Skip to main content

Mereka dan aku

Mereka & aku
Masih aku tertawa di sini,
Disaat saudaraku disana bertaruh demi maruah & agama,
Ibu merangkul anak si syahid bermandi darah,
Tika tawa hanya dihilai si zalim,
Bangga riaknya memijak martabat agamaku,
Namun aku masih tertawa
Disini aku tersadung seraya menangis,
Namun...
Sahabatku langkahnya dangan petah,
Keringat kecil berjiwa penjihad mengatur gerak,
Bukan jatuh malah tersungkur berkali tak diendah,
Belum sempat dibalut luka dia cedera lagi,
Hidup selepas jihadnya bererti Islam berjaya,
Mati dia hajat syahid terlaksana,
Tapi aku masih menangis terkesan luka kelmarin
Bumi bersejarah itu berdarah lagi, lagi dan lagi,
Duri yang jelas bagi si mujahiddin yang cintakan Tuhannya
Membawa jiwa pejuang itu hampir dan makin hampir pada zatNya,
Namun gunting terselimut kemas yang kuperoleh,
Ternyata tak jelas tampak tirus runcingnya,
Menghanyutkan aku jauh dari pangkalan,
Terjarak dari Tuhan dengan pilihan sendiri,
Terputus tali penghubung yang sepatutnya ada
Peluru yang tertuju di tanah ini besar ledaknya,
Malang ia terlalu halus untuk kulawan,
Terkabur dek debu tebal terhias warna dunia,
Aku sendiri menempah tiap butir senjata untuk membunuh saudaraku,
Dipukau nikmat sementara tiada kukuh tak kekal,
Kini aku sujud, serahku diriku padaMu ya Allah,
Agar Kau bantu mereka, bantu aku juga,
Agar hidup mereka menang agama, tumbang mereka syahid terundang,
Dan aku agar tak lagi leka, asyik pada bukan yang nyata,
Menyanjung kaca yang tertempa luka..
Kau Maha Tahu....
amin..ya Rabbal alamin..

Comments

Popular posts from this blog

Saya dan MPOB part 2

Minggu ni genaplah 4 bulan i kerja sebagai penolong pegawai penyelidik di Malaysian Palm Oil Board (MPOB), Bangi. Sebagai kenang-kenangan i wish to mencoretkan sesuatu di sini untuk tatapan di hari tua heheh. Part 1 akan diusahakan kemudian memandangkan gambar-gambar masih belum di collect daripada camera canggih cik aare. Ada masa nanati nak buat part 1 pulak. part 1 will be zaman i praktikal di MPOB dlu. tak nak tuleh panjang pon, nak letak gamba je. biarlah gambar yang berbicara heheh. selamat mencuci mata~ takde kerja. heheh my duit raya. thank you bos! haha yang ni cik ain bagi. siap bawak dari kg after naik cuti raya. nak perli i la ni sbnabyer. sbb kerja kt mpob tapi buah kelapa sawit besaq mana pun tak tahu. heheh this one my boss bagi. ole-ole dari paris.  nanti nak ajak en.suami (yg masih misteri) pergi sini lah #eh busy nyer 2 orang ni dok pilih menu yang kanan siti odah aka kak odah, rakan sekerja yang banyak membantu the k...

az-zariyat

Zarif :               Dengar cerita dah nak fly? Hafiz :               21hb ni, 11 pagi. Zarif :               Alhamdulillah. Fly juga kau akhirnya… Hafiz :               Perkataan ‘akhirnya’ tu sangat kurang ajar… Zarif :               Hahaha… Ye la semua orang dah fly, kau sorang je terkedek-kedek baru nak fly ke Jepun. Anyway, tahniah! Kau pergi Universiti yang sama dengan awek kau ke? Hafiz :               Haah. Kitorang masuk university sama-sama, duduk rumah sama-sama… isy tak adalah, aku gurau je. Aku mana ada awek. Zarif :     ...

take note!

Kalau dahi tak mencecah sejadah di dunia Bersihkanlah dirimu sebelum kamu dimandikan berwudhu`lah kamu sebelum kamu diwudhu`kan dan solatlah kamu sebelum kamu disolatkan Tututlah auratmu sebelum auratmu ditutupkan dengan kain kaFan yang serba putih pada waktu itu tidak guna lagi bersedih walaupun orang yang hadir itu merintih selepas itu kamu akan diletakkan di atas lantai lalu dilaksanakan solat jenazah dengan empat kali takbir dan satu salam berserta fatihah, Selawat dan Doa sebagai memenuhi tuntutan fardhu kifayah tapi apakah empat kali takbir itu dapat menebus segala dosa meninggalkan solat sepanjang hidup? Apakah solat jenazah yang tanpa rukuk dan sujud dapat Membayar hutang rukuk dan sujudmu yang telah luput? Sungguh tertipulah dirimu jika beranggappan demikian Justeru ku menyeru sekelian Muslim Dan Muslimat Usunglah dirimu ke tikar solat Sebelum kamu diusung ke liang lahaD Menjadi makanan cacing dan makanan ulat iringin dirimu ke masjid sebelum kamu dii...