Bidadari merupakan salah satu anugerah Allah kepada seorang lelaki yang memasuki syurga. Bagi seorang wanita yang solehah maka bidadari bagi suaminya adalah di kalangan bidadari-bidadari kurniaan Allah dan dia (isteri solehah merupakan ketua akan segala bidadari-bidadari tersebut). Berjihad pada agama Allah merupakan satu amalan yang menjadi kesukaan Allah swt dan ini merupakan sunnah besar nabi SAW serta amalan para sahabat. Ganjaran syurga menanti bagi orang yang syahid pada jalan Allah.
Ainul Mardhiah merupakan seorang bidadari yang paling cantik di kalangan bidadari-bidadari yang lain. Suatu pagi di dalam bulan puasa, nabi memberi targhib (berita-berita semangat di kalangan sahabat untuk berjihad pada agama Allah). Sabda Baginda, “sesiapa yang keluar di jalan Allah dan tiba-tiba dia syahid, maka dia akan dianugerahkan seorang bidadari yang paling cantik di kalangan bidadari-bidadari syurga. Mendengar berita, itu seorang sahabat yang usianya sangat muda teringin sangat hendak tahu bagaimana cantiknya bidadari tersebut. Tetapi, dia malu untuk bertanya kepada nabi kerana malu pada sahabat-sahabat yang lain. Namun, dia tetap tekad untuk pergi berjihad. Sebelum Zohor, sunnah nabi akan tidur sebentar (dipanggil khailulah). Maka sahabat yang muda tadi juga turut bersama-sama jemaah yang lain tidur bersama-sama. Dalam tidur tersebut, dia bermimpi berada di satu tempat yang sungguh indah. Kemudian, dia bertemu dengan seorang wanita yang berpakaian bersih lagi cantik dengan muka yang berseri-seri. Lalu dia bertanya, di manakah dia. Lalu wanita itu menjawab inilah syurga. Lalu dia menyatakan hasrat untuk berjumpa dengan Ainul Mardhiah. Lalu wanita itu menunjukkan suatu arah maka berjalanlah lelaki itu. Di suatu pohon dia mendapati ada seorang wanita yang sangat cantik dan anggun. Yang tidak pernah dilihat di dunia. Lalu lelaki itu memberi salam dan bertanya engkaukah Ainul Mardhiah?, wanita itu menjawab ehh tidakk... saya khadamnya. Ainul Mardhiah ada di dalam singgahsana sana. Lalu dia berjalan dan memasuki satu mahligai yang cukup indah dan mendapati ada seorang lagi wanita yang kecantikannya berganda-ganda dari yang pertama tadi sedang mengelap permata-mata perhiasan di dalam mahligai... Lalu diberi salam dan di tanya lagi adakah dia Ainul Mardiah lalu wanita itu menjawab...eh tidakkk saya hanya khadamnya di dalam mahligai ini...Ainul Mardiah ada di atas mahligai sana,.....lalu dinaikinya anak-anak tangga mahligai permata itu. Kecantikkannya sungguh mengkagumkan. Lalu dia sampai ke satu mahligai dan mendapati seorang wanita yang berganda-ganda cantik dari yang pertama dan berganda-ganda catiknya dari yang kedua.... dan ternyata tidak pernah dia lihat di dunia.... lalu wanita itu berkata... akulah Ainul Mardhiah, aku diciptakan untuk kamu dan kamu diciptakan untuk aku.... bila lelaki itu mendekatinya wanita itu menjawab... nanti, kamu belum syahid lagi......Pemuda itu tersentak lalu terjaga dari tidurnya. Dia menceritakan segala-galanya kepada satu sahabat lain, namun begitu dia memesan agar jangan menceritakannya kepada nabi SAW. Namun sekiranya dia syahid barulah diceritakan kepada nabi. Petang itu, pemuda itu telah keluar berperang lalu ditakdirkan pemuda tadi telah syahid. Ketika semua jemaah pulang ke masjid, di waktu hendak berbuka puasa maka mereka telah menunggu makanan untuk berbuka (tunggu makanan adalah satu sunnah nabi). Maka kawan sahabat yang syahid tadi telah bangun dan merapati nabi SAW dan menceritakan perihal sahabat nabi yang syahid tadi. Sepanjang penceritaan itu, nabi menjawab benar...benar...benar...Akhirnya nabi SAW berkata, “memang benar cerita sahabat kamu tadi dan sekarang ini dia sedang menunggu untuk berbuka puasa di syurga....
Subhanallah...
Subhanallah...
Comments
Post a Comment