Skip to main content

Kuasa mutlak

Kuasa Mutlak - hanya ada dua orang yang mempunyai kuasa ini.
                  SUAMI dan IBU.
                  Kuasa suami ke atas isteri dan kuasa ibu ke atas anak2.
                  Kuasa Mutlak ini sungguh besar ertinya disisi agama Islam sehingga
                  seseorang itu akan dimurkai Allah sekiranya dia menyakiti hati dua golongan tadi.
                  Sebagai contoh; seorang isteri yang melukai hati
                  suaminya walau
                  sedikit akan berdosa besar (bukan dalam kes terkecuali) begitu
                  juga anak2
                  terhadap ibunya.
                  Kalau isteri - bayangkan seorang isteri yang secara tidak
                  sedar menyakiti
                  hati suaminya dan tidak meminta maaf. Isteri tersebut akan
                  terus berdosa
                  dan sekiranya dia hamil, anak tersebut akan dikandung di dalam
                  badan yang
                  berdosa. Besar kemungkinan anak tersebut akan mendapat banyak
                  sifat2 yang
                  tidak baik dan seterusnya anak itu lahir dan membesar dan
                  menjadi dewasa
                  dan membawa sifat2 yang tidak elok itu ke dalam zuriatnya.
                  Tambahan pula
                  dalam keadaan berdosa bagaimana doa2nya akan diterima Allah?
                  Tanpa doa yang
                  diterima, apalagi daya kita untuk mendapat kebahagiaan?
                  Kalau anak - anak2 cukup senang untuk mendapat dosa. Terguris
                  sahaja hati
                  ibunya oleh kata2 atau perbuatan maka anak tersebut akan
                  berdosa. Yang
                  paling ditakuti dosa tersebut tidak disedarinya. Sekiranya
                  anak tidak
                  meminta ampun maka dosa tersebut akan terus dipikul. Kesanya,
                  doa2 anak
                  tersebut tidak diterima Allah, ibadatnya tidak mendapat
                  pahala, hidupnya
                  akan tidak mendapat berkat dll. Akhirnya anak akan mendapat
                  berbagai
                  balasan dari Allah dibumi lagi.
                  Cerita - Kita sering ditakutkan oleh para ustaz tentang cerita
                  bagaimana
                  dua orang pemuda yang solleh mendapat seksaan Allah dizaman
                  Nabi saw.
                  Seorang sebab dia TANPA SEDAR menyakiti ibunya apabila habuk
                  yang disapu
                  terkena ibunya TANPA DISEDARI. Dan yang seorang lagi kerana
                  TANPA DISEDARI
                  dia menyakiti hati ibunya kerana mengutamakan isterinya. Dua2
                  diseksa oleh
                  Allah sehingga nabi memerintahkan kedua ibu tadi mengampunkan
                  anak2nya.
                  Ustaz kata cerita tersebut menyuruh kita sentiasa taat kepada
                  ibu.
                  Sebenarnya itu hanyalah setengah dari pengajaranya. Ada lagi
                  setengah - IBU
                  mesti tahu kuasa yang diberi kepada mereka. Oleh itu IBU MESTI
                  MENGAMPUNKAN
                  ANAKNYA SETIAP MALAM samada anaknya meminta atau tidak dan
                  begitu juga
                  dengan SUAMI MESTI MENGAMPUNKAN ISTERINYA SETIAP MALAM samada
                  isteri
                  meminta atau tidak. Cerita tersebut mengajar kita bahawa
                  sebagai IBU kita
                  mempunyai satu kelebihan yang besar keatas anak2 kerana
                  berdasarkan
                  cerita itu tidak mungkin pemuda2 tersebut sedar akan kesalahan
                  mereka.
                  Kalau dah tak sedar, bagaimana pula ingin meminta ampun.
                  Seorang suami dan ibu MESTI tahu akan KUASA MUTLAK ini dan
                  kuasa ini
                  hendaklah dijaga dengan baik. InsyAllah bermula dari satu
                  keluarga yang
                  mana suami memaafkan isteri dan ibu memaafkan anak, maka
                  lahirlah satu
                  masyarakat yang mendapat berkat dari Allah, sentiasa dibawah
                  lindunganNya
                  dan menjadi umat Islam yang menghayati Islam.
                  Ingatlah seorang ISTERI (wanita) mesti taat kepada SUAMInya
                  (lelaki). Si
                  SUAMI (lelaki) mesti taat kepada IBUnya (wanita). Isteri akan
                  menjadi ibu
                  yang akan melahirkan anak yang akan menjadi suami (anak
                  lelaki) dan juga
                  isteri (anak perempuan) dan seterusnya mereka akan melahirkan
                  pula bakal2
                  suami dan isteri. Jadi tidak ada yang ketinggalan. Semuanya
                  akan merasa
                  mempunyai KUASA MUTLAK. Tetapi yang penting bukan mempunyai
                  bahkan mesti
                  menggunakan dengan sebaiknya.

