Wasiat Pertama: Bangunlah segera mendirikan solat sebaik sahaja mendengar azan berkumandang walau apapun keadaan anda.
Wasiat Kedua: Bacalah al- Quran , buatlah kajian atau dengarilah selalu, dan janganlah membuang masa dalam perkara yang tiada memberi faedah.
Wasiat Ketiga: Janganlah bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun kerana pertengkaran yang kosong tiada memberi apa-apa jua kebaikan.
Wasiat Keempat: Jauhilah daripada mengumpat-umpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan apa- apa yang memberi kebaikan.
Perintah Kelima: Berusahalah untuk bertutur dalam bahasa Arab Fushah kerana bahasa Arab yang betul itu adalah simbol Islam.
Wasiat Keenam: Janganlah banyak bergurau kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam setiap perkara.
Wasiat ketujuh: Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.
Wasiat Kelapan: Janganlah bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikehendaki oleh pendengar kerana percakapan yang nyaring itu adalah suatu perbuatan yang sia-sia malah menyakiti hati orang.
Wasiat Kesembilan: Berkenal-kenalanlah dengan setiap Muslim yang ditemui kerana asas gerakan dakwah ialah berkenal-kenalan dan berkasih-sayang.
Wasiat Kesepuluh: Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada pada kita. Oleh itu gunakanlah masa dengan sebaik-baiknya dan ringkaskanlah perlaksanaannya
Comments
Post a Comment