Skip to main content

Sambutlah Salam CintaNya

Ini bukan kisah baru. Ini kisah yang diulang banyak kali. Kisah tentang dua ‘H’. Setiap yang bergelar manusia, pastinya akan melalui fasa 2 ‘H’ ini. Ia cerita tentang Hidayah dan Hijrah. Ia umpama sebuah kitaran yang seiring. Hidayah adalah petunjuk yang diberikan olah ALLAH kepada hamba-hambaNYA yang terpilih. Hanya dengan kehadiran hidayah ini, barulah penerimanya mampu melakukan hijrah. Sebuah hijrah yang bakal membuka lembaran baru dalam hidup si penerimanya. Pastinya jalan sebuah penghijrahan itu tidak mudah, namun yang Maha Penyayang telah berjanji bahawa dalam sesudah setiap kesusahan itu akan ada kesenangan. Sesungguhnya setiap kesusahan itu akan diikuti kemudahan!
Namun, hanya mereka yang benar-benar meyakini akan adanya kehidupan selepas mati sahaja yang akan menyahut seruan 2 ‘H’ ini. Mengambil setiap ibrah yang hadir bersama pakej 2’H’ dalam membina keimanan yang lebih teguh. Tidak sesekali mereka memandang enteng kehadiran 2’H’ ini dalam hidup mereka. Tapi buat mereka yang kurang iman, kehadiran Hidayah dan Hijrah ini tidak lebih sekadar kata-kata picisan yang tidak meninggalkan kesan. Entah kekuatan apa yang merasuk minda hingga hati seakan mati mengenal kebenaran. Hingga tegar menidakkan kehadiran sebuah hidayah dan lupa bahawa mati itu boleh datang pada bila-bila masa.
Dalam bahasa indahnya, hidayah adalah umpama salam cinta dari yang Esa. Sapaan halus buat hati-hati yang merindui keimanan dan ketaqwaan. Andai salam cinta ini disambut, barulah langkah menuju sebuah hijrah dapat dimulakan. Namun andai sejak awal lagi salam cinta ini dibiarkan sepi, hijrah itu juga hanyalah angan-angan yang lebur dalam angin lalu. Tak bermakna, tak bererti.  Analogi mudahnya, hidayah itu umpama satu surat tawaran untuk menyambung pelajaran dan hijrah itu adalah perjalanan kita menuju ke tempat belajar itu. Manakan mungkin dapat mendaftar diri untuk memulakan pengajian andai sedari awal surat tawaran itu tidak diterima?
Sama juga dengan cara hadirnya.  Tawaran kemasukan  itu mungkin sahaja sampai kepada kita melalui pos, panggilan telefon ataupun email. Hidayah juga begitu. Tiada hukum tetap mengatakan hidayah itu wajib hadir dalam bentuk ucapan lisan. Wajib lahir dari mulut seorang ulama. Tidak! Ia mungkin sahaja hadir dalam bentuk yang sangat subjektif. Mungkin sahaja ia hadir melaui pembacaan, melalui lagu, melalui pemerhatian, melalui perbuatan, hatta melalui seorang anak kecil yang belum mengerti apa-apa pun! Hidayah juga boleh hadir melalui mimpi, malah ia juga boleh hadir melalui musibah. Benar. Melalui musibah dan ianya adalah antara jalan paling pahit buat si penerima.
Apa yang saya maksudkan hidayah melalui musibah ini adalah setelah ditimpa musibah, baru nak terkial-kial mencari ALLAH. Setelah ALLAH menarik nikmat yang diberi, barulah dia mengerti erti bersyukur. Setelah ALLAH menarik nyawa insan yang dikasihi, barulah sedar nasihat yang diberi adalah untuk kebaikan diri. Lalu bermulalah episod penghijrahan yang penuh sesal dan sakit. Sedangkan penghijrahan itu boleh berlaku dengan penuh semangat dan ketabahan jika sedari awal mengerti nilainya sebuah seruan. Sekiranya sejak mula lagi menyedari salam cinta Ilahi itu mampu hadir dalam cara yang tidak disangka-sangka.
Seorang rakan pernah berkata kepda saya. Dia dahulu seorang yang tidak patuh menurut perintah ALLAH. Dia tidak menjaga auratnya, dia tidak menjaga pergaulannya, solatnya juga tidak lengkap. Tapi setelah ALLAH mengambil nyawa salah seorang insan yang dia sayangi, barulah dia sedar betapa selama ini dia leka. Dan itulah cara ALLAH mahu membuka pintu hatinya. Sungguh, jalan hijrahnya pedih dan menyakitkan. Tapi dia bersyukur kerana dipilih ALLAH menerima sejalur cahaya dalam kelam perjalanannya.
Tapi sedarlah juga bahawa hidayah tak mungkin datang jika kita tidak mencari. Sekali lagi analogi mudahnya, bagaimana mungkin kita mendapat tawaran jika tidak memohon? Jangan bekukan hati, jangan batukan diri. Bangun dan berusahalah! Carilah sampai dapat. Berdoalah agar kita juga nanti dapat menerima salam cinta dariNYA.
Apabila sudah menerima salam cinta itu, jangan segan, jangan tunggu. Sambutlah dengan hati penuh yakin bahawa jalan hijrah itu nanti akan bertemankan kasihNya yang tak pernah padam. Tanamlah keyakinan itu dalam hati. Apa yang penting, jangan tunggu musibah datang melanda barulah salam cinta itu disambut kerana diri sendiri juga yang akan merasakan kepedihannya.

