sehingga perkara yang begini pun dia tak berani melakukannya. Pada hal jika dia membenarkan aku masuk, takkan suaminya marah? Tak usahlah pandang aku ini siapa dan dua budak ni cucu siapa, pandanglah kepada tetamu dan orang jauh,” bisik hatinya.
Sebaik sahaja suami kepada perempuan itu pulang, perempuan itu memberitahu perihal budak yang seorang lagi yang dibawa oleh Saidatina Fatimah. Suaminya yang terkejut dan hairan pun berkata, “Kenapa kamu menahan mereka sampai begitu sekali? Bukankah Saidatina Fatimah itu puteri Rasulullah saw dan dua orang anaknya itu cucu baginda. Lebih daripada itu pun kamu patut benarkan kerana keselamatan kita berdua kelak bergantung pada keredhaan Rasulullah s.a.w. Janganlah kamu berkelakuan seperti itu lagi, jika dia membawa sesiapa pun, terimalah mereka dengan baik dan hormatilah mereka semua”.
Pada hari seterusnya, Saidatina Fatimah datang lagi dengan membawa dua orang puteranya. Setelah diterima masuk dan dijamu dengan buah kurma dan air, mereka pun memulakan perbualan. Dalam pada itu, perempuan itu berjalan ke arah muka pintu rumahnya sambil memandang ke arah jalan seolah-olah sedang menantikan kedatangan seseorang dengan tidak berapa memperdulikan Saidatina Fatimah. Sambil itu Saidatina Fatimah melihat di tangan perempuan itu terdapat sebatang tongkat dan sebuah bekas berisi air manakala tangan yang sebelah lagi mengangkat hujung kain sehingga menampakkan betis dan pehanya dan mukanya penuh dengan senyuman yang manis.
Melihat keadaan sebegitu rupa dan dengan perasaan resah kerana tidak diperdulikan, Siaidatina Fatimah lalu bertanya, “Mengapakah kamu begini?” Perempuan itu menyahut, “Cik, harap maafkan saya kerana saya sedang menantikan kepulangan suami saya”. “Buat apa dengan bekas air itu?” tanya Siaidatina Fatimah. Jawab perempuan itu, “sekiranya suami saya dahaga pada ketika dia balik, saya akan segera menghulurkan air ini kepadanya supaya tidak terlambat. Jika terlambat nanti dia akan marah”.
Kemudian Saidatina Fatimah bertanya lagi, “Buat apa pula dengan tongkat itu?” Perempuan itu menjawab, “Jika suami saya marah, mudahlah dia memukul saya dengan tongkat ini”. Saidatina Fatimah bertanya lagi, “Kenapa pula awak selak kain awak sehingga menampakkan aurat, bukankah itu haram?” Maka perempuan itu berkata, “Jika dia berkehendakkan saya, lalu dia pandang saya begini tentulah menambahkan syahwat dan nafsunya yang memudahkan kepada maksudnya”.
Melihat keadaan sebegitu rupa dan dengan perasaan resah kerana tidak diperdulikan, Siaidatina Fatimah lalu bertanya, “Mengapakah kamu begini?” Perempuan itu menyahut, “Cik, harap maafkan saya kerana saya sedang menantikan kepulangan suami saya”. “Buat apa dengan bekas air itu?” tanya Siaidatina Fatimah. Jawab perempuan itu, “sekiranya suami saya dahaga pada ketika dia balik, saya akan segera menghulurkan air ini kepadanya supaya tidak terlambat. Jika terlambat nanti dia akan marah”.
Kemudian Saidatina Fatimah bertanya lagi, “Buat apa pula dengan tongkat itu?” Perempuan itu menjawab, “Jika suami saya marah, mudahlah dia memukul saya dengan tongkat ini”. Saidatina Fatimah bertanya lagi, “Kenapa pula awak selak kain awak sehingga menampakkan aurat, bukankah itu haram?” Maka perempuan itu berkata, “Jika dia berkehendakkan saya, lalu dia pandang saya begini tentulah menambahkan syahwat dan nafsunya yang memudahkan kepada maksudnya”.
Selesai sahaja perempuan itu menjawab segala pertanyaannya, Saidatina Fatimah termenung dan hairan lalu dia berkata, “Begitu sekali kelakuan dan perangai wanita ini terhadap suaminya. Patutlah dia masuk ke syurga dahulu daripada aku serta wanita-wanita lain. Ternyata benarlah bahawa keselamatan seorang perempuan yang bersuami itu bergantung kepada ketaatan dan keredhaan suami terhadapnya”.
Sambil teresak-esak menangis dan menitis air matanya, Saidatina Fatimah meminta izin untuk pulang dan dia segera mengadap ayahandanya lalu berkata, “Anakanda berasa sangat sedih dan lemah segala sendi kerana tidak dapat meniru dan melakukan sebagaimana perangai dan amalan perempuan yang ayahanda maksudkan itu”.
Sebaik sahaja Rasulullah s.a.w mendengar rintihan puterinya lalu baginda bersabda sambil tersenyum, “Anakanda, janganlah susah hati, perempuan yang anakanda jumpa itu ialah perempuan yang akan memimpin dan memegang tali ras kendati tunggangan anakanda tatkala masuk ke syurga. Jadi dialah yang masuk terlebih dahulu”. Setelah mendengar penjelasan itu, barulah Saidatina Fatimah tersenyum gembira.
''Selangkah anak perempuan keluar dari rumah tanpa menutup aurat, maka selangkah juga ayahnya itu hampir ke neraka. Selangkah seorang isteri keluar rumah tanpa menutup aurat, maka selangkah juga suaminya itu hampir ke neraka''.

Comments
Post a Comment