"Matamu itu, hidupkannya dengan kehidupan mata Baginda, janganlah engkau melihat pada perkara haram. Telingamu itu, hidupkannya dengan kehidupan telinga Baginda, janganlah mendengar dengannya perkara yang haram. Jangan engkau tuturkan dengan lidahmu melainkan ia menyebabkan engkau bertemu dengan Rasulullah. Jikalau Nabi itu hidup pada hatimu, nescaya engkau tidak akan memutuskan silaturrahim seperti yang baginda larang.
Sabdanya :
"Orang yang memutuskan silaturrahim dilaknati walaupun dia meninggal dunia di tengah-tengah Ka'abah."
"Orang yang memutuskan silaturrahim dilaknati walaupun dia meninggal dunia di tengah-tengah Ka'abah."
Jikalau Nabi itu hidup pada hatimu, nescaya engkau tidak sanggup makan sesuap benda haram. Jikalau Nabi itu hidup pada hatimu, nescaya engkau tidak mengutamakan sesuatu yang binasa berbanding yang kekal. Nescaya engkau tidak cemarkan hatimu yang hidup dengan Rasulullah dengan maki hamun atau sikap membenci walaupun terhadap orang yang mencacimu atau menyakitimu. Jikalau Nabi itu hidup pada hatimu, nescaya masa itu tidak akan berlalu sia-sia melainkan engkau selalu memohon rahsia kehidupan dengan mengingati Allah S.W.T."
Comments
Post a Comment