Comments

Popular posts from this blog

Saya dan MPOB part 2

Minggu ni genaplah 4 bulan i kerja sebagai penolong pegawai penyelidik di Malaysian Palm Oil Board (MPOB), Bangi. Sebagai kenang-kenangan i wish to mencoretkan sesuatu di sini untuk tatapan di hari tua heheh. Part 1 akan diusahakan kemudian memandangkan gambar-gambar masih belum di collect daripada camera canggih cik aare. Ada masa nanati nak buat part 1 pulak. part 1 will be zaman i praktikal di MPOB dlu. tak nak tuleh panjang pon, nak letak gamba je. biarlah gambar yang berbicara heheh. selamat mencuci mata~ takde kerja. heheh my duit raya. thank you bos! haha yang ni cik ain bagi. siap bawak dari kg after naik cuti raya. nak perli i la ni sbnabyer. sbb kerja kt mpob tapi buah kelapa sawit besaq mana pun tak tahu. heheh this one my boss bagi. ole-ole dari paris.  nanti nak ajak en.suami (yg masih misteri) pergi sini lah #eh busy nyer 2 orang ni dok pilih menu yang kanan siti odah aka kak odah, rakan sekerja yang banyak membantu the k...

az-zariyat

Zarif :               Dengar cerita dah nak fly? Hafiz :               21hb ni, 11 pagi. Zarif :               Alhamdulillah. Fly juga kau akhirnya… Hafiz :               Perkataan ‘akhirnya’ tu sangat kurang ajar… Zarif :               Hahaha… Ye la semua orang dah fly, kau sorang je terkedek-kedek baru nak fly ke Jepun. Anyway, tahniah! Kau pergi Universiti yang sama dengan awek kau ke? Hafiz :               Haah. Kitorang masuk university sama-sama, duduk rumah sama-sama… isy tak adalah, aku gurau je. Aku mana ada awek. Zarif :     ...

take note!

Kalau dahi tak mencecah sejadah di dunia Bersihkanlah dirimu sebelum kamu dimandikan berwudhu`lah kamu sebelum kamu diwudhu`kan dan solatlah kamu sebelum kamu disolatkan Tututlah auratmu sebelum auratmu ditutupkan dengan kain kaFan yang serba putih pada waktu itu tidak guna lagi bersedih walaupun orang yang hadir itu merintih selepas itu kamu akan diletakkan di atas lantai lalu dilaksanakan solat jenazah dengan empat kali takbir dan satu salam berserta fatihah, Selawat dan Doa sebagai memenuhi tuntutan fardhu kifayah tapi apakah empat kali takbir itu dapat menebus segala dosa meninggalkan solat sepanjang hidup? Apakah solat jenazah yang tanpa rukuk dan sujud dapat Membayar hutang rukuk dan sujudmu yang telah luput? Sungguh tertipulah dirimu jika beranggappan demikian Justeru ku menyeru sekelian Muslim Dan Muslimat Usunglah dirimu ke tikar solat Sebelum kamu diusung ke liang lahaD Menjadi makanan cacing dan makanan ulat iringin dirimu ke masjid sebelum kamu dii...