Wasiat Nabi junjungan kepada Saidina Ali r.a
Wahai Ali, Bagi orang mukmin ada 3 tanda-tandanya
Tidak terpaut hatinya pada harta benda dunia
Tidak terpesona dengan pujuk rayu wanita
Benci terhadap perbualan dan perkataan sia-sia
Wahai Ali, Bagi orang alim itu ada 3 tanda-tandanya
Jujur dalam berkata-kata
Menjauhi segala yang haram
Merendahkan diri
Wahai Ali, Bagi orang yang takwa itu ada 3tanda-tandanya
Takut berlaku dusta dan keji
Menjauhi kejahatan
Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam
keharaman
Seseorang wanita itu apabila di hari akhirat akan
menarik empat golongan lelaki bersamanya ke dalam
neraka.
Pertama:-ayahnya
Apabila seseorang yg bergelar ayah tidak
memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia
tidak memberikan segala keperluan agama
& sebagainya. Dia memperbiarkan anak-anak perempuannya
tidak menutup aurat.....tidak cukup kalau dengan
hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan
ditarik oleh anaknya.
Kedua:-suaminya
Apabila sang suami tidak memperdulikan tindak tanduk
isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri
bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum
lelaki yg bukan mahram..apabila suami mendiam
diri......walaupun dia seorang alim; solat tidak
tangguh, puasa tidak tinggal maka dia akan ditarik
oleh isterinya.
Ketiga:-abang-abangnya
Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga
maruah wanita jatuh kepada abang-abangnya.....jikalau
mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik
perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM
....tunggulah tarikan adiknya di akhirat
Keempat:-anak lelakinya
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu
perihal kelakuan yang haram dari Islam, maka anak itu
akan disoal dan dipertangungjawabkan di akhirat
kelak.......nantikan tarikan ibunya.
Maka kita lihat bertapa hebatnya tarikan wanita bukan
sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya
begitu hebat...maka kaum lelaki yang bergelar
ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan
mereka yang sebenar.
Firman ALLAH SWT:-
"HAI ANAK ADAM PERIHARALAH DIRI KAMU SERTA AHLIMU
DARI API NERAKA DI MANA BAHAN PEMBAKARNYA IALAH
MANUSIA DAN BATU-BATU..."
Hai wanita, kasihkan ayah anda,suami anda ,abang-abang
anda serta anak-anak lelaki anda...kesiankanlah
mereka dan diri kamu sendiri......jalankan
perintah ALLAH SWT bersungguh dan dengan ikhlas..
Akhir kata,marilah kita berdoa agar kita semua
terselamat dari ditarik dan tertarik....oleh
mana-mana pihak.
Harga seseorang muslim adalah sangat berharga. ALLAH
SWT nilaikan seseorang muslim dengan SYURGA...semua
kaum muslim masuk syurga...janganlah kita
membuang atau tidak mengendahkan janji ALLAH SWT.
SEMOGA KITA SEMUA TERGOLONG DARI AHLI SYURGA YANG
MEMASUKI NYA TANPA HISAB, AMIN...YA RABBALALAMIN
WALLAHUALAM.
Comments
Post a Comment