Comments

Popular posts from this blog

Saya dan MPOB part 2

Minggu ni genaplah 4 bulan i kerja sebagai penolong pegawai penyelidik di Malaysian Palm Oil Board (MPOB), Bangi. Sebagai kenang-kenangan i wish to mencoretkan sesuatu di sini untuk tatapan di hari tua heheh. Part 1 akan diusahakan kemudian memandangkan gambar-gambar masih belum di collect daripada camera canggih cik aare. Ada masa nanati nak buat part 1 pulak. part 1 will be zaman i praktikal di MPOB dlu. tak nak tuleh panjang pon, nak letak gamba je. biarlah gambar yang berbicara heheh. selamat mencuci mata~ takde kerja. heheh my duit raya. thank you bos! haha yang ni cik ain bagi. siap bawak dari kg after naik cuti raya. nak perli i la ni sbnabyer. sbb kerja kt mpob tapi buah kelapa sawit besaq mana pun tak tahu. heheh this one my boss bagi. ole-ole dari paris.  nanti nak ajak en.suami (yg masih misteri) pergi sini lah #eh busy nyer 2 orang ni dok pilih menu yang kanan siti odah aka kak odah, rakan sekerja yang banyak membantu the k...

az-zariyat

Zarif :               Dengar cerita dah nak fly? Hafiz :               21hb ni, 11 pagi. Zarif :               Alhamdulillah. Fly juga kau akhirnya… Hafiz :               Perkataan ‘akhirnya’ tu sangat kurang ajar… Zarif :               Hahaha… Ye la semua orang dah fly, kau sorang je terkedek-kedek baru nak fly ke Jepun. Anyway, tahniah! Kau pergi Universiti yang sama dengan awek kau ke? Hafiz :               Haah. Kitorang masuk university sama-sama, duduk rumah sama-sama… isy tak adalah, aku gurau je. Aku mana ada awek. Zarif :     ...

take note!

Kalau dahi tak mencecah sejadah di dunia Bersihkanlah dirimu sebelum kamu dimandikan berwudhu`lah kamu sebelum kamu diwudhu`kan dan solatlah kamu sebelum kamu disolatkan Tututlah auratmu sebelum auratmu ditutupkan dengan kain kaFan yang serba putih pada waktu itu tidak guna lagi bersedih walaupun orang yang hadir itu merintih selepas itu kamu akan diletakkan di atas lantai lalu dilaksanakan solat jenazah dengan empat kali takbir dan satu salam berserta fatihah, Selawat dan Doa sebagai memenuhi tuntutan fardhu kifayah tapi apakah empat kali takbir itu dapat menebus segala dosa meninggalkan solat sepanjang hidup? Apakah solat jenazah yang tanpa rukuk dan sujud dapat Membayar hutang rukuk dan sujudmu yang telah luput? Sungguh tertipulah dirimu jika beranggappan demikian Justeru ku menyeru sekelian Muslim Dan Muslimat Usunglah dirimu ke tikar solat Sebelum kamu diusung ke liang lahaD Menjadi makanan cacing dan makanan ulat iringin dirimu ke masjid sebelum kamu dii...