Skip to main content

takabbur

Takabur atau membesarkan diri
Rasulullah s.a.w. ada bersabda dalam suatu hadith Qudsi, firman Allah yang kira-kira bermaksud:
"Kebesaran, ketinggian itu selendangKu, keagungan itu kain pakaiKu, maka sesiapa
yang cuba merebut (bersifat dengan) salah satu dari keduanya,
Aku akan campakkan dia ke dalam nereka jahanam, Aku tidak peduli."       
(HR : Muslim, Abu Daud dan Ibn Majah)
Hadith ini bermakna bahawa ketinggian dan keagungan hakiki itu
dua sifat yang hanya kepunyaan Allah SWT,
tidak layak bagi selainNya.
Orang yang membesarkan dirinya itu seolah-olah merebut sifat Allah,
orang yang demikian sifatnya memang sesuai dilemparkan ke dalam neraka.
Nabi s.a.w. ada bersabda yang sekira-kira bermaksud:
"Tidak masuk syurga orang yang ada di dalam hatinya seberat
timbangan biji sawi sifat takabbur (membesarkan diri).

Bagi mengelakkan diri dari sifat takabbur, hendaklah:
i.      Mengingatkan bahawa segala kelebihan dan nikmat yang
dimilikinya seperti harta, pangkat, ilmu dan sebagainya,
semuanya adalah dari Allah dan nikmatNya yang wajib disyukuri,
bukan untuk dimegahi.
ii.     Jangan menolak kebenaran, kerana sesuatu yang
benar itu dari Allah.
iii.    Jangan melekeh / merendah-rendahkan orang lain
kerana sesuatu kekurangan yang ada padanya. Ini kerana yang
sebenar-benar mulia ialah yang paling bertaqwa.
Oleh kerana takabbur itu sifat hati yang tercela, maka
lawannya iaitu sifat tawadhuk (tunduk hati dan merendah diri terhadap kebesaran Allah)
adalah kelakuan hati yang terpuji.
Nabi s.a.w. bersabda yang sekira-kira bermaksud:
"Tiada seseorang itu bersifat tawadhuk kerana kebesaran Allah,
melainkan Allah akan meninggikan (memertabatkanya)." 
 (HR : Muslim)


Comments

Popular posts from this blog

Saya dan MPOB part 2

Minggu ni genaplah 4 bulan i kerja sebagai penolong pegawai penyelidik di Malaysian Palm Oil Board (MPOB), Bangi. Sebagai kenang-kenangan i wish to mencoretkan sesuatu di sini untuk tatapan di hari tua heheh. Part 1 akan diusahakan kemudian memandangkan gambar-gambar masih belum di collect daripada camera canggih cik aare. Ada masa nanati nak buat part 1 pulak. part 1 will be zaman i praktikal di MPOB dlu. tak nak tuleh panjang pon, nak letak gamba je. biarlah gambar yang berbicara heheh. selamat mencuci mata~ takde kerja. heheh my duit raya. thank you bos! haha yang ni cik ain bagi. siap bawak dari kg after naik cuti raya. nak perli i la ni sbnabyer. sbb kerja kt mpob tapi buah kelapa sawit besaq mana pun tak tahu. heheh this one my boss bagi. ole-ole dari paris.  nanti nak ajak en.suami (yg masih misteri) pergi sini lah #eh busy nyer 2 orang ni dok pilih menu yang kanan siti odah aka kak odah, rakan sekerja yang banyak membantu the k...

az-zariyat

Zarif :               Dengar cerita dah nak fly? Hafiz :               21hb ni, 11 pagi. Zarif :               Alhamdulillah. Fly juga kau akhirnya… Hafiz :               Perkataan ‘akhirnya’ tu sangat kurang ajar… Zarif :               Hahaha… Ye la semua orang dah fly, kau sorang je terkedek-kedek baru nak fly ke Jepun. Anyway, tahniah! Kau pergi Universiti yang sama dengan awek kau ke? Hafiz :               Haah. Kitorang masuk university sama-sama, duduk rumah sama-sama… isy tak adalah, aku gurau je. Aku mana ada awek. Zarif :     ...

take note!

Kalau dahi tak mencecah sejadah di dunia Bersihkanlah dirimu sebelum kamu dimandikan berwudhu`lah kamu sebelum kamu diwudhu`kan dan solatlah kamu sebelum kamu disolatkan Tututlah auratmu sebelum auratmu ditutupkan dengan kain kaFan yang serba putih pada waktu itu tidak guna lagi bersedih walaupun orang yang hadir itu merintih selepas itu kamu akan diletakkan di atas lantai lalu dilaksanakan solat jenazah dengan empat kali takbir dan satu salam berserta fatihah, Selawat dan Doa sebagai memenuhi tuntutan fardhu kifayah tapi apakah empat kali takbir itu dapat menebus segala dosa meninggalkan solat sepanjang hidup? Apakah solat jenazah yang tanpa rukuk dan sujud dapat Membayar hutang rukuk dan sujudmu yang telah luput? Sungguh tertipulah dirimu jika beranggappan demikian Justeru ku menyeru sekelian Muslim Dan Muslimat Usunglah dirimu ke tikar solat Sebelum kamu diusung ke liang lahaD Menjadi makanan cacing dan makanan ulat iringin dirimu ke masjid sebelum kamu dii...