Skip to main content

apabila jiwa & hati kita mati..

Sudah menjadi lumrah kehidupan apabila sakit, kita akan mencari ubat atau berjumpa doktor. Apabila perut lapar, kita segera mencari makanan. Apabila badan kesejukan, kita mengenakan pakaian dan selimut.
Ketika kita memiliki banyak keperluan fizikal, kita juga perlu memiliki keperluan untuk mengisi jiwa dan hati. Oleh itu, marilah kita mengharungi dunia ini sambil memenuhi keperluan fizikal untuk dunia, dan pada masa yang sama hati nurani dan unsur kejiwaan terus tertambat kepada Allah SWT-zat pemilik dunia dan segala isinya.
Andainya badan kita sibuk dengan urusan dunia, hati dan fikiran kita juga harus sibuk dengan Allah SWT. Inilah tugas hakiki. Sekali saja kita salah mengelola hati lantaran sentiasa sibuk dengan urusan duniawi, maka hidup kita akan sentiasa resah, gelisah dan tidak tenteram. Hari-hari yang dilalui diliputi dengan kemurungan.
Kita berasa takut seolah-olah ada pihak yang menghalang langkah kita, takut tidak mendapat peluang, takut ditangkap, takut rugi dan ditipu. Ini semua disebabkan sibuknya seluruh jasmani dengan urusan duniawi semata-mata, yang boleh melemahkan hati nurani kita.
Bahkan, lebih jauh memungkinkan hati kita lemah dan mati. Ayuhlah meningkatkan kewaspadaan agar tidak mengalami musibah seperti itu.
Justeru bagaimana caranya supaya kita mampu membuat hati nurani terus hidup dan bercahaya? Kita harus berjuang semaksimum mungkin agar hati nurani kita tidak lalai daripada terus mengingati Allah SWT sepanjang masa dan di mana jua.
Cara terbaik ialah bermula dengan mengenali diri sendiri. Menginsafi apa yang ada dan mengesan kekurangan yang ada. Mudah-mudahan ikhtiar ini menjadi jalan bagi kita lebih mengenal Allah SWT yang telah mencipta dan mengurus alam semesta.
Manusia sebenarnya memiliki kesempatan untuk ma'rifatullah (kesanggupan untuk mengenal Allah). Kesanggupan ini Allah SWT kurniakan kepada manusia kerana mereka memiliki akal dan perasaan. Inilah kurniaan Allah SWT yang sangat besar kepada manusia.
Insan yang hatinya hidup mampu mengenal diri sendiri dan pada akhirnya berhasil mengenal Tuhan. Tidak ada kekayaan termahal dalam hidup ini kecuali berjaya mengenal diri dan Tuhannya.
Sesiapa yang tidak bersungguh-sungguh menghidupkan hatinya, dia akan jahil mengenal diri, apalagi mengenal Tuhannya. Orang yang sepanjang hidupnya tidak pernah mengenali dirinya dengan baik, tidak akan tahu melayari hidup ini dengan baik, apalagi merasakan indahnya kehidupan.
Justeru, hampir dapat dipastikan bahawa yang dikenal hanyalah dunia belaka. Akibatnya semua perbuatan yang dilakukan hanya akan diukur berdasarkan aksesori dunia. Dia menghargai orang semata-mata kerana orang itu berpangkat, kaya-raya, terkenal dan berpengaruh. Demikian pula dirinya sendiri berasa berharga di mata orang kerana memiliki kelebihan duniawi berbanding orang lain.
Dalam urusan mencari harta, pangkat dan gelaran, dia tidak peduli dari mana datangnya dan kemana perginya. Sebahagian orang ternyata tidak mempunyai cukup waktu untuk mengenal hati nurani sendiri. Akibatnya menjadi tidak sabar menghadapi kehidupan duniawi yang serba singkat ini. Justeru, kita harus menyedari bahawa hati adalah paksi segala keindahan dalam hidup.

(sumber: milenia muslim, oktober 2009)

Comments

Popular posts from this blog

Saya dan MPOB part 2

Minggu ni genaplah 4 bulan i kerja sebagai penolong pegawai penyelidik di Malaysian Palm Oil Board (MPOB), Bangi. Sebagai kenang-kenangan i wish to mencoretkan sesuatu di sini untuk tatapan di hari tua heheh. Part 1 akan diusahakan kemudian memandangkan gambar-gambar masih belum di collect daripada camera canggih cik aare. Ada masa nanati nak buat part 1 pulak. part 1 will be zaman i praktikal di MPOB dlu. tak nak tuleh panjang pon, nak letak gamba je. biarlah gambar yang berbicara heheh. selamat mencuci mata~ takde kerja. heheh my duit raya. thank you bos! haha yang ni cik ain bagi. siap bawak dari kg after naik cuti raya. nak perli i la ni sbnabyer. sbb kerja kt mpob tapi buah kelapa sawit besaq mana pun tak tahu. heheh this one my boss bagi. ole-ole dari paris.  nanti nak ajak en.suami (yg masih misteri) pergi sini lah #eh busy nyer 2 orang ni dok pilih menu yang kanan siti odah aka kak odah, rakan sekerja yang banyak membantu the k...

az-zariyat

Zarif :               Dengar cerita dah nak fly? Hafiz :               21hb ni, 11 pagi. Zarif :               Alhamdulillah. Fly juga kau akhirnya… Hafiz :               Perkataan ‘akhirnya’ tu sangat kurang ajar… Zarif :               Hahaha… Ye la semua orang dah fly, kau sorang je terkedek-kedek baru nak fly ke Jepun. Anyway, tahniah! Kau pergi Universiti yang sama dengan awek kau ke? Hafiz :               Haah. Kitorang masuk university sama-sama, duduk rumah sama-sama… isy tak adalah, aku gurau je. Aku mana ada awek. Zarif :     ...

take note!

Kalau dahi tak mencecah sejadah di dunia Bersihkanlah dirimu sebelum kamu dimandikan berwudhu`lah kamu sebelum kamu diwudhu`kan dan solatlah kamu sebelum kamu disolatkan Tututlah auratmu sebelum auratmu ditutupkan dengan kain kaFan yang serba putih pada waktu itu tidak guna lagi bersedih walaupun orang yang hadir itu merintih selepas itu kamu akan diletakkan di atas lantai lalu dilaksanakan solat jenazah dengan empat kali takbir dan satu salam berserta fatihah, Selawat dan Doa sebagai memenuhi tuntutan fardhu kifayah tapi apakah empat kali takbir itu dapat menebus segala dosa meninggalkan solat sepanjang hidup? Apakah solat jenazah yang tanpa rukuk dan sujud dapat Membayar hutang rukuk dan sujudmu yang telah luput? Sungguh tertipulah dirimu jika beranggappan demikian Justeru ku menyeru sekelian Muslim Dan Muslimat Usunglah dirimu ke tikar solat Sebelum kamu diusung ke liang lahaD Menjadi makanan cacing dan makanan ulat iringin dirimu ke masjid sebelum kamu dii...