Skip to main content

Dakwah kepada non-muslim

Berdakwah kepada non-muslim terbahagi kepada dua. Pertama, dakwah yang mementingkan kualiti yakni jangka masa panjang. Kedua, dakwah yang mementingkan kuantiti iaitu jangka masa pendek. Dakwah yang mementingkan kualiti sesuai dilakukan kepada kawan-kawan non-muslim yang kita sentiasa akan bertemu. Contonhnya rakan sekelas, rakan pejabat dan jiran tetangga. Dakwah secara ini memerlukan kesabaran serta komitmen yang tinggi.

Dalam menyampaikan dakwah kepada non-muslim dalam satu jangka masa yang agak panjang, terdapat beberapa langkah yang boleh diambil dan dijadikan panduan. Langkah pertama ialah membina hubungan. Dalam step pertama ini, apa yang paling penting ialah kita mesti membina hubungan dengan sahabat-sahabat non-muslim kita. Kita tidak boleh menyampaikan dakwah kepada non-muslim dengan terus bercakap mengenai Islam. Kita mesti menghapuskan salah faham non-muslim terhadap Islam. Stereotype tentang Islam yang sering disalah anggap ialah; orang Islam adalah rigid, ekstremis dan imej Islam sebagai agama yang susah. Selain itu, di  Malaysia ini apabila masuk Islam ia sering dianggap sebagai 'masuk Melayu'. Jadi, sebagai langkah pertama, kita perlu membetulkan salah faham ini. Membina hubungan ini dapat dilaksanakan dalam aktiviti harian yang dilakukan bersama rakan-rakan non-muslim seperti belajar, beriadah dan sebagainya. Melalui aktiviti tersebut kita dapat tunjukkan kepada mereka apakah itu Islam yang sebenar dan mengikis pandangan mereka terhadap Islam serta membolehkan mereka menerima kita sebagai kawan mereka.

Setelah hubungan dibina, kita perlu membina kepercayaan mereka kepada kita. Ini dapat dilakukan dengan kita selalu mengambil berat tentang hal ehwal diri mereka. Sebagai contoh, kita mengambil tahu adakah mereka menghadapi masalah kewangan, keluarga, akademik dan sebagainya. Kalau mampu, kita cuba pastikan yang kita menjadi orang pertama yang cuba menyelesaikan masalah mereka. Apabila kita selalu menjadi orang yang paling mengambil berat tentang diri mereka secara perlahan-lahan kepercayaan mereka terhadap diri kita mula terbina. Lalu, apa-apa sahaja masalah yang dihadapi,  mereka akan menjadikan kita sebagai tempat meluahkan masalah.

Langkah ketiga ialah bertanya tentang agama mereka. Apabila hubungan dan kepercayaan terbina, maka di sini bermulalah langkah awal kita memperkenalkan sahabat kita itu dengan Islam. Sebelum itu, kita tidak boleh straight to the point berdakwah kepada mereka tentang Islam kerana ini akan membuatkan mereka tidak berminat malah menjauhkan diri daripada kita. Jadi, yang terbaiknya ialah kita bertanya tentang agama mereka. Secara psikologinya, orang tidak akan suka untuk mendengar apa yang hendak disampaikan tentang agama lain. Sebaliknya, orang akan seronok untuk bercerita tentang agama masing-masing. Maka,bertanyalah soalan tentang agama mereka. Peruntukkan dalam sehari lebih kurang 10-15 minit sahaja untuk bertanya. Cuba tanyakan soalan yang boleh menggoyahkan mereka tentang kepercayaan mereka terhadap agama mereka.

Langkah seterusnya ialah bercerita tentang Islam. Apabila terlalu banyak persoalan yang kita tanya kepada mereka sehingga mereka menjadi was-was dan ragu-ragu tentang kepercayaan mereka, lalu mereka pula biasanya akan bertanya kepada kita tentang Islam (mungkin untuk membalas balik segala persoalan kita tentang agama mereka). Jadi, di sinilah peranan kita untuk bercerita tentang Islam. Pastikan kita sudah membuat homework dan persiapan lengkap dahulu sebelum menjawab soalan daripada mereka. Apabila mereka bertanyakan sesuatu yang di luar pengetahuan kita, lebih baik kita bersikap jujur mengatakan kita tidak tahu daripada main hentam sahaja. Beritahu mereka bahawa kita perlu bertanya kepada orang yang lebih tahu dan kemudiannya kita akan memberikan jawapan kepada mereka. Di sini, kita juga akan mendapat kebaikannya. Apabila bertanya kepada yang lebih mengetahui, ilmu kita juga akan bertambah. Pada masa yang sama, kita telah menunjukkan yang Islam ini adalah agama yang mudah dan tidak menyusahkan.

Seterusnya, bentuk group perbincangan agama. Adalah lebih baik jika perbincangan yang kita buat mengenai agama masing-masing itu dikembangkan dengan meminta mereka mengajak kawan-kawan seagama mereka untuk turut serta dalam perbincangan itu. Dalam masa yang sama, kita juga mengajak kawan-kawan kita yang lain untuk berbincang. Dengan group yang semakin bercambah kita akan menggalakkan kumpulan perbincangan agama ini semakin berkembang.

