Jangankan lelaki biasa, Nabi pun terasa sunyi tanpa wanita.
Tanpa mereka, hati, fikiran dan perasaan lelaki akan resah.
Masih mencari walaupun sudah ada segala-galanya.
Apa lagi yang tidak ada di syurga, namun Nabi Adam a.s tetap rindukan Siti Hawa.
Kepada wanitalah lelaki memanggil ibu, isteri atau puteri.
Dijadikan mereka dari tulang rusuk yang bengkok untuk diluruskan oleh lelaki. Tetapi kalau
lelaki sendiri yang tak lurus, tak mungkin mampu nak meluruskan mereka.
lelaki sendiri yang tak lurus, tak mungkin mampu nak meluruskan mereka.
Mana mungkin kayu yang bengkok menghasilkan bayang-bayang yang lurus.
Luruskanlah wanita dengan cara yang ditunjuk Allah, kerana mereka dicipta
sebegitu rupa oleh Allah. Didiklah mereka dengan panduan dari-Nya.
sebegitu rupa oleh Allah. Didiklah mereka dengan panduan dari-Nya.
Jangan cuba jinakkan mereka dengan harta, nanti mereka semakin liar.
Jangan hiburkan mereka dengan kecantikan, nanti mereka semakin menderita.
Yang sementara itu tidak akan menyelesaikan masalah. Kenalkan mereka kepada
zat Allah yang kekal, disitulah suisnya.
zat Allah yang kekal, disitulah suisnya.
Akal setipis rambutnya, tebalkan dengan ilmu.
Hati serapuh kaca, kuatkan dengan iman.
Perasaan selembut sutera, hiasilah dengan akhlak.
Suburkanlah kerana dari situlah nanti mereka akan nampak nilaian dan keadilan Tuhan.
Akan terhibur dan bahagialah hati mereka, walaupun tidak jadi ratu cantik dunia,
Akan terhibur dan bahagialah hati mereka, walaupun tidak jadi ratu cantik dunia,
presiden ataupun perdana menteri negara atau 'women gladiator'.
Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan suatu kelemahan. Itu
bukan diskriminasi Tuhan.
Sebaliknya disitulah kasih sayang Tuhan, kerana rahim wanita yang lembut
itulah
yang mengandungkan lelaki-lelaki waja : negarawan, karyawan, jutawan dan
"wan-wan" yang lain. Tidak akan lahir 'superman' tanpa 'superwoman'.

Wanita yang lupa hakikat kejadiannya, pasti tidak terhibur dan tidak
menghiburkan. Tanpa ilmu, iman dan akhlak, mereka bukan sahaja tidak boleh
diluruskan, bahkan mereka pula membengkokkan.
menghiburkan. Tanpa ilmu, iman dan akhlak, mereka bukan sahaja tidak boleh
diluruskan, bahkan mereka pula membengkokkan.
Lebih ramai lelaki yang dirosakkan oleh perempuan daripada perempuan yang
dirosakkan oleh lelaki.
dirosakkan oleh lelaki.
Sebodoh-bodoh perempuan pun boleh menundukkan
sepandai-pandai lelaki. Itulah akibatnya apabila wanita tidak kenal Tuhan.
Mereka tidak akan kenal diri mereka sendiri, apalagi mengenal lelaki. Kini bukan saja
ramai boss telah kehilangan 'secretary', bahkan anak pun akan kehilangan
ibu, suami kehilangan isteri dan bapa akan kehilangan puteri.

Bila wanita derhaka dunia lelaki akan huru-hara .
Bila tulang rusuk patah, maka rosaklah jantung, hati dan limpa. Para lelaki
pula jangan hanya mengharap ketaatan tetapi binalah kepimpinan. Pastikan
sebelum memimpin wanita menuju Allah pimpinlah diri sendiri dahulu
kepada-Nya. Jinakkan diri dengan Allah, nescaya akan jinaklah
segala-galanya dibawah pimpinan anda.

Jangan mengharap isteri seperti Siti Fatimah,
kalau peribadi belum lagi seperti Sayidina Ali.
Comments
Post a Comment