Saudara-saudaraku di perjalanan, marilah kita sama-sama bertaqwa kepada
Allah
kerana ianya sumber segala amalan. Utamakanlah bacaan Al-Quran dan
zikrullah
kerana dengan itu namamu akan disebut-sebut di langit dan menyebabkan nur
di bumi. Perbicarakanlah yang baik-baik atau diam niscaya syaitan akan
terhindar
darimu dan kamu akan ditolong di dalam urusan-urusan agamamu. Jangan
sekali-kali banyak ketawa kerana dengan itu hatimu akan mati dan cahaya
akan
terlenyap dari wajahmu.
Hendaklah anda mengasihani orang-orang miskin dan menggauli mereka.
Perhatikanlah keadaan mereka yang lebih rendah daripadamu. Janganlah
sekali-kali memerhatikan keadaan orang-orang yang lebih tinggi daripadamu
kerana ia dapat menghalang anda dari mensyukuri nikmat-nikmat Allah.
Hendaklah anda mengukuhkan silaturrahim dengan kaum kerabatmu walaupun
mereka
memutuskan hubungan denganmu.
Hendaklah berbicara yang benar walaupun dirasai pahit. Jangan sekali-kali
dihiraukan pencela mengenai urusan-urusan agama Allah. Carilah keaiban
sendiri, jangan sekali-kali menghebohkan keaiban orang lain. Tidak ada
kebijaksanaan yang lebih bernilai dari tindakan yang sewajarnya.
Sebaik-baik
taqwa ialah menjauhi segala larangan dan tidak ada kemuliaan yang setimpal
dengan akhlak yang sempurna.
Cubalah saudara-saudara perhatikan pada sepanjang umur yang telah berlalu
dan
rintangan-rintangannya, supaya anda berpisah dari dunia nanti dengan
kesejahteraan iman dan terlepas dari kesusahan dicabut nyawa oleh malaikat
maut dan dapat pula menjawab soalan Mungkar dan Nakir. Perhatikan juga
kesusahan hari kiamat, tempat perhimpunan (Padang Mahsyar) dan perhitungan
amal, penimbang amalan, melalui titian sirat, neraka dan kesiksaannya.
Kita semua adalah hamba Allah, oleh itu hiduplah sebagai seorang hamba.
Keadaan hamba itu hanya ada empat keadaan: nikmat, bala, taat dan maksiat.
Jika beroleh nikmat kewajipannya ialah bersyukur. Jika terkena bala ia
harus
bersabar. Jika dapat melakukan amal taat, harus merasa ianya dari taufik
dan
hidayah Allah swt. Bila tergelincir ke dalam maksiat, harus beristighfar
dan
bertaubat.
Cinta kepada Allah yang membawa seseorang kepada meleburkan dirinya kerana
Allah adalah suatu cinta yang mulia. Cinta inilah yang menjadikan seseorang
insan hidup senang, rasa senang dengan kesabaran dan taqwa serta tidak
dapat
diumbang ambing oleh pukulan pedaya dan gelombang hidup kebendaan yang
hanya
merupakan kenikmatan yang sementara.
Menuju haluan kepada Allah merupakan suatu kebahagiaan yang tidak boleh
dikira kebahagiaan, dan suatu kelazatan yang tidak boleh dikira kelazatan.
Jika orang biasanya merasakan nikmat pakaian yang tidak lama kelak akan
binasa ataupun makanan yang rasa sedapnya hanya sebentar sahaja. Para
auliya'
Allah merasakan kenikmatan yang tersendiri iaitu kebersihan dari segala
kekotoran jiwa.
Sesungguhnya apa yang sedang kita cari dan idami ini adalah sesuatu yang
bermutu tinggi dan mulia. Sememangnya sudah menjadi sifat sesuatu yang
sedemikian amatlah susah mencapainya, panjang jalannya dan banyak
akibatnya.
Hisablah apa yang telah dilakukan di masa lalu dan rancanglah apa yang
ingin
dilaksanakan di masa yang akan datang.

Comments
Post a Comment