1. Kesemua isteri nabi akan masuk syurga kerana kesolehan mereka. Bagaimana dengan kita?
2. Kita digalakkan membaca al-Quran setiap hari. Adakah kita sudah membacanya pada hari ini?
3. Pernahkah kita menyemak dan berusaha memperbaiki bacaan al-Quran anda secara berguru?
4. Pernahkah kita menitiskan air mata sewaktu membaca, mendengar atau mengamati wahyu Ilahi yakni al-Quran?
5. Adakah kita sentiasa menyedari bahawa malaikat Raqib dan Atid setiap saat sentiasa mencatat pahala dan dosa yang kita lakukan sama ada secara terang-terangan atau bersembunyi?
6. Sedarkah kita bahawa malaikat maut sentiasa mendampingi kita tidak kira sama ada kita bersedia atau tidak bersedia?
7. Setakat amalan kita sehingga hari ini, adakah kita yakin bahawa kita akan terselamat daripada seksaan di Padang Mahsyar?
8. Islam mewajibkan lelaki dan wanita menutup aurat. Sejauh mana kita berdukacita melihat adik-beradik, kaum keluarga, rakan-rakan dan jiran tetangga kita tidak menutup aurat?
9. Adakah kita berasa sukar untuk memaafkan kesalahan orang lain?
10. Berpesan-pesan pada kebaikan adalah sesuatu yang dituntut oleh agama. Dalam kehidupan seharian, adakah kita selalu mengingatkan rakan-rakan atau ahli keluarga untuk perkara-perkara kebaikan?
11. Sembahyang berjemaah sangat besar ganjarannya. Adakah kita mendirikan sembahyang secara berjemaah setiap hari?
12. Setiap orang bertanggungjawab untuk memakmurkan masjid. Adakah kita membantu memakmurkan masjid di qariah kita?
13. Pernahkah kita bercita-cita untuk syahid sebagai pejuang Islam?
14. Berdakwah menegakkan agama Allah adalah wajib. Pernahkah kita melibatkan diri dalam kerja-kerja dakwah?
15. Islam menggalakkan penganutnya bergaul dengan orang alim. Berapa ramaikah orang alim dan soleh yang kita kenal dan sering bergaul dengan mereka?

Comments
Post a Comment