Bulan diturunkan al-kitab
Para pakar tafsir dan hadis merekodkan, Allah menurunkan kitab-kitab dan suhuf iaitu kitab kecil selain Zabur, Taurat, Injil dan al-Quran kepada rasul terdahulu pada bulan Ramadhan.
Peristiwa badar
Pada hari Jumaat, 2 Ramadhan tahun ke 2 Hijrah berlakunya perang pertama dalam Islam yang dikenali Perang Badar. Tentera Islam mengawal lokasi strategik dengan menguasai sumber air yang terdapat di situ. Tentera Islam seramai 313 berhadapan dengan 1000 tentera musyrikin Mekah yang lengkap bersenjata. Tentera Islam memenangi pertempuran dengan 70 tentera musyrikin terbunuh, 70 lagi ditawan manakala bakinya melarikan diri. Tentera Islam yang sedikit jumlahnya, lemah dari sudut kelengkapan dan berpuasa pula, memenangi pertempuran Perang Badar. Ini membuktikan puasa bukanlah penyebab umat Islam bersikap lemah dan malas sebaliknya berusaha demi mencapai keredhaan Allah.
''Sesungguhnya Allah menolong kamu dalam Perang Badar, sedangkan pada masa itu kamu orang yang lemah. Sebab itu, bertaqwalah kepada Allah supaya kamu mensyukurinya''.
Pembukaan Kota Mekah
Peristiwa ini berlaku pada 10 Ramadhan tahun ke 6 Hijrah. Peristiwa kemuncak ini berlaku apabila musyrikin Mekah melanggar Perjanjian Hudaibiyah yang termeterai dengan orang Islam. Antara kandungan perjanjian ini, setiap suku Arab boleh memilih sama ada menjadi sekutu Muhammad ataupun sekutu Quraisy. Kedua-dua pihak tidak boleh berperang dalam tempoh 10 tahun dan tidak boleh membantu pihak lain berperang. Malangnya,dalam suku Arab yang bersekutu itu, ada golongan yang bertelagah iaitu Bani Bakar dan Khuza'ah. Bani Bakar bersekutu dengan Quraisy Mekah manakala Khuza'ah memilih bersekutu dengan Nabi Muhammad saw.
Pada satu malam, Bani Bakar dengan pertolongan Quraisy Mekah menyerang perkampungan suku Khuza'ah di lembah Watir. Apabila berita itu sampai ke pengetahuan Nabi Muhammad saw, baginda mengerahkan ratusan ribu umat Islam menuju ke Mekah, tanpa pengetahuan musyrikin Mekah. Baginda menolak sebarang rundingan dengan pihak Quraisy sehingga kemaraan umat Islam hanya diketahui mereka apabila hampir memasuki Kota Mekah. Akhirnya umat Islam memasuki kota Mekah tanpa sebarang pertumpahan darah. Peristiwa ini menggambarkan pertolongan Allah kepada hamba-hamba yang ikhlas kepada-Nya. Allah menyebut dalam al-Quran, Surah al-Fath ayat 1, yang bermaksud,
''Sesungguhnya Kami telah memberikankamu kemenangan yang nyata''.
Peristiwa perjalanan nabi Muhammad saw ke Tabuk
Pengaruh Nabi Muhammad saw tersebar ke pelosok Semenanjung Tanah Arab, ia memberikan tamparan hebat kepada Rom yang menjadi kuasa besar pada masa itu. Lantas Herkules, Maharaja Rom Timur (Bizantin) memutuskan untuk menyekat pengaruh umat Islam dengan utara Tanah Arab. Apabila berita itu sampai ke pengetahuan Nabi Muhammad saw, baginda mengarahkan umat Islam berkumpul bagi menghadapi Rom dan mengutip zakat. Baginda memimpin seramai 30 000 tentera menuju utara Madinah.
Apabila tentera Islam tiba di Tabuk, tentera Islam terus mengasak Rom sehingga termeterai perjanjian antara Islam dan Rom. Sebagai persetujuan, Rom tunduk dan bernaung di bawah pemerintahan Nabi Muhammad saw dan dikenakan cukai sebanyak 3000 dinar setiap tahun.
Islam sampai di Yaman
Yaman terletak di selatan semenanjung Tanah Arab. Nabi Muhammad saw mengutuskan Ali bin Abu Talib dengan membawa surat baginda untuk penduduk Yaman khususnya suku Hamdan. Dalam tempoh satu hari, kesemua mereka memeluk agama Islam secara aman. Peristiwa bersejarah itu berlaku pada bulan Ramadhan tahun ke 10 Hijrah.
Khalid bin al-Walid meruntuhkan berhala al'uzza
Selepas umat Islam membebaskan Kota Mekah, Nabi Muhammad saw menyucikannya dengan memusnahkan 360 patung di sekeliling Kaabah. Lima hari sebelum berakhirnya Ramadhan tahun ke 9 Hijrah, beliau menghantar Khalid al-Walid bagi memusnahkan patung al-'Uzza di Nakhla. Khalid al-Walid melaksanakan tugas itu dengan bergerak menuju ke Nakhla lalu menghancurkan patung al-'Uzza.
Penyerahan Bandar Thaif
Bandar Thaif pernah mencatatkan sejarah hitam apabila penduduknya menghalau Nabi Muhammad saw semasa baginda berdakwah di sana. Selepas baginda dan umat Islam berjaya membebaskan Mekah, golongan Bani Thaif berkeras tidak mahu tunduk kepada Nabi Muhammad saw. Nabi dan tentera Islam mara ke Thaif lalu mengepungnya dalam tempoh yang lama. Akhirnya rombongan mereka datang ke Mekah pada bulan Ramadhan tahun ke 9 Hijrah dengan menyerahkan bandar Thaif sebagai tanda menyerah kalah. Patung al-Lataa yang dipuja sebelum ini dimusnahkan.
Pembukaan Andalus (Sepanyol)
Andalus adalah nama Arab yang diberikan kepada wilayah-wilayah bahagian semenanjung Liberia yang diperintah oleh orang Islam selama beberapa tempoh bermula tahun 711 hingga 1492 Masihi. Pada 28 Ramadhan tahun ke 92 Hijrah, panglima Islam bernama Tariq bin Ziyad dihantar pemerintahan Bani Umaiyah bagi menawan Andalus. Selepas pasukan tentera Islam mendarat, Tariq membakar kapal-kapal tentera Islam supaya mereka tidak berfikir untuk berundur. Akhirnya Andalus ditawan dan rakyatnya yang dizalimi diselamatkan. Islam bertapak di Andalus selama lapan abad dan meninggalkan kesan tamadun yang tinggi nilainya kepada dunia barat.

Comments
Post a Comment