Langkah terakhir dan kemuncaknya ialah comparative religion dialogue. Apabila group ini semakin berkembang, maka inilah masa yang sesuai untuk membuat kesimpulan di atas perbincangan yang selama ini kita lakukan. Anjurkan satu dialog antara agama di mana kita meminta sahabat-sahabat non-muslim kita yang terlibat dalam perbincangan antara agama hadir ke program ini. Dalam dialog ini, kita akan menceritakan tentang agama masing-masing dan bersoal jawab tentang perkara-perkara yang menimbulkan kemusykilan. Minta mereka menghadirkan speaker yang boleh bercakap tentang agama mereka dan pastikan speaker yang akan menceritakan dan menjawab persoalan tentang Islam betul-betul memahami comparative religion. Kita harus pastikan wujudnya suasana ilmiah, tidak berlaku perbalahan kerana kita berbincang atas dasar mencari kebenaran dan untuk melihat persamaan dan perbezaan antara agama. Comparative religion dialogue ini juga boleh didokumentasikan dalam bentuk rakaman video. Sesungguhnya hidayah itu milik Allah dan kita sebagai manusia biasa hanya mampu berusaha dan menyampaikan.Wallahua'lam..


Dari Abu Hurairah, sesungguhnya Rasulullah saw bersabda: ''Barangsiapa yang mengajak kepada hidayah (Islam), maka dia akan perolehi pahala bagi dirinya sendiri dan pahala orang-orang yang mengikutinya, tiada berkurang sedikit pun dari pahala mereka itu. Dan barangsiapa yang mengajak kepadanya kesesatan, maka dia memperolehi dosa atas perbuatannya itu dan orang-orang yang mengikutinya, tanpa berkurang sedikitpun dosa-dosanya itu.''    (HR:Muslim) 

Comments

Popular posts from this blog

Saya dan MPOB part 2

Minggu ni genaplah 4 bulan i kerja sebagai penolong pegawai penyelidik di Malaysian Palm Oil Board (MPOB), Bangi. Sebagai kenang-kenangan i wish to mencoretkan sesuatu di sini untuk tatapan di hari tua heheh. Part 1 akan diusahakan kemudian memandangkan gambar-gambar masih belum di collect daripada camera canggih cik aare. Ada masa nanati nak buat part 1 pulak. part 1 will be zaman i praktikal di MPOB dlu. tak nak tuleh panjang pon, nak letak gamba je. biarlah gambar yang berbicara heheh. selamat mencuci mata~ takde kerja. heheh my duit raya. thank you bos! haha yang ni cik ain bagi. siap bawak dari kg after naik cuti raya. nak perli i la ni sbnabyer. sbb kerja kt mpob tapi buah kelapa sawit besaq mana pun tak tahu. heheh this one my boss bagi. ole-ole dari paris.  nanti nak ajak en.suami (yg masih misteri) pergi sini lah #eh busy nyer 2 orang ni dok pilih menu yang kanan siti odah aka kak odah, rakan sekerja yang banyak membantu the k...

az-zariyat

Zarif :               Dengar cerita dah nak fly? Hafiz :               21hb ni, 11 pagi. Zarif :               Alhamdulillah. Fly juga kau akhirnya… Hafiz :               Perkataan ‘akhirnya’ tu sangat kurang ajar… Zarif :               Hahaha… Ye la semua orang dah fly, kau sorang je terkedek-kedek baru nak fly ke Jepun. Anyway, tahniah! Kau pergi Universiti yang sama dengan awek kau ke? Hafiz :               Haah. Kitorang masuk university sama-sama, duduk rumah sama-sama… isy tak adalah, aku gurau je. Aku mana ada awek. Zarif :     ...

take note!

Kalau dahi tak mencecah sejadah di dunia Bersihkanlah dirimu sebelum kamu dimandikan berwudhu`lah kamu sebelum kamu diwudhu`kan dan solatlah kamu sebelum kamu disolatkan Tututlah auratmu sebelum auratmu ditutupkan dengan kain kaFan yang serba putih pada waktu itu tidak guna lagi bersedih walaupun orang yang hadir itu merintih selepas itu kamu akan diletakkan di atas lantai lalu dilaksanakan solat jenazah dengan empat kali takbir dan satu salam berserta fatihah, Selawat dan Doa sebagai memenuhi tuntutan fardhu kifayah tapi apakah empat kali takbir itu dapat menebus segala dosa meninggalkan solat sepanjang hidup? Apakah solat jenazah yang tanpa rukuk dan sujud dapat Membayar hutang rukuk dan sujudmu yang telah luput? Sungguh tertipulah dirimu jika beranggappan demikian Justeru ku menyeru sekelian Muslim Dan Muslimat Usunglah dirimu ke tikar solat Sebelum kamu diusung ke liang lahaD Menjadi makanan cacing dan makanan ulat iringin dirimu ke masjid sebelum kamu dii...