Skip to main content

10 wasiat imam al-ghazali

1. Dunia ini laksana api yang membakar sesiapa yang cuba memegangnya, kerana itu gunalah api pada malam hari sahaja yang bererti jadikanlah dunia ini sekadar tempat mencari tapak syurga.

2. Dunia adalah jambatan kecil untuk menuju kehidupan besar yang abadi, kerana
  itu janganlah rosakkan jambatan dengan membawa keperluan dunia yang berlebihan
  sehingga jambatan roboh.


3. Sibukkanlah berfikir tentang diri kamu sendiri sehingga tiada kesempatan untuk berfikir tentang orang lain.

4. Sebelum tidur ingatlah bahawa esok belum tentu kamu boleh bangun lagi.

5. Selepas bangun tidur bersyukurlah kerana Allah telah memanjangkan usia dan memberi kesempatan sekali lagi untuk kamu sedar.

6. Ingatlah mati supaya kamu tidak lupa bahawa esok lusa kamu akan mati dan menjadi mangsa cacing tanah.

7. Tataplah anak-anakmu baik-baik sesungguhnya mereka merupakan titipan Allah kepadamu untuk menguji sifat amanah dan kepimpinanmu.

8. Berjuanglah di atas jalan Allah supaya malaikat memberi penghormatan ke atas kematianmu nanti.

9. Berjamaahlah bersama kaum muslimin di dunia agar kamu beroleh teman semasa perbicaraan di mahkamah akhirat.

10. Pandang ringanlah dunia ini agar kamu bersikap pemurah.

Comments

Popular posts from this blog

Saya dan MPOB part 2

Minggu ni genaplah 4 bulan i kerja sebagai penolong pegawai penyelidik di Malaysian Palm Oil Board (MPOB), Bangi. Sebagai kenang-kenangan i wish to mencoretkan sesuatu di sini untuk tatapan di hari tua heheh. Part 1 akan diusahakan kemudian memandangkan gambar-gambar masih belum di collect daripada camera canggih cik aare. Ada masa nanati nak buat part 1 pulak. part 1 will be zaman i praktikal di MPOB dlu. tak nak tuleh panjang pon, nak letak gamba je. biarlah gambar yang berbicara heheh. selamat mencuci mata~ takde kerja. heheh my duit raya. thank you bos! haha yang ni cik ain bagi. siap bawak dari kg after naik cuti raya. nak perli i la ni sbnabyer. sbb kerja kt mpob tapi buah kelapa sawit besaq mana pun tak tahu. heheh this one my boss bagi. ole-ole dari paris.  nanti nak ajak en.suami (yg masih misteri) pergi sini lah #eh busy nyer 2 orang ni dok pilih menu yang kanan siti odah aka kak odah, rakan sekerja yang banyak membantu the k...

az-zariyat

Zarif :               Dengar cerita dah nak fly? Hafiz :               21hb ni, 11 pagi. Zarif :               Alhamdulillah. Fly juga kau akhirnya… Hafiz :               Perkataan ‘akhirnya’ tu sangat kurang ajar… Zarif :               Hahaha… Ye la semua orang dah fly, kau sorang je terkedek-kedek baru nak fly ke Jepun. Anyway, tahniah! Kau pergi Universiti yang sama dengan awek kau ke? Hafiz :               Haah. Kitorang masuk university sama-sama, duduk rumah sama-sama… isy tak adalah, aku gurau je. Aku mana ada awek. Zarif :     ...

take note!

Kalau dahi tak mencecah sejadah di dunia Bersihkanlah dirimu sebelum kamu dimandikan berwudhu`lah kamu sebelum kamu diwudhu`kan dan solatlah kamu sebelum kamu disolatkan Tututlah auratmu sebelum auratmu ditutupkan dengan kain kaFan yang serba putih pada waktu itu tidak guna lagi bersedih walaupun orang yang hadir itu merintih selepas itu kamu akan diletakkan di atas lantai lalu dilaksanakan solat jenazah dengan empat kali takbir dan satu salam berserta fatihah, Selawat dan Doa sebagai memenuhi tuntutan fardhu kifayah tapi apakah empat kali takbir itu dapat menebus segala dosa meninggalkan solat sepanjang hidup? Apakah solat jenazah yang tanpa rukuk dan sujud dapat Membayar hutang rukuk dan sujudmu yang telah luput? Sungguh tertipulah dirimu jika beranggappan demikian Justeru ku menyeru sekelian Muslim Dan Muslimat Usunglah dirimu ke tikar solat Sebelum kamu diusung ke liang lahaD Menjadi makanan cacing dan makanan ulat iringin dirimu ke masjid sebelum kamu dii...