Skip to main content

Coretan untuk Kekasihku..

Wahai Kekasih,
Ketahuilah bahawa di saat aku menulis coretan ini,
hati ini sangat merinduimu,
tidak tertanggung lagi rasanya rinduku ini padamu,
lalu ku titipkan sebuah warkah buatmu.

Ya habibullah….
aku merasa sangat hina dan kerdil ketika ini,
tangan yang kotor,penuh dosa dan noda,
layakkah menulis warkah untukmu?
engkau kekasih Allah..aku?..hamba Allah bergelumang dosa…
Ya Rasullulah……
Sesungguhnya..aku sangatlah mencemburui ‘Aisyah yang berbaring di ribamu sambil menangis,
tangisan kesyukuran kerana dapat memasuki syurga bersamamu,
sungguh!aku cemburu!
sering aku terfikir,’alangkah bagusnya sekiranya aku ialah ‘Aisyah’
aku juga mencemburui Anas yang sangat disayangi mu,
mendapat nama timangan’unais’ darimu!
aku juga inginkan nama timangan darimu..
aku juga ingin dipanggil manja olehmu…
Astaghfirullah…tidak bersyukurnya aku
acapkali aku terlupa,akulah saudara yang paling engkau rindu,
engkau mencurahkan selautan kasih buat diriku walaupun tidak pernah kita bersua,
Sungguh suci kasih sayangmu….
para sahabat juga naik cemburu…
teringatkan ini,aku tersenyum sendiri,
rasa bangga terselit di hati…
‘UMMATI,UMMATI,UMMATI’
ungkapan ini sering bermain di benakku,
di saat Izrail menarik lembut ruhmu…
di saat Jibril memalingkan wajahnya kerna sebaknya melihat kesakitanmu….
‘UMMATI,UMMATI,UMMATI’,ungkapan inilah yang meniti di bibir kebiruanmu…
‘Peliharalah solat dan orang-orang lemah antara kamu’,inilah amanat terakhirmu..
besarnya,hebatnya,agungnya kasih sayang mu!
Kini..mampukah aku mencintaimu sepertimana engkau mencintaiku?….
Ya Rasullulah…
detik berlalu…
usia pula semakin menginjak…
rambut memutih…..pandangan kabur..
nafas semakin pendek…
hati semakin kacau…
sungguh!aku juga ingin ke syurga bersamamu!
Namun…aku gerun…
gerun memikirkan jika siksaan yang menanti..
Pernah aku lalai dalam solatku..
lalai juga dalam menjaga auratku..
lalai dalam mengingatimu…lalai dalam menjaga ikhtilatku…
manusia yang lalai ini layakkah bersua denganmu?
layakkah bertemu dengan Yang Maha Agung?
aku khuatir jika akulah penghuni al-jahim..
aku khuatir jika akulah pemakan zaqqum..
Ya Allah..terimalah taubatku…ampunilah aku…
Ya Rasullulah..kurniakanlah aku syafaatmu…
Ya Rasullulah…
engkau pernah berkata,
“Barangsiapa mencintai sunnahku,maka dia mencintaiku,
dan kelak orang-orang yang mencintaiku,akan masuk ke syurga bersama-samaku”,
ku pegang kukuh janjimu,
ku perbaharui azamku,
ku atur langkahku,
ku susun hidupku agar selari dengan sunnahmu,
sebagai tanda cintaku kepadamu…
Kelak,kita akan bersua….
ingin kupastikan agar pertemuan kita pertemuan yang indah,
di mana engkau berbangga aku sebagai umatmu,
tersenyum melihatku…
suara lunakmu memberi salam kepadaku…
dan aku….
menatap wajahmu..
penuh asyik…
dengan linangan air mata…
membalas senyumanmu…
membalas salammu….
InsyaAllah……
(Ya Allah,jadikanlah impian ini bukan sekadar impian..jadikanlah kenyataan…
Ya Allah….jadikanlah aku dan sesiapa jua yang membaca coretan ini mereka yang memasuki syurgaMu bersama Rasullulah..)

Comments

Popular posts from this blog

Saya dan MPOB part 2

Minggu ni genaplah 4 bulan i kerja sebagai penolong pegawai penyelidik di Malaysian Palm Oil Board (MPOB), Bangi. Sebagai kenang-kenangan i wish to mencoretkan sesuatu di sini untuk tatapan di hari tua heheh. Part 1 akan diusahakan kemudian memandangkan gambar-gambar masih belum di collect daripada camera canggih cik aare. Ada masa nanati nak buat part 1 pulak. part 1 will be zaman i praktikal di MPOB dlu. tak nak tuleh panjang pon, nak letak gamba je. biarlah gambar yang berbicara heheh. selamat mencuci mata~ takde kerja. heheh my duit raya. thank you bos! haha yang ni cik ain bagi. siap bawak dari kg after naik cuti raya. nak perli i la ni sbnabyer. sbb kerja kt mpob tapi buah kelapa sawit besaq mana pun tak tahu. heheh this one my boss bagi. ole-ole dari paris.  nanti nak ajak en.suami (yg masih misteri) pergi sini lah #eh busy nyer 2 orang ni dok pilih menu yang kanan siti odah aka kak odah, rakan sekerja yang banyak membantu the k...

az-zariyat

Zarif :               Dengar cerita dah nak fly? Hafiz :               21hb ni, 11 pagi. Zarif :               Alhamdulillah. Fly juga kau akhirnya… Hafiz :               Perkataan ‘akhirnya’ tu sangat kurang ajar… Zarif :               Hahaha… Ye la semua orang dah fly, kau sorang je terkedek-kedek baru nak fly ke Jepun. Anyway, tahniah! Kau pergi Universiti yang sama dengan awek kau ke? Hafiz :               Haah. Kitorang masuk university sama-sama, duduk rumah sama-sama… isy tak adalah, aku gurau je. Aku mana ada awek. Zarif :     ...

take note!

Kalau dahi tak mencecah sejadah di dunia Bersihkanlah dirimu sebelum kamu dimandikan berwudhu`lah kamu sebelum kamu diwudhu`kan dan solatlah kamu sebelum kamu disolatkan Tututlah auratmu sebelum auratmu ditutupkan dengan kain kaFan yang serba putih pada waktu itu tidak guna lagi bersedih walaupun orang yang hadir itu merintih selepas itu kamu akan diletakkan di atas lantai lalu dilaksanakan solat jenazah dengan empat kali takbir dan satu salam berserta fatihah, Selawat dan Doa sebagai memenuhi tuntutan fardhu kifayah tapi apakah empat kali takbir itu dapat menebus segala dosa meninggalkan solat sepanjang hidup? Apakah solat jenazah yang tanpa rukuk dan sujud dapat Membayar hutang rukuk dan sujudmu yang telah luput? Sungguh tertipulah dirimu jika beranggappan demikian Justeru ku menyeru sekelian Muslim Dan Muslimat Usunglah dirimu ke tikar solat Sebelum kamu diusung ke liang lahaD Menjadi makanan cacing dan makanan ulat iringin dirimu ke masjid sebelum kamu dii...