Rabiah sangat termotivasi apabila dia mengaitkan dirinya dengan peristiwa Rasulullah saw ke Thaif demi misi dakwah. Baginda direjam dengan batu-batu sehingga luka berdarah seluruh badan baginda yang mulia.
Saat tumit Rasulullah berdarah, baginda berdoa yang bermaksud, ''Wahai Tuhanku, selagi mana murkamu tiada pada diriku, maka tidakku peduli segala ujian dan derita ini kerana kelak aku tahu pertolongan lebih luas lagi untukku. Aku bernaung di bawah nur daripadaMu yang bersinar terang menyinari tujuh petala langit dan sisi yang gelap. Aku memohon perlindungan daripada murka dan benciMu kepada diriku, namun engkaulah yang selayaknya murka, dan padaku tiada daya serta upaya bahkan tiada jua kekuatan melainkan ihsan daripadaMU''.
Lalu Rabiah pun bermunajat kepada Kekasihnya,

''Ya Allah, aku tidak kisah sekiranya seumur hidupku ini digelar hamba sahaya kerana tetap jua aku ini hamba kepadaMu. Aku juga tidak kisah sekiranya tidak lagi bertemu dengan adik-beradikku kerana tetap jua nanti kami berpisah dalam rela ataupun paksa. Namun, aku tidak redha sepanjang hidupku diabdikan untuk makhlukMu, aku tidak sanggup waktuku dihabiskan untuk hal dunia yang tentunya tidak kekal. Aku mohon peruntukan waktu hidupku demi keabadian diriku kepadaMu''.
Rabiah menyambung lagi butiran doa munajatnya itu. Sambil berteleku di hamparan sujud, dia terus mengangkat lalu menadah kedua-dua tangan sambil air mata laju membasahi pipinya yang cengkung itu.
''Aku hanya hampa kerana kesibukan melayan keperluan dan arahan makhluk yang sama sahaja sepertiku, aku hampir bazirkan lebih dari separuh hariku. Alangkah indah dan manis sekiranya waktu-waktuku dihabiskan bersamaMu, ya Allah. Harinya akan tiba, akan kuperuntukkan waktu hanya untukMu''.
Petikan dari novel Rabiatul Adawiyah-Perindu cinta abadi.
Comments
Post a Comment