Skip to main content

Cara menyambut ketibaan Ramadhan

Bagaimanakah cara terbaik menyambut ketibaan bulan yang mulia ini? Hal ini supaya seorang muslim itu tidak leka di dalam musim beramal ini dan semoga dia termasuk orang yang berlumba-lumba daan bersaing di dalam beramal ibadah di dalam bulan penuh keberkatan ini. Firman Allah: "Maka hendaklah berlumba-lumba orang yang berlumba-lumba". (Surah al-Mutaffifin:26)

Seorang muslim sewajarnya menyambut Ramadhan dengan melakukan perkara berikut:

1. Berdoa supaya Allah menyampaikan kita ke bulan Ramadhan dalam keadaan sihat sejahtera supaya giat dan cergas beribadah kepada Allah; berpuasa, qiam, zikir.
Dari Anas bin Malik r.a berkata: " Nabi saw apabila tiba bulan Rejab baginda akan berdoa: "Ya Allah berkatilah kami di bulan Rejab dan Sya'aban dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan". (Ahmad dan Tabrani)

Para Salafussoleh berdoa kepada Allah supaya mempertemukan mereka ke bulan Ramadhan, kemudian berdoa supaya mereka dapat menyambut Ramadhan. Apabila kelihatan anak bulan Ramadhan mereka bergegas berdoa dengan berkata: '' Allah Maha Besar, Ya Allah anugerahilah kami keamanan, keimanan, keselamatan dalam Islam. Limpahkanlah kami taufik seperti yang Engkau sukai dan redhai, Tuhanku dan Tuhanmu adalah Allah''. (Tarmizi, Darimi dan disahihkan oleh Ibn Hibban)

2. Panjatkan pujian dan syukur kerana dipertemukan dengan Ramadhan. Menurut Imam Nawawi Rahimahullah di dalam kitab al-Azkar: ''Ketahuilah bahawa Allah sangat menyukai orang yang apabila memperolehi nikmat yang zahir dan terlindung daripada terkena sesuatu kecelakaan yang zahir dia akan bersujud dan memuji-muji Allah kerana syukur kepadaNya''.
Di antara nikmat yang paling besar yang Allah kurniakan kepada hambanya ialah taufiq dan hidayah untuk melakukan ketaatan dan ibadah. Justeru suatu nikmat yang besar apabila seorang tiba bulan Ramadhan dalam keadaan kesihatan yang baik. Dengan itu sewajarnya dia bersyukur dan memuji Allah sebagai pemberi nikmat dan kelebihan kepadanya. Berilah pujian sebanyak-banyaknya sepertimana yang patut dilakukan kepada Allah SWT yang memiliki keagungan dan ketinggian kekuasaan.

3. Bergembira dan suka dengan kedatangan Ramadhan. Satu riwayat yang sahih dari Rasulullah saw, bahawa baginda akan menggembirakan para sahabat dengan kedatangan bulan Ramadhan sambil bersabda: "Telah datang bulan Ramadhan, bulan yang penuh keberkatan yang Allah wajibkan puasa di dalamnya, di bulan ini dibuka pintu syurga dan di tutup pintu neraka''.   (Ahmad)

Para Salafussoleh yang terdiri dari para sahabat dan tabiin sangat memberi perhatian dengan kedatangan bulan Ramadhan serta bergembira dengan ketibaannya. Mereka gembira menerima berita yang paling besar tentang hampirnya bulan Ramadhan yang merupakan musim ibadat dan turunnya rahmat.

4. Berazam dan merancang aktiviti supaya dapat mengambil manfaat dari Ramadhan.
Apa yang menyedihkan kini ramai orang termasuk orang yang beragama merancang dengan teliti tentang urusan dunia, tetapi tidak ramai yang berbuat demikian dalam urusan akhirat. Ini disebabkan tiada kesedaran tentang tugas dan tanggungjawab mukmin di dalam kehidupan ini, lupa atau leka bahawa seorang muslim memperolehi peluang yang banyak bersama Allah dan temu janji penting untuk mendidik jiwanya sehingga teguh di atas urusan ini. Antara contoh perancangan untuk akhirat ialah rancangan untuk memenuhi Ramadhan dengan ketaatan dan ibadah. Justeru seorang muslim hendaklah menentukan agenda atau program praktikal untuk memenuhi siang dan malam Ramadhan dengan beribadah kepada Allah.

5. Menyematkan tekad dan azam yang teguh untuk memenuhi dan memeksimakan masa di bulan Ramadhan dengan amalan soleh. Oleh itu orang  yang benar dengan keimanan kepada Allah pastilah Allah akan menolong dan memudahkan untuknya berada di jalan yang baik. Firman Allah: ''Padahal jika mereka benar-benar beriman kepada Allah, pastilah yang demikian itu lebih baik baginya''.  (Surah Muhammad: 21)

6. Berilmu pengetahuan tentang hukum hakam Ramadhan kerana seorang mukmin yang menyembah Allah wajib mempunyai pengetahuan dan tidak dibenarkan sama sekali jahil tentang perkara-perkara fardhu yang telah Allah wajibkan ke atas hambaNya. Oleh itu tentang puasa Ramadhan, seorang muslim sewajarnya mempelajari permasalahan dan hukum puasa supaya ibadah puasanya betul dan diterima Allah. Firman Allah: ''Maka tanyakanlah kepada orang yang berilmu jika kamu tidak mengetahui''. (Surah al-Anbiya' : 7)

