Skip to main content

TERTAWA DI DUNIA MENANGIS DI AKHIRAT

>Dalam satu hadith, Nabi saw bersabda "Banyak tertawa
>dan tergelak-gelak itu mematikan hati".

>Banyak tertawa menjadikan hati semakin malap dan tidak
>berseri. Lampu hati tidak bersinar dan akhirnya terus
>tidak menyala. Hati tidak berfungsi lagi.
>
>Nabi Muhammad melarang ummatnya darigelak-ketawa yang
>melampuai batas. Menurut hadith, banyak ketawa
>menghilangkan akal dan ilmu. Barangsiapa ketawa
>tergelak-gelak, akan hilang satu pintu daripada pintu
>ilmu.
>
>Kenapa dilarang ketawa berdekah-dekah? Dalam keadaan
>suka yang keterlaluan, hati kita lalai dan lupa
>suasana akhirat dan alam barzakh yang bakal kita
>tempuhi kelak. Sedangkan dahsyatnya alam tersebut tidak
>dapat dinukilkan dalam sebarang bentuk media. Kita
>sedang menuju ke satu destinasi yang belum tentu
>menjanjikan kebahagiaan abadi.Sepatutnya kita berfikir
>bagaimana kedudukan kita di sana nanti, sama
>ada berbahagia atau menderita. Berbahagia di dunia
>bersifat sementara tetapi di akhirat berpanjangan tanpa
>had. Penderitaan di dunia hanya seketika tetapi di
>akhirat azab yang berterusan dan berkekalan. Merenung
>dan memikirkan keadaan ini cukup untuk kita menghisab
>diri serta menyedarkan diri kita tentang bahaya yang
>akan ditempuh.
>
>"Tertawa-tawa di masjid menggelapkan suasana kubur".
>Demikian ditegaskan oleh Nabi saw. Kita sedia maklum,
>kubur ialah rumah yang bakal kita duduki dalam tempoh
>yang panjang. Kita keseorangan dan kesunyian tanpa
>teman dan keluarga. Kubur adalah satu pintu ke
>syurga atau neraka. Betapa dalam kegelapan di sana,
>kita digelapkan lagi dengan sikap kita yang suka
>terbahak-bahak di dunia.
>
>Ketawa yang melampaui batas menjadikan kita kurang
>berilmu. Apabila kurang ilmu, akal turun menjadi
>kurang. Kepekaan terhadap akhirat juga menurun. Nabi
>saw pernah bersabda: "Barangsiapa tertawa-tawa nescaya
>melaknat akan dia oleh Allah (Al-Jabbar). Mereka yang
>banyak tertawa di dunia nescaya banyak menangis di
>akhirat."
>
>Saidina Ali sentiasa mengeluh '....jauhnya perjalanan
>... sedikitnya bekalan ....' Walaupun hebat zuhud dan
>ibadat beliau, namun merasakan masih kurang lagi
>amalannya. Betapa kita yang kerdil dan malas beribadat
>ini sanggup bergembira 24 jam.
>
>Dalam hadith lain, Nabi saw bersabda"Barangsiapa
>banyak tertawa-tawa, nescaya meringankan oleh api
>neraka."Maksudnya mudah dimasukkan ke dalam neraka.
>
>Kita tidak pula dilarang menunjukkan perasaan suka
>terhadap sesuatu. Cuma yang dilarang ialah berterusan
>gembira dengan ketawa yang berlebihan. Sebaik-baik cara
>bergembira ialah seperti yang dicontohkan oleh Nabi
>saw. Baginda tidak terbahak-bahak tetapi
>hanya tersenyum menampakkan gigi tanpa bersuara kuat.
>
>Para sahabat pernah berkata "Ketawa segala nabi ialah
>tersenyum, tetapi ketawa syaitan itu tergelak-gelak."

Comments

Popular posts from this blog

Saya dan MPOB part 2

Minggu ni genaplah 4 bulan i kerja sebagai penolong pegawai penyelidik di Malaysian Palm Oil Board (MPOB), Bangi. Sebagai kenang-kenangan i wish to mencoretkan sesuatu di sini untuk tatapan di hari tua heheh. Part 1 akan diusahakan kemudian memandangkan gambar-gambar masih belum di collect daripada camera canggih cik aare. Ada masa nanati nak buat part 1 pulak. part 1 will be zaman i praktikal di MPOB dlu. tak nak tuleh panjang pon, nak letak gamba je. biarlah gambar yang berbicara heheh. selamat mencuci mata~ takde kerja. heheh my duit raya. thank you bos! haha yang ni cik ain bagi. siap bawak dari kg after naik cuti raya. nak perli i la ni sbnabyer. sbb kerja kt mpob tapi buah kelapa sawit besaq mana pun tak tahu. heheh this one my boss bagi. ole-ole dari paris.  nanti nak ajak en.suami (yg masih misteri) pergi sini lah #eh busy nyer 2 orang ni dok pilih menu yang kanan siti odah aka kak odah, rakan sekerja yang banyak membantu the k...

az-zariyat

Zarif :               Dengar cerita dah nak fly? Hafiz :               21hb ni, 11 pagi. Zarif :               Alhamdulillah. Fly juga kau akhirnya… Hafiz :               Perkataan ‘akhirnya’ tu sangat kurang ajar… Zarif :               Hahaha… Ye la semua orang dah fly, kau sorang je terkedek-kedek baru nak fly ke Jepun. Anyway, tahniah! Kau pergi Universiti yang sama dengan awek kau ke? Hafiz :               Haah. Kitorang masuk university sama-sama, duduk rumah sama-sama… isy tak adalah, aku gurau je. Aku mana ada awek. Zarif :     ...

take note!

Kalau dahi tak mencecah sejadah di dunia Bersihkanlah dirimu sebelum kamu dimandikan berwudhu`lah kamu sebelum kamu diwudhu`kan dan solatlah kamu sebelum kamu disolatkan Tututlah auratmu sebelum auratmu ditutupkan dengan kain kaFan yang serba putih pada waktu itu tidak guna lagi bersedih walaupun orang yang hadir itu merintih selepas itu kamu akan diletakkan di atas lantai lalu dilaksanakan solat jenazah dengan empat kali takbir dan satu salam berserta fatihah, Selawat dan Doa sebagai memenuhi tuntutan fardhu kifayah tapi apakah empat kali takbir itu dapat menebus segala dosa meninggalkan solat sepanjang hidup? Apakah solat jenazah yang tanpa rukuk dan sujud dapat Membayar hutang rukuk dan sujudmu yang telah luput? Sungguh tertipulah dirimu jika beranggappan demikian Justeru ku menyeru sekelian Muslim Dan Muslimat Usunglah dirimu ke tikar solat Sebelum kamu diusung ke liang lahaD Menjadi makanan cacing dan makanan ulat iringin dirimu ke masjid sebelum kamu dii...