Pada suatu hari, sebuah rumah di
pinggir kampung terbakar. Seekor burung pipit membawa air menggunakan
sayapnya. Seorang pemuda hairan melihat burung itu berulang-alik
membantu memadamkan kebakaran.
Pemuda : Wahai burung pipit, mengapakah engkau berulang-alik membawa air?
Burung : Aku ingin membantu memadamkan api yang sedang marak.
Pemuda : Tapi, tidakkah kau tahu bahawa sayapmu itu hanya mampu membawa dua titis air saja?
Burung : Aku tahu.
Pemuda : Tahukah engkau bahawa titisan air yang kau bawa itu tidak akan dapat memadamkan kebakaran itu?
Burung : Aku tahu wahai pemuda.
Pemuda : Tetapi mengapa kau masih berterusan berbuat begitu?
Burung : Sesungguhnya nanti apabila Allah bertanya sama ada aku nampak atau tidak kebakaran itu, aku akan jawab bahawa aku nampak kebakaran itu. Dan jika Allah bertanya apakah usaha aku untuk membantu. Lalu aku akan menjawab bahawa aku telah membawa titisan air menggunakan sayapku untuk membantu.
''Yakinlah.. sesungguhnya Allah tidak memandang kejayaan kita, Allah melihat kepada usaha kita, ''
''Allah tidak akan tanya apa yang kejayaan yang sudah kita capai, tetapi usaha apa yang sudah kita lakukan..''

Comments
Post a Comment