7. Kita hendaklah menyambut ketibaan Ramadhan dengan azam untuk meninggalkan noda dan dosa serta bertaubat dengan sebenar-benarnya daripada semua keburukan, menyesal dan tidak megulanginya semula. Ramadhan adalah bulan taubat. Firman Allah: ''Dan bertaubatlah kamu semua kepada Allah, wahai orang-orang beriman agar kamu beruntung''. (Surah an-Nur: 31)

8. Mempersiapkan jiwa dan ruh melalui pembacaan dan ulang kaji ke atas buku, artikel dan mendengar ceramah agama berkenaan fadhilat dan hukum-hakam puasa sehingga jiwa benar-benar bersedia untuk melakukan ketaatan dan ibadah. Nabi saw ketika mempersiapkan jiwa para sahabatnya untuk merebut kelebihan ini telah berpesan semasa di penghujung Sya'ban: ''Telah datang kepada kami bulan Ramadhan..'' (Ahmad dan Nasai)

9. Bersedia dengan sebaik-baiknya untuk gerak kerja dakwah:
  • menyampaikan beberapa pesanan dan tazkirah dengan pengisian yang baik
  • mengedarkan risalah dan buletin ringkas berkaitan Ramadhan
  • mengingati fakir miskin dan sentiasa bersedekah dan berzakat kepada mereka
10. Menyambut Ramadhan dengan membuka lembaran putih dan bersinar bersama:
-Allah dengan memperbanyakkan taubat
-Rasulullah dengan mentaati apa yang diperintahkan dan menjauhi apa yang dilarang
-ibu bapa, jiran tetangga, kaum kerabat, suami isteri, anak-anak dengan berbuat baik dan menghubungkan silaturrahim
-masyarakat sekeliling dengan menjadi insan yang soleh dan berguna. Sabda Nabi saw: ''Sebaik-baik manusia ialah yang paling berguna kepada manusia (masyarakat)''.

Ya Allah sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan.  Sesungguhnya Engkau Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.

Comments

Popular posts from this blog

Saya dan MPOB part 2

Minggu ni genaplah 4 bulan i kerja sebagai penolong pegawai penyelidik di Malaysian Palm Oil Board (MPOB), Bangi. Sebagai kenang-kenangan i wish to mencoretkan sesuatu di sini untuk tatapan di hari tua heheh. Part 1 akan diusahakan kemudian memandangkan gambar-gambar masih belum di collect daripada camera canggih cik aare. Ada masa nanati nak buat part 1 pulak. part 1 will be zaman i praktikal di MPOB dlu. tak nak tuleh panjang pon, nak letak gamba je. biarlah gambar yang berbicara heheh. selamat mencuci mata~ takde kerja. heheh my duit raya. thank you bos! haha yang ni cik ain bagi. siap bawak dari kg after naik cuti raya. nak perli i la ni sbnabyer. sbb kerja kt mpob tapi buah kelapa sawit besaq mana pun tak tahu. heheh this one my boss bagi. ole-ole dari paris.  nanti nak ajak en.suami (yg masih misteri) pergi sini lah #eh busy nyer 2 orang ni dok pilih menu yang kanan siti odah aka kak odah, rakan sekerja yang banyak membantu the k...

az-zariyat

Zarif :               Dengar cerita dah nak fly? Hafiz :               21hb ni, 11 pagi. Zarif :               Alhamdulillah. Fly juga kau akhirnya… Hafiz :               Perkataan ‘akhirnya’ tu sangat kurang ajar… Zarif :               Hahaha… Ye la semua orang dah fly, kau sorang je terkedek-kedek baru nak fly ke Jepun. Anyway, tahniah! Kau pergi Universiti yang sama dengan awek kau ke? Hafiz :               Haah. Kitorang masuk university sama-sama, duduk rumah sama-sama… isy tak adalah, aku gurau je. Aku mana ada awek. Zarif :     ...

take note!

Kalau dahi tak mencecah sejadah di dunia Bersihkanlah dirimu sebelum kamu dimandikan berwudhu`lah kamu sebelum kamu diwudhu`kan dan solatlah kamu sebelum kamu disolatkan Tututlah auratmu sebelum auratmu ditutupkan dengan kain kaFan yang serba putih pada waktu itu tidak guna lagi bersedih walaupun orang yang hadir itu merintih selepas itu kamu akan diletakkan di atas lantai lalu dilaksanakan solat jenazah dengan empat kali takbir dan satu salam berserta fatihah, Selawat dan Doa sebagai memenuhi tuntutan fardhu kifayah tapi apakah empat kali takbir itu dapat menebus segala dosa meninggalkan solat sepanjang hidup? Apakah solat jenazah yang tanpa rukuk dan sujud dapat Membayar hutang rukuk dan sujudmu yang telah luput? Sungguh tertipulah dirimu jika beranggappan demikian Justeru ku menyeru sekelian Muslim Dan Muslimat Usunglah dirimu ke tikar solat Sebelum kamu diusung ke liang lahaD Menjadi makanan cacing dan makanan ulat iringin dirimu ke masjid sebelum kamu dii...